Langkau ke kandungan utama

Bahasa Siam: Greeting (Sapaan)

Assalamualaikum...

Sabai dee mai?

Hah, tak tau apa tu? Kalau tak tau, better klik sini dulu, k.. then belajar bilang jap kat sini.

Entri ini kita belajar pasal sapaan atau dalam bahasa Inggerisnya ialah greeting.

Sawa dee kap, masuk kot pintu, keluar kot tingkap..

Mesti korang pernah dengar, kata-kata popular yang selalu dikaitkan dengan greeting ni, kan? Haha, itu gurauan sebab diorang tak tau nak jawab balik bila disapa, sawa dee kap..

Sawa dee kap ni maksudnya selamat sejahtera.

Cara nak jawabnya? Senang jer..

Kap sawa dee

See, bahasa Siam ni selalu pusing-pusing ayat. Contohnya macam ajaran yang lepas..

Tanya: Sabai dee mai?

Jawab: Sabai dee


Oh ya.. Adalah sangat penting untuk korang tahu yang penggunaan kap dan ka.. Sebenarnya ejaanya ialah Khap dan Khah.

Khap itu diucapkan oleh penutur lelaki manakala kha dituturkan oleh perempuan. Ucapan khap dan khah ini diselitkan dalam ayat untuk menunjukkan kesopanan.

Sha seorang perempuan, maka Sha akan ucapkan  Sawa dee ka kepada semua orang, lelaki dan perempuan.

Teringat pula Sha berkomunikasi dengan pegawai perhubungan pelanggan kat Pasaraya Pelangi (Rainbow Supermarket), Hadyai. Masa tu, Sha nak pergi tanya dia access pin untuk wireless. Aida suruh Sha tanya.

Sha pergi kepada perempuan Thai tu. Dia sapa Sha dengan Sawa dee ka.. Sha pun jawab la, ka sawa dee. First impression, mesti dia kata Sha ni orang Melayu Thai. Ye la, kalau orang yang bukan Siammese speaker pasti jawab, sawa de kap balik, walaupun orang sapa dia dengan sawa dee ka.

Sha ni kira nampak macam orang sana la kot. Padahal selepas itu, Sha speaking English dengan dia. Hahaha~

Kalau penutur adalah lelaki, korang kena sebut khap, tau. Jangan gediks nak sebut kha pulak. Sangat canggung ok.

Setakat ini sahaja pembelajaran kita untuk kali ini.

Tak rugi belajar bahasa asing ni.. Sekurang-kurangnya kita ada ilmu yang berlainan daripada orang lain. Cantek?

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. kap sawa dee... perghh... nama je sedara ramai kat sebelah sana tapi sebijik pun tak tau.. haha.. takpe la mintak Mr.ABC yang tolong ajar nanti ;)

    BalasPadam
  2. ikan siakap..hik2 ^_^..bui nk belajar bahasa korea sekarang

    BalasPadam
  3. gambar header tu kat UUM kan?? Depan dewan MAS??

    BalasPadam
  4. ayat jepun tu dik...tak penah belajolah pula...layan..... :)

    BalasPadam
  5. saya tau cakap bahasa siam yang tu saja..sawadee kap...

    BalasPadam
  6. Bui: hahaha. Nak ikan talapia la.
    Sha ada bljr bhsa k0rea jgk. Siap sha ajar lg. Sila teng0k kat menu Korea kat atas, dkt dgn header ye. Kamsah hamida

    BalasPadam
  7. Pak cik khairil: wa, ok la tu pandai jgk kan.. :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Open Tracker