Langkau ke kandungan utama

Saat Itu Muncul Jua.. Selamat Tinggal






Assalamualaikum...

Selamat tinggal. Entri ringkas.. Nak bercerita sikit.

2 tahun aku kat sini. Bumi Sintok. Macam-macam jenis orang yang aku kenal. Syukur ke hadrat Illahi juga kerana mengizinkan aku merasai nikmat iman dan Islam *eh, tetiba ke laut.

Syukur kerana diberi kesempatan untuk bernafas dan aku bersyukur jugak kerana terpilih antara manusia yang bertuah dapat merasai Bajet Kerajaan (Bajet Mini 2009). Ini adalah disalurkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Aku adalah salah seorang daripadanya. =)

Setelah berhempas pulas dan malas-malas *hehe~, akhirnya berjaya juga menamatkan Sarjana Komunikasi Kepengurusan. =)




   
Dapat pensyarah yang best-best belaka =) Terima kasih:

Dr. Norhafezah Yusof
Dr. Adrian Budiman
Cikgu Muhammad Hafidz
Dr. Che Su
Dr. Hassan
Arwah Dr Syd Abd Rahman Syd Zin (kalungan doa untukmu)
Encik Khairi dan encik

Semoga kalian dirahmati-NYA.

Ok, cerita pasal penginapan pulak.

Duduk di rumah sewa, susahnya! Tapi kemesraan dan gila-gila kami mengeratkan hubungan. Teja 366 is the best ever.

Kawan-kawan Master pun sporting dan best. Baca ni

Best jugak la hidup sebagai seorang senior super-duper. Ada jugak yang tak best. Yang tak bestnya tak kenal ramai orang sangat. Ye la, kenal budak-budak kelas je. Dulu pun masa degree kenal jugak budak-budak kelas je. *Cit, masa tu kelas 200 orang, kenal semua. Sekarang ni ada 30 orang je. Terlalu sedikit.

Yang best tu, orag lebih respek. Bukan minta direspek pun. Kita semua sama je =)

Paling best bila aku kembali ke pangkuan persatuan. Ramai lagi yang masih mengenaliku termasuk Abang Cot, Abang Sabri, Pak Long, Pak Ad, Adek, Shah, Kak Bee pun ingat. Rasa kepulanganku dinantikan. Sangat teruja dan suka =)

Budak-budak persatuan pun ok saja. Baik dan ramah belaka.

MISC the best DPP even kerani semua kenal aku. Hehe~ Aku pun tak cam sangat diorang. Pak Ku, Fadzil, alahai, nak ingat nama ni susah..

Bebudak kat DPP MISC pun baik-baik belaka. Jumpa kat mana pun tegur =)
Anis, CT, Miza, Laila, Dayah, Fatihah, Tan, Atik n the geng, Syida, Zati, Tasha, Balkis, Cik Fizz, Ana, Ida, Hani, Dell, Zakiah, Bella, Su, Hanan, Hairul, Ogy, Saiful, Rabbi, dan ramai lagi.. Kalian dalam ingatan.


Ok la, Kak Sha tinggalkan korang dengan lirik ni, k.


Selamat tinggal bunga ku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruan ku
Jasa mu untuk diri ku

Ke timur atau ke utara
Tak tentu di mana nak tujukan
Setitik airmata
Dititiskan dibuang jangan

Sekiranya aku masih
Berada nun jauh di balik awan
Salam yang bahagia
Khabar yang gembira ku kirimkan

Inikah akhir bertemu
Bila nian kan berjumpa lagi
Ingatlah pesanan ku
Jaga baik diri mu sendiri

( Lagu : Johar Bahar / Ahmad Wan Yet - Lirik : Johar Bahar ) Selamat Tinggal Bungaku - S.M Salim @ Lirikami



p/s: Sampai jumpa lagi.. I'll miss you all.

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Akhurnya, segalanya berakhir di sini..

    Semua yg terbaik ku dapati =)

    BalasPadam
  2. sedih nk tinggalkan tmpt kite penah susah payah jalanii hidup untuk cari ilmu..

    saya paham..

    anyway, tahniah sebab dah abiskan srjana..

    BalasPadam
  3. sarjana> hebatnya.. doakan saya begitu jugak nti.. insyaallah, mgkin time saya dah ijazah, akak dah bersalin anak 5,, hihi

    BalasPadam
  4. tahniah,sis sbb da bjya tamatkn sarjana :)
    yana akur dengan keadaan..pasrah segalanya..da cm tjuk lagu nasyid lak..hehe...

    akak bg lagu ek??yana pon ade lagu utk akak.. akak dgr lagu ni yea..

    ~You'll be in my heart- Phil Collins~
    tersentap kejap!!.huhu..

    u r always in my heart sis..walaupun xpena bersua..tp da ase cm lama kenal..lalala~~

    walau jauh dimata,tapi kau sentiasa dekat di hatiku..cewahhh...jiwang lak...~~ekeke~~ (=

    BalasPadam
  5. salam...

    kak follow master ke dgree???

    BalasPadam
  6. selepas ni apa perancangan pula?...kawen?..hehehe

    BalasPadam
  7. @cik hani

    Aah.. sedih sikit.

    TQ.. biasa2 saja la

    BalasPadam
  8. @♥ adibah mazlan ♥

    Ye, berkat doa kita pohon bersama, k.

    Anak 5? Oh tidak! Tapi tak pe jgak, badan tetap maintain.. hihi~

    BalasPadam
  9. TQ Yana..

    Uii, panjang lebar celoteh yana ye..

    Tuju lagu plak ye? nnt kak tengok ye..

    La ye ke? Bagus la kalau rasa mcm tu. itu jiwa serasi namanya. Hihi~

    dekat di hati ♥ ..

    BalasPadam
  10. @Khairil

    Kahwin? Lambat lagi kot.
    Cari kerja la

    BalasPadam
  11. Patut letak lagu zizan ngan dina - selamat tinggal nih..he3

    BalasPadam
  12. @decrewz
    Lagu apa tu? Sha tak tau la..

    TQ Jai sudi lawat sini walau Sha dah lama tak jenguk Jai. Sekarang jugak Sha jenguk. Zazzzs~

    BalasPadam
  13. Erk, x pernah dengar ke? Lagu tu top sekrang kat radio...he3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker