Langkau ke kandungan utama

Budak-budak Persatuan Yang Aku Kenal (Wajib Baca)






Assalamualaikum...

Entri ni adalah warkah buat adik-adikku.


Adik-adikku sekalian, Kak Sha dah rindui korang. Korang memang sempoi.. Kak Sha sayang korang.

Ini adalah diri korang di sebalik perspektif spek pink Kak Sha.

1. Zul - suka dengar dia bagi ucapan. Sedap dan lunak? Lunak ke? Haha~

Yang penting, suara dia memang sedap bila membawa lagu marhaban dan qasidah burdah. Yang Di-Pertua (YDP) yang paling ramah yang pernah aku jumpa. Matang melebihi usia dan gila-gila jugak. Dia dapat mengecam ramai nama. Bravo. Apa petua ni?


2. Pan- roommate Zul. Suara pun sedap..Kalau dengar suara dia mengalunkan marhaban, sangat sedap okay. Nampak macam sombong sikit. Mungkin pemalu. Tapi, bila ditegur, ok ja.







3. Nizam- senyuman dia manis. Agak pemalu dengan perempuan. Er, ye ke? Pada pandangan aku la.. Dia akan tegur pun kalau ada ramai orang yang tegur sama. Kalau tak, jangan harap la. Tapi, dia ni boleh diharap dan orang penting ni.. NYDP 1. Muka dia macam sape ek? Macam pernah aku kenal..


4. Azmi- sangat tegas, kata-kata dia kasar. Pada mula kenal dia, memang tak suka dia sebab dia tak cam orang. Tapi lepas diorang perkenalkan aku ni budak Master dan dah USR, terus jadi baik. Selalu tegur-tegur. Baru la aku kenal dia macam mana. Seorang yang baik. Gila-gila jugak. Suka bab marhaban 'lu pasal, lu pasal!'

Suka mengusik aku jugak. Nasib baik la aku ni jenis tak cepat 'melatah'.. "Ala, Kak Sha.." itu ayat dia yang selalu aku dengar..


5. Nik Nizam- Mula kenal dia sebab dia la orang yang bertanggjawab dalam pengedaran fail untuk kelas-kelas, tiap-tiap kelas kena jumpa dia. Memang skema la, orang pun alim sikit.

Pernah join Marhaban kat DPP Sime Darby, lepak sesama, borak-borak, baru dia tau aku ni master. Lepas tu dia ok sikit la. Tegur-tegur jugak. Bila dah satu kumpulan dalam Sutra Gempak, baru kenal dia.. Dia seorang yang ok. Lepas tu, aku pun tegur-tegur jer dia tanpa rasa malu lagi.

Muka dia ada sikit macam Azim yang alim jugak tu.


6. Hamzah- dia ni mula-mula aku kenal, aku add FB dia sebab aku nak join Interaksi. Sebab dia yang handle benda tu. So, nak senang, aku add jer dia. Kemudian dia tanya pula, sape ni? Aku tak jawab apa pun. Diam jer. Ye la, aku segan la. Aku budak baru kat situ. Bila kita nak berkawan dengan orang, dia tanya plak,  kita ni sape.. Sedih tau. Tapi nasib baik la dia accept jugak FB aku.

Aku mula lebih kenal dia bila aku nak baju interaksi yang warna merah tu. Sebab aku nak cepat. Takut aku dah tak de kat UUM ni. Dari situ yang dia tau aku ni Master. Sejak tu, dia banyak berborak dengan aku. Masa tu, aku mentor kelas umum.

Kemudian, aku kena tukar jadi mentor kelas potong. Sementor dengan dia. Aku ditukarkan ke sana sebab dia tak datang atau datang lambat sikit malam tu.. Sejak tu, aku jadi mentor kelas potong, manakala kelas umum, Mubin yang jaga kembali. Sebelum tu, dia dipinjamkan ke kelas asas.

Dah macam tu, tengok Mubin pun masa tu tengok aku tak senyum pun. Mungkin dia tak suka aku jadi mentor sama dengan dia kot. Dia pandang aku semacam jer. Dah la aku budak baru kat situ.

Jadi, aku masuk ke kelas potong. Kadang-kadang, Hamzah ada hal dan datang lambat sikit. Kira ok la sebab aku ada, boleh cover. Biasanya, aku la yang ambik fail tu. Biasanya, dia yang suruh aku yang ambik fail tu. Kemudian, kat kelas, dia akan panggil nama. Tapi kalau bab mengumuman, tak buat plak. Isk, mamat ni.. Kalau macam ni, mana la adik-adik tu nak tau apa projek yang akan dijalankan? Kalau diorang tau pun, mungkin diorang akan rasa terpanggil sikit kalau ada promotion dan ajak lagi, pujuk sikit.


7. Muaz- sebelum ni, dia pernah tanya, sape la aku ni dalam kelas masa ramai-ramai? Aku diam jer.. Malas la nak jawab yang aku ni Mentor dan dah lama ambik USR. Ada orang lain bagitau dia.

Masa kami conduct USR, baru kami bertegur. Bukan berlagak. Tapi dia yang pendiam, aku nak tegur pun tak tau nak kata apa.. Dia plak jenis renung orang sikit. Bila aku tegur, baru nak jawab.

Entah dari mana dia tau aku ni budak master, segan jugak, sebab dia pun jenis segan-segan.

Pernah dia kata aku ni tenaga pengajar (TP) pada Abang Adi. Adoi, kalau hormat pun jangan la cakap aku ni TP. Tak layak rasanya..


8. Abang Adi Faiz bin Abang ...- dia suka jer halakan muncung kameranya ke mukaku.. tegur aku tak pernah pulak. Erm, apakah? Tapi bila tegur dia ni ok jer. Boleh dibawa berborak. Suka tengok gaya dia, kemas.

Bakal cikgu ni.. Dia ni pelajar maktab kat Pulau Pinang dan ada buat pertukaran apa ntah.. Dua sem awal kat Penang, 4 sem seterusnya kat UUM dan dua sem lagi kat Penang balik. Oo, dia geng Murabin kot..

Nak tau? baca ni:
apakah pakaian Islam

Boleh plak, dia kata masa malam BBQ, masa ucapan dia, dia kata UUM ni apa yang istimewanya. Sebab kat Penang kan ada bangunan banyak. Kat sini, ada apa? Kami (Azmi, Fairuz dan aku) kat belakang sentap la, sampai hati kata macam tu.. Kemudian dia cakap dia jumpa yang istimewa, pasal persatuan la.. Itu melegakan kami. :-)


9. Nik Fazreen- kawan rapat kepada Abang Adi. Aku tak tau sangat pasal dia sebab tak pernah cakap dengan dia. Tegur-tegur, pernah la. Tapi tak de la cerita-cerita..

10. Taufik, Awis, Faiz dan Faizul- Aku rasa karektor diorang ni dekat sama je. Pada awal dulu-dulu, susah betul nak ingat muka diorang ni satu persatu. Haha~

Tapi diorang kenal aku walaupun aku jarang berbual dengan diorang. Mereka ni ok jer, selalu tegur dalam fb. Hehe~


11. Firdaus dan Amri (Ustaz)- memang tak rapat langsung tapi diorang ni budak baik =) Nampak muka je macam ganas sikit. Ala, macam ayat popular sekarang ni, 'muka ganaz, hati cute/legend'. Hihi~ jangan marah.

12. Osman- tak kenal sangat tapi dia seorang yang okay. Boleh dibawa berbincang dan berbual.

13. Mubin- Seorang yang pemalu tapi dia seorang yang okay. Kalau nak tau lebih, baca ni.

14. Naim aka laksamana Melayu- seorang yang suka mengeluarkan kata-kata jenaka. Kadang-kadang ayat dia biasa saja tapi jadi lucu.



Ok, perempuan pulak.

Ramai ni.

1st kenal dengan Atiqah Nadzari sebab ambik no contact dia tapi kelas pertama tak pergi, letih sangat jog bersama teman-teman di MISC ni. "Oo, ini la dia orang yang mesej aku,"
Seorang yang okay walaupun nampak macam susah nak masuk dengan orang yang dia kenal. Bila dah kenal dia, dia okay jer. Banyak cakap.

Then rapat dengan Isma. Baik budaknya. Suka senyum. Mesra. Manja.

Bila pergi marhaban ke rumah Tn Haji, rapat dengan Feti dan Atiqah Jusoh (AJK Makanan). Diorang baik. Mesra sangat. Selalu makan bila dah habis marbahan.

Surie mula rapat bila pergi marhaban jugak. Sebab dia seorang yang cepat mesra. Suka jugak menyokong dia. "Kak Sha, diorang ni..," rengek manjanya dengan pelat Sabah.

Ok, masuk cerita geng Tenaga Pengajar (TP) pulak.

Aqila- pernah sama-sama buat demo kat TNB. Pada masa tu, dia baru sem 1. Aku plak sudah praktikal. Seorang yang penyayang dan sering 'dibuli' oleh adik-adik lelaki. Nampak macam pendiam tapi ja..

Dila- mukanya macam pernah kenal tapi sape ya? Aha, ada sikit-sikit aura Ayu (Rahayu) mungkin sebab pakai contact lense kot. Seorang yang cantik, nampak macam berlagak tapi tak la.. Dah kenal, ok jer dia. Tak berlagak pun.

Su- comel dan nampak agak manja. Suka senyum. Baik. Selalu kena usik jugak.

Atikah TP- nama glamour. Seorang yang sangat OK. Senang nak berkawan dengan orang. Suka tersenyum. Aku tolong dia kat kelas potong.


Azizah- ramah dengan aku. "Kak Sha, kak sha.." panggilannya bila nak mula cerita dengan berfikir.

Shima- pernah tolong dia dalam majlis potong. Tolong apa? Shyy.. Rahsia. Hihi~ Suka tengok senyumannya.

Atikah Nabila- lembut orangnya. Senyum saja. Mungkin masih segan, tak kenal ramai lagi. Rapat pada masa go-cart.

Ok, habis kot TP.

Masuk cerita ladies yang lain pulak.

Wiena-  Kawan sekos Ezad. Ok saja. Suka tegur aku.

Mely- Ok jugak. Dia la yang ajak aku turun diorang trainning untuk USR.

Q- Ok. Nampak macam berlagak. Dah jenis dia macam tu.

Sal- pun ok. Macam Q jugak, nampak macam berlagak tapi nice saja.

Yat- Comel. Perwatakan matang. Mesra. Suka senyum.

Nana- nampak garang tapi ok jer. Dia ada refleks.

Ok, budak kelas potong pula.. Ramai jugak, dalam 20 orang lebih. Nama sah-sah la aku tak ingat semua. Kadang-kadang salam dengan diorang masa kat rumah Tn Haji, diorang yang tegur, "kak Sha,"
Aku tak kuat ingatan macam Zul. Muka aku ingat jugak la, nama susah la.

Ok la, aku sebut nama yang aku ingat jer la.

Mastura, Syida, Aziz, Misbah, Masyitah, Ain yang comel, Sherina (anak Tn Hj), Farahin, Salihin, Azizah dan Na,.. ala tak ingat nama sangat. Muka terbayang-bayang ni.

Fairuz- Nampak lembut tapi tumbukannya padu. Suka mengusik Azmi. Kadang-kadang pemalu, kadang-kadang blur. Juga tolong aku kat kelas potong.

Ida- dia ni macam susah jer nak cam orang. Orang Sabah ni. Kadang-kadang kelakar jugak.

Mas- cantik orangnya. Lembut jugak. Baik. Mula-mula kenal dia la, kena jaga kelas umum sama-sama. Supportive. =)


Adik-adik kelas lain:

Karim- akan tegur aku walau di mana sahaja. Kuat jugak falsafah hidup dia. 'Kak Master', itu gelarannya kepadaku. Budak Kelas Jatuh.

Atikah- Nampak lembut tapi bila buat buah, pergh kasar gila.. Lembab badanku. Kenal masa tolong dia set upkan makanan untuk praktikal USR. Kesian dia, AJK tak de.

Artikah, Along dan Wiwien- Budak kelas asas. Mantap jugak diorang ni buat kerja. Rapat masa kat rumah tuan Haji. Dah macam adik-adik aku dah. Rapat masa projek BBQ.

Dayah- seorang yang ceria.

Ben- banyak bercakap walaupun masih baru. Budak Sabah ni.

Izat- ok jugak. Rajin kerja. Pendiam sikit tapi aktif kat facebook.

Minta maaf kalau ada nama yang tertinggal, tak dapat nak ingat semua dalam satu masa.


Kesimpulannya, budak-budak persatuan ni semuanya Ok. Cuma tak kenal dan tak rapat je. Tapi bila dah kenal dan rapat, mereka boleh menjadi kawan yang baik. Aku sayang persahabatan yang telah terjalin ini.

Jom layan lagu ni.

Nasyid doa perpisahan - Brothers.





Sayang korang, macam adik-adik sendiri.
Ada jugak yang anggap Kak Sha ni macam kakak sendiri. Terima kasih di atas kepercayaan tu. Semoga ukhwah ini berpanjangan.

Jaga diri elok-elok, pada yang sem akhir, meh usha ni
Kepada yang masih di UUM, meh tengok ni


P/s: Best dengan korang sebab korang sporting dan selalu je ada teka-teki. Bila nak buat buku teka-teki ni?
P/s/: Best bila kenangkan pada malam tu, selepas Majlis Ijazah.. Makan ramai-ramai kat meja bulat =)

Terima kasih sudi baca warkah ini.

Sayang selalu,
Kak Sha.
MISC, UUM.
p/s/s: petang ni nak balik kampung.





Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)