Assalamualaikum...
Alhamdu lillah, akhirnya aku dapat jugak up date entri. Tersiksa rasanya jiwa cek sebab tak dapat nak tapi entri sedangkan dalam kepala otak ni dah menggelegak nak keluar. Hihi~
Tapi, nak cerita bab apa ek? Adus, dah terlupa plak. Ni semua line punya pasal la.. Hi, teruknya perangai, salahkan line plak. Diri sendiri tu tak nak plak dipersalahkan.. Hehe~
Ok la, korang baca je la apa yang aku tulis ni ek. Korang kan baik dan sayang aku. Haha~ Perasan betul la minah ni..
Aku baru balik dari majlis berzanjidan burdah kat Sime Darby. Sangat seronok, okay. Sebab ia adalah alunan yang lama dah aku tak dengari dan ianya adalah alunan jiwa manusia. Kita akan rasa terbuai oleh alunannya. Kalau korang nak tau, cuba la dengar dan baca sekali.
Pandai betul la Sheikh Al-Barzanji buat.
Ingat nak beli satu la kat mak. Mak pasti suka. Harga RM40. Masalahnya malam tadi aku tak bawa duit ke sana. Bawa purse je. Duit cek la ni (aku sekarang ni) ada RM2 je.. Wink. Wink.
Duit tu la nak makan untuk esok.
Tak cukup tu..
Dalam purse?
Dalam purse tu kosong.
Tak elok kosongkan purse.
Aku tau tapi itu la, tengah kering sekarang ni. Hehe~
Kat bilik pun, stok makanan yang ada cuma megi. Ok la tu kan? Boleh buat alas perut. :-)
Eh, korang jangan terasa pulak aku nak tagih simpati korang. Ini adalah cerita aku. Saja aku kongsikan kat sini, sebagai kenanganku.. :-)
Tak perlu mengeluh untuk semua ni. Kalau tak rasa bagaimananya susah, kita tak kan hargai bagaimananya senang. :-)
Aku paling tak suka la orang kata aku ni nak tunjuk bagus. Aku cuma menjadi diriku sendiri yang merendah diri. Kalau ada yang aku cakap aku ni cantik ke pandai ke, itu cuma gurauan jer.. Tak la korang rasa bosan dan skema sekolah menengah pulak bila baca entri-entri aku. Biarla havoc sikit kan? Hihi~
Tadi melawat seorang teman baikku pada masa sekolah dulu. Wah, bahagianya dia sebab suaminya alim, warak dan sangat menghargai dia. Kawan aku tu tak la secantik mana, kalau nak bandingkan ehe, tak nak la bandingkan, tak baik. Tapi pada aku, biasa saja. Tapi suami dia puji, dia sangat cantik dan 'isteri tercinta'.
Bukan tu jer, siap lagi kata ...(aku tak sanggup nak cakap, sebab kejelesan melampau. Haha~ Gurau jer la. Sebenarnya, aku tak ingat ayat dia kata, lebih kurang macam ni la, 'kalau kau ikut arahanku, taat kepadaku, menjaga aib dan hartaku, kalau kau mati, syurga sudah tentu jadi milikmu'. Ayat aku tak best. Ayat dia best, romantik jer. Ayat aku kasar. Wah, bestnya kalau dapat lelaki macam tu..
Aku rasa kalau korang (gadis) yang waras ni pun pasti akan rasa sangat jeles dengan kawan aku tu. Ingat nak jer sertakan link blog dia kat sini tapi tak elok la, aku tak dapat kebenaran dia lagi. Kalau korang baca, pasti korang pun jadi macam aku, tahap kejelesan melampau. Haha~
Aku bukan seorang yang suka jeles dengan orang. Aku cuma bersyukur dan bahagia kerana kawan-kawanku ramai yang sudah bahagia dengan pasangan masing-masing. Kadang-kadang tu, jeles la jugak sebab diorang romantik. Tapi tak de la aku nak jeles lebih-lebih. Aku ni normal dan ceria jer hidupku. Tak de masa la nak jeles lebih. Buang karan ja.. Cit!
Ya ALLAH, aku jugak nak suami sebaik dia..
Tapi, aku tak nak orang yang sama a.k.a bermadu, k. Aku nak orang lain yang sebaik dia. Adakah si dia untuk ku?
Er, budak persatuanku ada ke? Wei, cepat la minang aku, wahai budak persatuan sekalian.. Haha~ gediks giler ko, Sha.. Gediks santai kot..
Wah, rindu pulak kat budak persatuan bacth USR 2008.. Kami rapat bak adik-beradik. Bila nak reunion lagi, wei?
P/s: Semalam, ada kawanku tanya padaku, si XX panggil kenduri tak? Aku senyap jer la. Ubah tajuk. Tak kisah la, dia nak panggil ke tak, itu hak dia. Aku tak terkilan sikit pun. Aku ni sape la pada dia, kan? Kawan yang tak dianggap. So, aku tak nak panjang cerita.
Kalau dia nak panggil setelah menyelongkar blog aku dan terbaca kat sini, baru nak panggil, tak payah kot.. Aku tak tau pape dah pasal dia. Dia dah remove dan block aku kat fb. Kalau dia dah delete akaun lama dan buat akaun baru, kenapa tak add aku? Aku guna nama aku jer..
Aku rasa antara sebelum kahwin dan selepas kahwin, seseorang lagi akan berubah dan lupa kawan selepas kahwin. Kalau dia dah tak nak kawan dengan aku, jadi tak perlu nak susah-susah panggil aku.
Restu? Aku merestui jer pilihan hati kawan-kawanku.. :-)
Eh, ramai dah kawan-kawan dapat anak.. Sukanya, dah jadi ibu dan bapa. Aku? Aku jadi aunty.. Sukanya..
Berbahagia sebab kawan-kawan aku semuanya berbahagia.. Aku? Aku bahagia jugak walau sendiri.. :-)
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Sayang kawan-kawanku..
BalasPadam