Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak | ! sha my heart

.

Khamis, 13 Februari 2014

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak


Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan salahkan aku. Wakaka~ Aku sekadar mengadaptasi dari petua orang kalau nak anak putih gebu, minum soya banyak-banyak masa mengandung.

Tapi aku dengar juga yang air soya ni tak berapa bagus juga terutamanya kepada ibu yang mengandung. Ia boleh membentuk kanser. Itu apa yang aku dengar la.

Makanan untuk orang demam campak adalah sup ayam dan air kepala.

Elakkan dari terkena hujan dan shower yang berlubang-lubang
Hujan emas di negeri orang, orang batu di negeri sendiri.. Eh, ada eloklah dan mujarabnya korang hindari daripada terkena hujan. Kalau tak kulit korang akan berlubang-lubang. Kalau shower pipe? Eloklah hindarkan jugak la.. Mana tau tetiba berlubang-lubang pula wajah korang yang ayu dan kacak tu. Kurang la wang hantaran RM 10,000. Haha~

Bedak beras buat sendiri
Korang boleh bedakkan dengan guna campuran beras yang direndam dengan air kasi lembut sikit.

Selepas korang rendam beras tu dalam masa sejam dua, korang masukkan dalam mesin pengisar bersama dengan daun cermai. Kisar halus. Campuran ini akan berwarna hijau.

Ramuan ini adalah untuk menghaluskan dan mencerahkan kulit. Dipakai setelah campak keluar habis. Lumurkan seluruh badan. Seluruh badan ye. Korang harus sabar bila diejek menjadi adiwira. Ini kerana korang akan berubah menjadi hulk hogan seketika k. Wakaka~

Bila dah kering ia akan berwarna kuning. Eh, silap mata (magic) la.. Cair hijau, kering kuning.

Aku teringin nak pakai jugak. Tapi since orang yang kena campak tu dah pakai, aku tak berani plak nak pakai. Kang tak pasal-pasal tetiba rasa gatal dan wow! Campak. oh, tidak!!!

Elakkan bercambur baju dan bekas minuman air masak
Gelas dan cawan bekas diorang guna aku tak kan sesekali biarkan diorang guna balik. Maka banyak kali jugak la kena basuh. Agak meletihkan sampai kecut jemariku kena air. Tapi tak pe, janji tak ada jangkitan virus.

Banyakkan minum air masak
Aku pulak, sentiasa minum air masak. Risau la berjangkit penyakit yang senang berjangkit seperti selesema, demam dan campak. Oh, tidak!


Jagalah pemakanan anda dan semoga cepat sembuh.


Entri ini diubahsuai dari entri sebelum ini, boleh baca:
Menjaga makanan orang demam campak dalam rutin harianku

Entri lain yang mendapat tempat di hati orang demam campak:
Tips Ubati demam campak

Terima kasih. Semoga bermanfaat.

10 ulasan:

Marliyana Mk berkata...

yayyy.suka air kelapa..heheh

byk pantang nya kann

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

pernah kena masa sekolah rendah dahulu.. memang banyak pantang larangnya..

sha my heart berkata...

MK: Sedap air kelapa. Slurp.
a ah, banyak kena pantang.

sha my heart berkata...

Mizz Aiza: oo, pernah kena ek? ok la dah baik, kan?

sha my heart berkata...

Mizz Aiza: oo, pernah kena ek? ok la dah baik, kan?

sha my heart berkata...

Mizz Aiza: oo, pernah kena ek? ok la dah baik, kan?

luke harris berkata...

Saya baru kena dua hari lepas.. Skang pun mmg duk pulun minum air kelapa. Dah ada campak keluar kat tapak kaki. So kira dah nak baik dah tu kan?

Tanpa Nama berkata...

Demam cmpak tu bleh sembuh dlm temph bape hari? Bintik hitam tu mesti ade ke?? bkn ape sbb lgi seminggu nak exam...

Anisha berkata...

Berapa lama kita kena pantang? Anak saya 2 tahun kena campak dah seminggu dia berpantang. Skrg dah kering. Ada apa lagi kena ikut

Tanpa Nama berkata...

Eh ? Sup ayam ?? Bley kea mkn yg berkaiyan ayam msa campak ny ? Bkan nnty gatal kea ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...