Langkau ke kandungan utama

Menjaga Makanan Orang Demam Campak dalam Rutin Harianku

Assalamualaikum...

Entri tips, peribadi dan rutin harian.

Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.

Jom baca.

Pepagi kemas rumah. Kalau pagi atau siang susah la untuk aku buka laptop ni sebab anak-anak sangat nakal dan main macam-macam. Malam-malam baru boleh buka laptop sebab diorang dah kurang aktif.

Sarapan memang aku tak sediakan. Kakak yang akan sediakan. Aku pun suka juga skip breakfast ni.. Haha~ Jangan contohi, tak baik tu.

Aku akan masak seperti mana yang diarahkan. Hehe~ Bukan kena arah-arah tapi kan aku ni menjaga orang sakit, maka makanan untuk orang sakit kena la buat.

Satu lagi, demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Tapi ada la satu hari tu aku goreng cendawan, buat sayur. Orang yang kena campak tu risau giler. Haha~ kejap jer masak goreng sayur cendawan tu.

Lepas kejadian tu, aku dah tak goreng dah. Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.

Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan salahkan aku. Wakaka~ Aku sekadar mengadaptasi dari petua orang kalau nak anak putih gebu, minum soya banyak-banyak masa mengandung.

Tapi aku dengar juga yang air soya ni tak berapa bagus juga terutamanya kepada ibu yang mengandung. Ia boleh membentuk kanser. Itu apa yang aku dengar la.

Makanan untuk orang demam campak adalah sup ayam dan air kepala.


Hujan emas di negeri orang, orang batu di negeri sendiri.. Eh, ada eloklah dan mujarabnya korang hindari daripada terkena hujan. Kalau tak kulit korang akan berlubang-lubang. Kalau shower pipe? Eloklah hindarkan jugak la.. Mana tau tetiba berlubang-lubang pula wajah korang yang ayu dan kacak tu. Kurang la wang hantaran RM 10,000. Haha~

Korang boleh bedakkan dengan guna campuran beras yang direndam dengan air kasi lembut sikit. Tapi jangan plak korang masukkan campuran air dan beras tu dalam periuk dan diletakkan ke atas api yang menyala ye. Kang nasi jadi bubur. Wakaka~

Selepas korang rendam beras tu dalam masa sejam dua, korang masukkan dalam mesin bersama dengan daun cermai. Kisar halus. Campuran ini akan berwarna hijau ye puan-puan. Lepas tu, jangan gediks plak nak panaskan minyak dan menggoreng  ya. Kang jadi cekodok cermai. Haha~ Tak pernah dibuat orang.

Aku rasa sekali berdentam dentum la minyak. Habis la muka korang kena minyak. Minyak dengan air kan tak boleh bertemu. Ibarat minyak dengan air.

Ramuan ini adalah untuk menghaluskan dan mencerahkan kulit. Dipakai setelah campak keluar habis. Lumurkan seluruh badan. Seluruh badan ye. Korang harus sabar bila diejek menjadi adiwira. Ini kerana korang akan berubah menjadi hulk hogan seketika k. Wakaka~

Bila dah kering ia akan berwarna kuning. Eh, silap mata (magic) la.. Cair hijau, kering kuning.

Aku teringin nak pakai jugak. Tapi since orang yang kena campak tu dah pakai, aku tak berani plak nak pakai. Kang tak pasal-pasal tetiba rasa gatal dan wow! Campak. oh, tidak!!!


Berbalik kepada cerita asal (melalut ke laut rupanya aku ni), sejak tu aku masak jugak makanan berminyak tapi aku pandai-pandai la cover tak bagi ianya menjadi tumis. Ini memerlukan kepakaran yang tinggi. Hanya mereka yang bergelar chef sahaja mampu buat. Haha~ poyo jer ku ni.

Aku laung suruh Amar dan Nabihah mandi. Then paksa Amar makan untuk makan ubat. Bukan main susah budak ni nak makan ubat. Jadi kena la guna helah 'tak nak kawan'. Kalau dia tanya ke apa ke, buat-buat tak tau je. Lepas tu, mesti dia akan ambik hati dengan buat apa yang dah aku suruh. Maka aku pun berkawan balik. Macam budak-budak tak aku? Haha~

Then serve diorang makan tengahari. Lepas tu tengok TV, menanti kakak-kakak bebudak tu balik dari sekolah.
Aku yang kena buat susu untuk diorang. Gelas dan cawan bekas diorang guna aku tak kan sesekali biarkan diorang guna balik. Maka banyak kali jugak la kena basuh. Agak meletihkan sampai kecut jemariku kena iar. Tapi tak pe, janji tak ada jangkitan virus.

Aku pulak, sentiasa minum air masak. Risau la berjangkit penyakit yang senang berjangkit seperti selesema, demam dan campak. Oh, tidak!

Petang bila parents diorang balik, aku dah boleh buat hal sendiri. Biasanya aku masuk bilik, baca majalah-majalah.

Kadang-kadang siram pokok bunga bila dah petang dekat nak maghrib.

Malam, bersembahyang jemaah. Aku jadi imam kepada anak-anak buahku. Sweet sangat. Ceh, puji diri plak. Tak, aku tak baik mana. Dah dia nak jadi makmum aku, takkan la aku nak tolak? Layan jer la..

Malam, aku jarang makan dengan diorang. Bukan bergaduh ke apa. Aku dah makan kot pukul 6 petang tu. Malam pukul 8, mama diorang panggil makan lagi. Gile ko, dah full ni. Aku tak nak la perutku buncit. Sangat tak cantik ok. Haha~ Perasan plak nak jadi model.. Uwek.. Wakaka~

Tapi aku akan makan nasi dalam pukul 10 malam ke atas. Gemuk? Aku tak perlu risau akan hal itu. Tak pernah gemuk. Naik badan tu pernah tapi sikit jer. Turunnya cepat jer.

Malam-malam lepas lepak depan TV, aku akan buka laptop untuk blog, fb dan buka cerita. Anak-anak buah aku suka dengan cerita Korea, kartun dan Maharaja Lawak dalam my lappy ni. Sampaikan setiap hari request suruh buka. Yang kakak-kakak suruh buka cerita Korea, yang adik-adik minta kartun.

Ini yang best, boleh aku ugut diorang kalau nakal-nakal sangat tak nak kawan atau tak nak bagi diorang tengok cerita dalam Mr Len ni. Haha~ Budak-budak ni kena psiko sikit. Tapi bukannya kau selalu psiko diorang, kang gila plak budak tu. Wakaka~



Itulah rutin harian aku. 

Best tak? Haha~ Poyo jer aku ni..

Aku bahagia di sini =)


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. buat masa ni tak pernah lg pengalamn jg orag kene dmm campak ..hhuhu

    btw thanks ceritanya hehe :)

    BalasPadam
  2. serik le dulu kecik2 kena demam campak besar...

    BalasPadam
  3. org demam compak mlm kena tidur atas kain satin atau sutera yg licin lagi sejuk.

    BalasPadam
  4. alif: sama la.. kite pun tak kena lagi.

    BalasPadam
  5. en khairil: sampai serik ke? woo, bahaya ek..

    BalasPadam
  6. abg ghani: ui, layanan istimewa tu..

    kite bagi diorang tidur guna daun pisang dan lapik tikar di bawahnya letak daun mambu

    BalasPadam
  7. jangan beri cadangan yg tak pasti,misti ada fakta,buat reserch dulu....sekadar cadangan je..

    BalasPadam
  8. wrmmm makanan bergoreng kena elak...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker