Assalamualaikum...
Entri peribadi dan rutin harianku.
Untuk pengetahuan korang yang belum tahu, aku berada di Melaka sejak 3hb Julai. Ini semua kerana kakakku, Ramziah memerlukan bantuan aku. Anak lelakinya demam campak. Kakak pun tak dapat cuti banyak hari.
Pengetua sekolah dia pula gila sikit. Sekolah menengah biasa tapi dia nak buat macam sekolah berasrama penuh yang mana kelas tambahan untuk tingkatan 1-5. Kalau sekolah biasa, hanya tingkatan yang akan mengambil peperiksaan besar sahaja diadakan kelas tambahan seperti tingkatan 3 (PMR) dan tingkatan 5 (SPM).
Maka, pukul 5 atau 6 petang baru boleh balik rumah dan masuk kerja pukul 7.15 pagi, kena pantau budak-budak membaca buku, sedangkan kelas bermula atau jam sebenar bekerja adalah pukul 7.45 pagi.
Kepelikan pengetua tu lagi, dia hanya suruh je anak-anak buah dia buat kerja, tapi dia tak buat sama. Memang ada yang marah la kalau macam tu kan? Sebagai ketua, kita kena la tunjuk contoh yang baik.
Pengetua ni juga seorang yang pendendam jugak la, sebab kalau ada yang tak ikut aktiviti dia, dia akan aim dan siap la. Bebaru ni, dia panggil kenduri kahwin anak dia. Semua orang wajib pergi. Kalau tak, siap la. Bukan itu saja, siap kena pakai baju ikut warna tema yang dia mahu. Hahaha~
Ada juga orang macam ni. Kalau kita ada kat atas ni, rasa biasa jer. Tapi bila duk bawah ni rasa lucu dan agak membebankan.
Ok, berbalik kepada Amar, seorang saja anak lelaki kakak, dia demam campak, besar-besar. Mak kirimkan (aku yang bawa) pokok bayam duri diletakkan dalam bekas mandi, rendam. Sejuk je air dia. Semua orang mandi air tu. Aku pun mandi juga, risau berjangkit la. Ooh, tidak!
Tidurnya berlapikkan tikar. Bawah tikar tu diletakkan daun ... (ala, terlupa la namanya. Bukan daun mambu -Orang Utara tau la daun ni). Tapi bukannya dia tidur sangat pun atas daun tu. Dia tidur dengan aku.
Semenjak aku datang ke rumah ni, anak-anak saudara akan ikut dan rapat dengan aku. Tidur pun semua gaduh-gaduh nak tidur dengan mak njang dia. Sampaikan mama mereka merajuk. Ye la, anak-anak semua nak tidur dengan mak njang, siap buat turn tapi tak nak tidur dengan mama. Haha~
Kena buat turn tu sebab aku rimas ramai-ramai. Semuanya, empat orang. Tidur pula dalam bilik. pernah malam tu, tidur bersama 3 orang anak saudara. Asyik terjaga je sebab takut tertindih. Nak beralih pun susah. Sejak tu, aku hanya benarkan dua orang sahaja yang menemaniku tidur.
Hari-hari makan sup ayam. Nak cepatkan sembuh dari demam campak. Tak boleh makanan bergoreng. Tapi abang ipar belikan makanan berminyak untuk orang lain yang tak demam campak.
Sekarang ni, abang ipar pula kena campak. Yang teruk kan keadaan, tak boleh masak bergoreng sebab abang duk dalam rumah. Hari-hari makan sup. Tensionnya.. Ada resipi tak yang tak perlukan menggoreng atau tumis? Aku tahu ada tapi resipi apa ya? Nak panggang-panggang pun susah, rumah taman. Kena search internet dulu ni.
Harap-harapla aku tak kena campak pula.. Campak yang besar ni aku belum kena. Risau jugak.
Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Tak nak la kena campak sekarang, dekat dengan bulan Ramadhan ni..
BalasPadamjgn demam2.... -)
BalasPadamasal tak nampak shoutbox kak sha tak kuwa ? :(
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamranking alexa kat SINI
BalasPadamsemoga anak buah cepat sembuh k.. akak masak??wahhh.. bubur je la kut..
BalasPadamjage kesihatan okeh kak sha..^_^
BalasPadamnak buat camana...dah nak kena campak..yang awak tercampak kat sana lam-lama bila nak balik pulak?..hihihi
BalasPadamcinta: hopefully la.. tak nak demam2 ni.
BalasPadamsyuh2, gi jauh2 demam..
Jer: ada jer. line internet jer tak ok kot.
BalasPadamtasseri: TQ ya. Siap carikan lagi.. Hihi~ manja betul la
BalasPadamAnip: Amin..
BalasPadamOo, ngutuk akak ye..
Tekah: TQ.. I'll
BalasPadamEncik Khairil:
BalasPadamYe.. tapi jgn la kena lagi.. Tak nak. hahaha~
tercampak kat sini, jalan2.. huhu~