Cerpen: Aku Suka Dia: Mana Dia Ni | ! sha my heart

.

Jumaat, 13 Disember 2013

Cerpen: Aku Suka Dia: Mana Dia Ni


Aisha berteleku di kerusi Terminal Kuantan Central, Pahang. Jam dinding yang besar gedabak di stesyen itu, dikerling. 8.40 pagi.
'Aish, manalah jantan ni? Dah dekat sejam aku duk terconggok kat sini. Sampai naik segan aku pada pekerja-pekerja kat sini pandang aku pelik dan penumpang yang datang berteman, tapi aku sorang-sorang saja.'

Handphone Nokia X2 dimatikan dan dihidupkan, berkali-kali. The battery is about to die. Sudah naik amaran. Tiada mesej atau panggilan dari si dia. Telefon itu dimatikan kembali. Simpan bateri ke minit-minit terakhir. Mana tau ada kecemasan nanti.


8. 50 pagi- Aisha melempar-luas pandangan matanya ke bas-bas di luar yang perutnya diisi penumpang, sambil resah menanti si dia.
Ai, mana dia ni? Aku tunggu sampai pukul 9. Kalau tak sampai juga, aku akan pergi beli tiket dan balik! Ya, sedrastik itu. Tapi...

Tapi..

Tapi..

Tapi..

Tapi, bateri handphoneku dah nak habis. Dah merah pun. Kalau nak balik pun, perjalanan ambil masa  9 jam. Apa aku nak buat dalam bas? Dah la bateri dah nyawa-nyawa ikan. Kalau berlaku kecemasan, macam mana pula?


Niat untuk pulang tidak jadi. Tunggulah sebentar lagi. Kalau nak datang sini, dua jam aku boleh tunggu, takkan dua jam untuk pulang juga aku tak boleh nak tunggu?


Bersambung...

Episod 1: Mana Dia Ni
Episod 2: Jumpa Pun
Episod 3: Duit Kecil
Episod 4: Budak Kecil

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...