Cerpen: Aku Suka Dia: Jumpa Pun | ! sha my heart

.

Sabtu, 14 Disember 2013

Cerpen: Aku Suka Dia: Jumpa Pun


8:52 pagi. Kelibat susuk tubuh Azli kelihatan. Tercari-cari seseorang di Terminal Kuantan Central.
Azli: Isk, mana dia ni? Call tak dapat. Mesej tak berjawab.

Aisha: Biarlah dia cari. Malas nak hidupkan handphone lagi. Aku tak ke mana-mana pun. Ada di sini.

Aisha sudah ternampak seseorang kelihatan seperti Azli tapi sedikit tanner (gelap), di hujung kaunter sana.

Ah, pandang ke lain. Buat-buat tak nampak. Tapi macam tak sempat saja, Azli sudah nampak aku lah. Kantoi.
Tapi tak pe, biar dia datang sini. Mana tau kot-kot dia pun tak cam aku lagi. Hehe~

15 saat berlalu, sepasang kaki berhenti betul-betul depan Aisha Humairah, yang menunduk memandang lantai.

Alamak, pandai pula dia sampai sini ye.

"Ni macam lari dari rumah saja," Baik punya perli si Azli lemparkan kepada Aisha ditujukan kepada begnya yang besar. Azli ketawa kecil.

Aisha diam membatu. Azli gelisah.
Ha, tau pun nak gelisah. Aku balik kang..

"Kenapa call tak dapat?" Soal Azli.

Aisha mengambil telefon bimbitnya dan menghidupkan kembali. Dia unjukkan handphonenya ke hadapan Azli.
"Nampak ni?"
"Bateri dah merah,"

Azli diam, angguk. "Dah, jom." Azli tolong angkat beg balik kampung Aisha yang besar tu.

Gentleman juga mamat ni. Kalau ko tak gentleman, suruh aku angkat beg besar gedabak tu sorang-sorang dengan beg alas peneman atas bas lagi, dengan handbag, memang aku pelengkung kepala kau.
Nak jadi hapa ha, ko ni? Nama saja lelaki, tapi tak tolong langsung kaum lemah angkat barang?

Aisha bermonolog sendiri.

Aisha bangun malas, membuntuti Azli yang sudah melangkah keluar. Kelihatan seperti orang yang berada di situ memandang mereka. Ah, anggap saja si abang datang mengambil si adik.

Aisha  melangkah laju, mengejar Azli yang sudah jauh ke hadapan. Risau mamat ni merajuk pula. Ye la, dah susah-payah datang ambil, buat perangai pula. Tinggal kang. Azli ni pun boleh tahan panas barannya.

Dia dah susah-susah datang ambil, jangan buat perangai lagi. Hargailah dia.
"Ni senyum sorang-sorang kenapa?" Azli menegur.

"Tak ada apa. Saja nak senyum." Aisha berdalih. Azli menggelengkan kepala. Budak ni macam-macam perangai pelik la. Tapi terhibur juga kadang-kadang. Senyum.



Bersambung..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...