Langkau ke kandungan utama

Cerpen: Aku Suka Dia: Duit Kecil






Ai, dia singgah pula kat tempat aku beli air mineral tadi. Segan juga kat Apek tu. Ye la, dah hampir sejam aku di sini.

Azli nak beli surat khabar. Metro. Dia seluk beg sandang berjenama Cardin Martin, isinya dikeluarkan. Wang kertas bernot RM50 semuanya. Dia seluk poket seluar paras lutut, juga isinya duit lima puluh ringgit.

"Sha, ada duit kecil tak? Pinjam."
Ala, aku dah la segan dengan apek ni, dia panggil aku pula.
Aisha membayar surat khabar dengan duit yang cukup, sekali dengan syiling.

Mereka bergerak ke parkir kereta. Alarm kereta dibunyikan. Aisha Humaira terkejut, eh kereta tu?

"Ni kereta abang?"

"A ah, kereta abang." Azli jawab, bangga.

"Tapi, kenapa nombor platnya, SS? S no plat Sabah, kan?"
Azli dari Johor, plat sepatutnya J.

"Kereta abang baru beli. Dah, jangan banyak soal."
A ah, mungkin juga dia beli kereta orang Sabah. No wonder.

Beg bajunya diletakkan ke dalam, bahagian tengah. Malas nak buka bot kereta. Lagipun tiada penumpang lain. Ikutkan hati Aisha mahu sahaja duduk di bahagian belakang, tidur. Tapi memikirkan dia harus sopan dengan orang yang telah bersusah payah datang ambil dia, dia tak buat perangai.

"Sha ada syiling tak?" Sekali lagi pouch dibuka. Diserahkan RM1 kepada kaunter parkir.

Inilah untungnya aku bawa duit kecil banyak-banyak, letak dalam pouch.

Perjalanan diteruskan.

Bersambung..
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)