Langkau ke kandungan utama

Perihal Seorang Aku... Sha (1)




Salam.


Hari ini nak tulis yang rileks-rileks sikit. Nak meringankan beban dalam kepala hotak aku ni. Hihi~ Blog jugak salah satu tempat untuk aku luahkan permasalahan dan rasa hati ini. Chewaah!


Aku nak cakap pasal hal peribadi sikit. Pasal cinta. Pasal pasangan. Harap korang tak muntah darah baca ayat jiwang aku ni. Hihi~




Aku ditakdirkan lahir dengan fizikal yang kecil, sekecil budak sekolah menengah. Ramai yang sangka aku ni baru umur belasan tahun sedangkan aku dah 25 tahun kot. Bukan itu saja, aku jugak mewarisi gen awet muda dari bapaku, Ayah. Maka, bertambah-tambahlah orang nampak aku muda.





Semua pemberian-Nya aku bersyukur. Namun, kadang-kadang ia juga memberi aku masalah apabila... Jeng, jeng, jeng...


Apabila ramai adik-adik means budak-budak laki tempat aku belajar suka kat aku. Tapi, sumpah aku tak suka. Sebab aku anggap diorang cuma adik-adik aku saja. Tak lebih dari itu.


Dijadikan cerita (tapi bukan cerita rekaan ni), ada yang minta couple. Aku dah cakap yang aku tak suka diorang tapi tetap jugak memujuk. Alahai..


Wahai adik-adikku sekalian, kakakmu ini tidak berminat dengan korang yang lebih muda dari 25 tahun.



Tak kira la korang ni nak pujuk ke merayu ke, Kak Sha memang tak boleh terima korang sebagai couple atau pasangan. Tambahan plak, dah tak nak couple rasanya. Biar sendiri. Lebih senang dan tenang.



Tambahan pula nak panggil 'abang?' Erk, aku tak mampu. Orang lain mungkin boleh. Jangan cuba pada aku. Aku tak nak dan aku nak bebas tanpa sebarang ikatan.


Tapi bukan bermakna aku ni sosial. Aku ni budak baik. Maksud aku tak nak ada sebarang ikatan tu adalah kerana aku tak mau menjalinkan sebarang ikatan dengan sesiapa pun jua.


Korang jangan salah faham. Aku bukan anti-social atau tak nak kahwin. Aku bersosial jugak dengan orang lain dan aku mahu kahwin. Senang cerita kalau korang suka pada aku terus je masuk meminangku. Kalau setakat nak couple je, aku tak layan. Sekian, harap faham.


Mungkin aku dah diajar begitu. Aku cepat suka kepada lelaki yang lebih tua dari umurku tetapi anggap adik bila lelaki tersebut muda dari aku.





Harap korang faham la perasaanku ini. Aku tak boleh terima, tak boleh la. Bukan aku orangnya.


Setakat ini dulu luahan hatiku. Harap korang tak terasa hati ke apa ke. Sebab ini lah diriku.



Semoga bertemu kembali.



P/s: Minta maaf kepada Adi, aku tak bisa memilihmu..
Minta maaf pada Din, Kak Sha tak boleh terima..




Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Ulasan

  1. same la kite gen awen mude yg melampo...sume ingt sy still skola...adeesss...

    BalasPadam
  2. tak pe, 1 salah satu kelebihan kita.. Awet muda. Bukan semua org ada pasal ni.. Hihi~

    BalasPadam
  3. aish! awk ada gen muda? sy lak org cakap dah matang sgt..adesssss
    bak la sikit gen tu, nak jugak..hehhe

    BalasPadam
  4. Nak gen muda? Tak de la.. Gen 2 ada la..

    Nak, kena bayar dulu, RM52,000. tapi Kereta Gen 2. haha~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker