Langkau ke kandungan utama

Perihal Seorang Aku... Sha (2)

Salam.




Tajuk kali ini:
Lelaki yang Merimaskan Aku..


1. Lelaki yang Merimaskan Aku..

[Sang lelaki]
slm. hai wt pe?
Tidak dibalas. Tak sempat balas pun.

[Sang lelaki]
awt sombong sngt niii............Xpe lah xmau rep dh... org dh x ska kn...






[Sha]
Wslm. bizi la. buat thesis ni
NAK MARAH2 ORG PE HAL?
AND SAPE YG SUKA KLU PIC PUN LETAK *********?

[Sang lelaki]
Mrah sbb suka. gmbar sy hodoh n x layak dpamer kan. klu x ska xpe sbb ku sdar spe dri ku ini.

[Sha]
MARAH SEBAB SUKA? APA? TAK FAHAM!
HABIS TU *********ELOK LA UTK DIPAMERKAN?
ADA SY PAMERKAN GMBR SAYA?

[Sang lelaki]
Suka ngan noor hapisah. jelas?

[Sha]
tapi saya tak suka awak sb lucah!!!!

[Sang lelaki]
klu dr dlu awk ckp cm ni tntu sy bleh trima. tp skrg......
lucah ape nye......?
kn bgus pic baby 2.... agk nye awk x ska baby kot..

[Sha]
9:38pm
bagus la sgt ek? fikir sendiri la
dah la, saya bizi ni

[Sang lelaki]
jgn krana 1 ekor nyamok habis smua klambu nk d bakar. ok.ok.ok.. mgkin waktu ni awk x rasa ape yg sy rasa tp tuhan maha adil. Satu hari nanti PASTI awk akn rasa. Trima Kasih.. Smoga Cite2 Awk Tercapai. Wassalam.. -XXXXXX-

[Sha]
apa yg awak rasa?
nak marah2 org plak...
dia yg buat hal, dah tu nak salahkan org lain plak
nak reply chat pun lambat.. pg la layan org lain.. sy bizi ni

[Sang lelaki]
Ok.ok.ok.ok.ok.ok.ok.ok.ok.ok.ok..............................................................................................................................................................................................................................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

[Sha]
tq
:-)

[Sang lelaki]
blh miscal kt no sy x? coz sy trlupa no awk.
bleh ke x??
now!!!!

[Sha]
xde krdit la.
lgpn hp tgh caj.. buang btri

[Sang lelaki]
TQ ngan jwpan awk. sy amat ska sngt.

Tetiba dia tukar gambar profil.

[Sang lelaki]
Ok tak gambar ni? Puas hati?

[Sha]

No komen.


Kemudian, dia call-call aku pulak. Mujur bateri handphone cap ayamku masih dicaj. Malas nak layan, dia ni macam Chipsmore kejap dia ada, kejap tak ada. Aku cuma layan bagai seorang kawan jer.




2. Ni lagi satu contoh lelaki yang merimaskan aku:

Namanya Fizam (bukan nama sebenar) ada call aku selepas aku bermesej sayang-sayang dengan bekas majikanku, Cik Aa. Eh, mana ada berkasih sayang tapi dia cuma tanya kalau-kalau ada orang nak kerja dengan dia. Kerja kedai makan.

Aku jawab la,

"Tak dak. La ni getah mahai. Ramai motong."


Tetiba ingatanku tertancap (tancap ye, bukan yang lain-lain) pada seorang cliqueku yang bernama Nizam(juga bukan nama sebenar). Selalu juga dia menghubungi aku. Saja-saja, mengekalkan perhubungan yang telah terjalin.


Akhir berita (last sekali)masa December 2010, dia bagitau bahawa dia nak berhenti kerja sebab nak sambung belajar. Wah, ada perkembangan yang baik. Sejak itu, aku sudah tidak mendapat khabar berita darinya.


Sekali telefonku yang besar gedabak dan paling cikai kat muka bumi ini berdering. Aku cuma pandang sekilas nama terpapar di skrin warna kuning henpon murahku ini, terus aku angkat. Jawab dengan nada ceria. Baru je ingat, dah terus call.


Tapi, eh.. la, Fizam rupanya. Patut la dia hairan kenapa aku ceria tak ketahuan hala ni? Haha~


Fizam ni umo muda dari aku, dua tahun. Dah tu nak berabang-abang plak dengan aku. Rasa nak muntah jer.


Ler, adik kot. Aku tak tahan wei.. Tak sesuai..

Lepas tu dia cakap yang dia ni suka kat aku. Kata aku ni nampak baik la, apa la. Kata aku ni lawa la, cantik la, cute la.


Erk, dia ni rabun kot? Boleh dia kata aku lawa.. Haha~ memang buat aku gelak guling-guling jer. Sah dia ni rabun.

Tak pun, sengaja puji nak ambik hati. Er bro, maaf la teknik lapuk la.



Sebab apa aku tak berkenan dengan dia? Sebab perangai dia pun aku tau dia seorang lelaki yang jenis macam mana. Jenis yang akan menyusahkan aku di kemudian hari. Jadi lebih baik aku angkat kaki awal-awal.


Kok ye pun, pergi la cari perempuan lain. Ramai kot budak UUM ni yang masih muda dan cantik. Aku tak cantik. Aku pun dah tua.


Kenapa la diorang(lelaki)  ni suka yang tua-tua (aku) ni?

Boleh rujuk Perihal Seorang Aku... Sha (1)

1. Tak nampak tua?
Ramai yang cakap aku macam tu. Ye, aku tak nampak tua. Walau bagaimanapun, aku nak lelaki yang lebih tua dari aku, bukan yang lebih muda. Tapi bukanlah tua sangat. Dari sebaya hingga ke tiga tahun dari umurku.. Anyone? Hehe~


2. Sekufu
Sekufu ke aku dengan dia? Absolutely, tidak! Tak ada persamaan langsung. Yang sama mungkin bahasa. Tapi, aku sendiri pun dah jadi Kedahan yang murtad negeri. Hihi~

Aku dah rasa kurang pekat dengan Bahasa Kedah. Dah bercampur bahasaku sekarang ni. Kadang-kadang siap campur English lagi. Haha~ dah teruk dah budak ni.



Mungkin dia hanya tahu aku sem empat kot. Tetapi pastinya dia tak menyangka aku ni merupakan pelajar sarjana (master). Kalau dia tahu, mesti dia segan kan? Haha~

Macam kisah ni. Pada suatu malam yang indah, seorang jiran kampungku bertandang ke rumah untuk memanggil kenduri. Mak cik datang bersama anak lelakinya yang aku sebaya denganku dan seorang cucu perempuannya dalam lingkungan tiga-empat tahun.


Kat rumah, aku dan adik-adikku; seorang perempuan dan seorang lelaki, mak dan ayah yang tinggal. Tapi kedua-dua adik-adikku, tidak muncul bertemu dengan tetamu kerana sudah tidur. Aku la yang kena membuat air. Ah, biasa la tu.


Lelaki tersebut boleh tahan segaknya curi-curi usha aku. Aku buat tak perasan jer dan senyum balik bila mata bertemu. Hanya senyum biasa untuk tetamu.


Sekali ayahku memperkenalkan biodata diriku, eh profil diriku. Terpana lelaki tersebut dan menunduk tersipu-sipu malu. Ye la, mesti dia malu sebab aku kan ada pendidikan yang tinggi. Bukan sekadar ijazah tetapi jugak master (insya-ALLAH).


Tak sekufu. Kalau ikutkan aku suka jugak mamat tu. Hensem. Haha, gediks~


Ok, berbalik kepada cerita ini, aku tak nak yang tak sekufu. Susah nanti. Biarlah seseorang yang boleh aku hormati. Kalau tak, ada jer tak puas hati, kan?


3. English
Fizam tak boleh berbahasa Inggeris. Oh, tidak! Ada lagi rupanya student yang tak boleh berbahasa Inggeris ni.

Sebab apa aku suka orang yang boleh berbahasa Inggeris? Sebab aku nak anak-anakku pandai berspeaking English. Tak perlu la susah-susah nak hafal kamus, kan? Nanti, dia tanya lain, lain yang dijawab. Hihi~


4. Pekerjaan
Sebenarnya, aku tak memilih pekerjaan sangat tapi biarlah mempunyai masa depan dan impian besar untuk merubah hidup.



Siapakah jodohku ini? Alangkan mak ayah suka, aku tak suka. Yang aku suka, mak ayah plak tak suka.

Syukur jugak, selepas Mr R berumahtangga, tiada lagi mainan perasaan menyinggah. Aku doakan semoga dikau bahagia bersama pilihanmu? Sedih? Tak de la, tak de rasa apa-apa pun.


Jom pilih-pilih bakal pasangan sehidup semati anda supaya elak sengsara dan sentiasa meniti bahagia! :-)


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Ulasan

  1. eeee basa dialog uols tuh wat zie jd naik geram lah ngan lelaki tuh. bagi pelempang je sha..haha :D

    BalasPadam
  2. redbloodsnow: memang rasa nak bagi pelempang je.. tak pun side kick. hiyahh!! haha~

    BalasPadam
  3. zie: geram kan lelaki macam tu..

    BalasPadam
  4. Djgirl: tau tak pe.. Haha~ Sice kick memang nak buat jer

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker