Disember 2010 | ! sha my heart

.

Selasa, 14 Disember 2010

Ditawarkan Menjadi Penyanyi? Sedapkah Suaraku?

Salam.


Ini memang perkara yang tak boleh blah. Aduh, sapa la yang sengal sangat nak tawarkan aku menyanyi? Aku lagu pun tak tau tajuk dan lirik. Adoi, salah orang ni.



Sebenarnya, aku je yang perasan. Ini adalah task (tugas) kumpulan la. Setiap kumpulan kena sediakan persembahan melalui task masing-masing. Kumpulan aku kena buat nyanyian.



Kira ok la tu, tak la susah sangat daripada kumpulan yang kena buat dikir barat, sketsa lawak, menari, dan sebagainya. Ada 6 buah kumpulan. Masing-masing dengan tugas masing-masing.


Bab ahli kumpulan. Ok jer budak-budak ni. Happy go lucky pun ada. Aku pun macam biasa la, dah banyak pengalaman bergaul dengan orang. Jadi, tak rasa banyak sangat masalahnya. Cuma 4 orang lagi aku tak kenal sebab diorang pun tak datang. 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Entah lah diorang macam mana.


Awal-awal dah siap suruh aku jadi ketua. Alah, aku tak suka jadi leader ni, aku lebih suka jadi follower. Eh, termasuk macam topik Dr. Syd Abd Rahman Syd Zin ajar plak, Managerial Communication.


Harap-harap dengan datangnya lagi empat orang ahli kumpulan aku, maka akan lebih banyak idea dan lebih mantap. Tapi, kalau tak mantap, aku kena psiko dan provoke diorang jugak la.



Sekarang ni, kena cari lagu yang catchy dan semua orang tahu dan bahasa Melayu. Kalau lagu bahasa Inggeris, ok la, aku tahu. Dah lama jugak tak layan lagu Melayu ni. Mana la tau dan nak ingat lagu Melayu terbaru dan hit.


Esok, pagi-pagi lagi kena turun, berkumpul. 6.45 pagi kot. Giler awal. Aku dah la lama tidur lewat dan bangun pun sama jugak.


Aku tak de idea nak ambik lagu apa. Harap ahli kumpulan aku ada idea la.


Ok, nak kena tido. Esok, kena bangun awal dan menyelinap ke FKBM jap (masa ada rehat). Nak isi borang kat sana.


Ok la, selamat tidur. (Aha, lagu selamat tidur dari Faizal Tahir ke. Huhu~ adakah anda rasa sesuai? Tidak kot.)



Semoga berjumpa lagi. Kepada adik-adikku, semoga sem depan kita jumpa lagi. Jaga diri elok-elok tau. Kalau nak tau up date pasal Kak Sha datang la melawat blog akak ni. Kalau kat facebook tu cuma kulit jer la. Kat sini, isi.


Dah-dah, panjang dah berleter ni. Hihi~


Jaga diri!
Makan banyak sayur dan air.


Semoga kesihatan tu milik kita. =)






Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Isnin, 13 Disember 2010

Bila Sakit Menyerang, Aku Terbongkang..

Salam.


Hi semua. (Wah, happy macam tak sakit pun! Sakit tapi mood happy. Hehe).



Aku dah dua hari, tak termasuk malam tadi, hari ke tiga demam malam. Malam-malam sejuk gila. Gila-gila punya sejuk. Tak tahan dengan angin kipas pun, rasa sejuk menyucuk ke tulang! Jadi, aku tutup kipas. Nasib baik la aku duk sorang, senang nak buat apa pun, tak de sapa nak marah. Ada aku kisah? Huhu~


Jaga pada pagi tadi, aku rasa pening. Pening memusing. Wah, aku dah demam! Akhirnya, aku demam..


Pada mulanya aku risau demam malam sebab sangat berbahaya kepada organ dalaman. Organ dalaman panas. Kena banyak minum air.


Tapi bila dah demam siang ni ok sikit la. (Eh, ok sikit demam siang? Oh, no! Sebab demam siang ni la aku tak jadi jumpa Dr Fezah aka penyeliaku aka kakakku. Aku tak larat. Kepala pening. Kesian dia tertunggu-tunggu aku).



Ingat nak pergi lewat tapi dengan pening macam ni aku tak berani jamin aku akan ok. Walaupun aku rasa akan ok kalau ada orang yang temani aku. Aku takut tak de tenaga masa dalam perjalanan. Dah la tak de peneman ni. Collapse kang. Dah la jauh. Kalau dekat-dekat tu aku tak kisah la, aku kuat apa.. Haha, berlagak. Pengsan kang tak de sapa nak angkat sebab pergi sorang-sorang.



Dr Fezah suruh aku isi borang apa ntah. Kena ambik kat pejabat FKBM dan bagi dia tanda tangan. Uii, mahal kan tanda tangan orang penting ni, ye. Nampak gayanya aku kena la menyelinap dari induksi jap. Itu aku tak kisah sangat tapi bila dah kesihatan tak mengizinkan, ni yang buat aku cuak.



Aduh, aku dah risau. Esok bermula lah induksi aku untuk Program Baksis Perdana. Sebab 'perdana' la yang kena buat induksi segala. Aku pi baksis dulu tak payah nak induksi. Terjah je. Cuma ada briefing yang mantap la. What's do and dont masa baksis. Itu jer. Tak kecoh-kecoh pun nak induksi segala.



Kenapa aku jatuh sakit ek?

Kurang minum air kot.


Ok la, aku tak boleh membebel panjang-panjang macam biasa. Sebab kepala ni masih pening-pening.


Harap-harap cepat sembuh. Cepat sembuh, cepat siapkan mini tesis dan selamat berkelana di bumi Lenggong, Perak.


Lot of luv,
Sha My Heart



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Ahad, 12 Disember 2010

Perginya Seorang Teman..

Salam.


Pada suatu hari, aku disentapkan dengan pengumuman seorang teman tapi mesraku. Dia dah tak ada kat bumi Sintok ni. Baru hari tu dia janji yang kami akan keluar sama-sama. Aduh, kena tinggal. Sedih tambah terkejut sebab aku tak tau atau terhidu apa-apa..



Aku rasa sangat sedih. Jadi aku tulis post ni kat wall. Berikut adalah post yang aku maksudkan:


Noor Hapisah: Rasa sangat keseorangan utk mengharungi detik-detik yang bakal berakhir.. i just knew, my friend will not around for next sem. Sad.. T-T
November 30 at 4:18pm · LikeUnlike · Comment


#
Noor Hapisah: damn, i gonna miss u..
November 30 at 4:37pm · LikeUnlike


#
Fazlil Azim Bin Kamaruddin: i kn ade.. :)
November 30 at 5:28pm · LikeUnlike


#
Ismail Jeffry: lalaaa..ciannyer...xper2..semua ada perjuangan masing2..dan akhirnya pasti akan berkumpul jua..
November 30 at 5:40pm · LikeUnlike



#
Haliza Azura Abdul Halim: sabar shah...ktorg masih ada (^_^)...juz jauh d mata,tp dekat d hati...
November 30 at 6:16pm · LikeUnlike


#
Noor Hapisah: azim: ye u ada tp u pun jauh...hehe, ada gaya gedik x?
jef: miss u. haha~ weh, jd lecturer yg killer sikit. wawawa..
za: korg pun jauh... dekat di tv9. hihi~
November 30 at 6:56pm · LikeUnlike


#
Hasma Abdullah: ema pun ada gak. nak sunyi apa...
December 1 at 1:41pm · LikeUnlike


#
Noor Hapisah: ema: bilakah dapat bertemu?
December 1 at 2:54pm · LikeUnlike


#
Amiza Hazni Mohd. Radzi: Noor Hapisah...I will be around hehe ♥
December 1 at 3:23pm · LikeUnlike
#
Noor Hapisah: kak amy: tq very much ♥
December 1 at 3:41pm · LikeUnlike


#
Yanz Hashim: I'll be around too.. ;)
December 1 at 4:49pm · LikeUnlike


#
Noor Hapisah: tq kak yanz.. ♥
December 1 at 5:12pm · LikeUnlike


#
Hasma Abdullah: kita jumpa d alam mimpi.. alam maya.. im here for u baby..
December 1 at 8:09pm · LikeUnlike


#
Noor Hapisah: ok, jom bermimpi.. mcm filem Sang Pemimpi (indonesia) la Ema ni.. hihi~
December 1 at 8:10pm · LikeUnlike


#
Hasma Abdullah: hehe.. ad ek filem tu? tgk pengarahnya r sapa.. he
December 1 at 8:16pm · LikeUnlike


#
Noor Hapisah: ema: ada.. pgrahnya bapak indon la si.. ema kok indon? ( tiba2 tukar slang indon. haha~)
December 1 at 9:41pm · Like



Memang rasa sangat rindu pada dia. Bila aku explore facebook je, asyik duk tayang album dari dia. Lagi la aku rasa sangat merindui dia. Tergambar balik kenangan yang tercipta antara kami.


Aku tak sangka plak yang ramai komen post aku. Cherish =)


Bila dia pujuk aku ada la rasa tenang sikit. Ayat dia tu menenangkan. TQ, beb.


Ala, ko dah jauh sekarang ni. Aku sorang-sorang la. Tak pe, janji ko bahagia dan tak lupakan aku ni. Hihi~


Persahabatan sukar diganti dengan wang ringgit tambahan pula sebuah persahabatan yang sudah lama bertunas dan berkembang dengan kudup bunga yang telah mekar.


Teman, jangan lupakan aku di sini. Keep in touch, ok.



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Semuanya Bermula Di Sini.. Baksis dan Keluarga Angkat Kembali Lagi!

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Salam.



Dari sem dua lagi aku dah dengar pasal baksis. Memang la ada yang diorang just open pada sesuatu 'kumpulan' sahaja tetapi aku dengar lepas tu ada jer buka sebab masih ada kekosongan.


Kemudian, sem ni aku dengar dari junior-junior aku yang heboh dengan baksis. Ada yang join, ada yang tak join.


Aku menerima permintaan dari Kak Ami untuk menganggotai UUM fan. Jadi, aku masuk la. Tetiba ada berita baru dan aku cek fan page dia. Kemudian diorang suggestkan itu ini, jadi aku pun join je la.


Ternampak diorang cari ahli nak join Baksis. Aku pun bertanya. Rasa tak tidur malam aku pada malam tu sebab terlalu excited. Sehari kemudian, baru ada yang menjawab pertanyaanku. Tapi masih nak berbincang.

Marah dan terapinya. Jom semak..

Salam.


Entry kali ini adalah diambil dari mesej kumpulan (group) facebook: Main Facebook Sambil Beramal 1. Bahasa asal yang digunakan adalah Bahasa Indonesia.


(Tetapi, aku sudah menegur pada awal-awal kemunculannya (tahun 2009) kerana aku tidak faham dengan Bahasa Indonesia yang tidak sama dengan Bahasa Melayu.(Aku Malaysian bah, aku bukan Indon!) Teguran ini didengari dan mesej seterusnya ditulis dalam bahasa yang aku memahami.


Terima Kasih kepada Kang El Rinaldi Full kerana prihatin. Dia masih mengingatiku walaupun setahun lebih kami tidak berbual dan aku telah menukar nama dan gambar profil. Ternyata dia masih mengingatiku. =) )



Baru-baru ini, beliau ada mengirim salam kepada 'teman-teman'ku katanya. Jadi, andalah teman-temanku.. Jawablah salam itu. =)


Jom semak apakah terapi untuk marah..



Nabi Sallallahu 'Alahi Wasallam pernah bersabda :

“Bukanlah orang kuat itu kerana selalu menang gulat (aku pun tak faham apakah maksudnya menang gulat), akan tetapi orang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan nafsunya ketika marah” (Muttafaq ‘Alaihi)



PESANAN NABI S.A.W :

“Janganlah kamu marah!”. (HR. Bukhari)



TERAPI NABI S.A.W :


Sebagaimana Rasulullah menjelaskan dan memperingatkan penyakit marah ini, baginda juga telah mengajarkan kita tentang terapi penyakit ini bila penyakit ini mengenai kita.

Beliau bersabda :


“Kalau ada di antara kalian yang marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Kalau belum hilang juga marahnya maka hendaklah dia berbaring” (HR. Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan Albani)


Itulah terapi yang diajarkan Nabi s.a.w untuk menghilangkan penyakit marah.



Jadi, apakah efek marah terhadap tubuh?

Adakah hikmah di sebalik terapi yang diajarkan Nabi tersebut?

Dan bagaimana kesan berdiri dan berbaring terhadap marah?



TINJAUAN PERUBATAN:


Untuk menjawab tiga pertanyaan ini, marilah kita meneliti kelenjar adrenal yang terletak di atas ginjal. Di antara fungsi dari kelenjar ini adalah untuk mengawal hormon adrenalin dan almodrinalin.


Jika sahabat memiliki penyakit jantung, maka janganlah marah. Boleh mempercepatkan denyut jantung, menyebabkan jantung berdenyut dengan tidak teratur.


Dan jika sahabat menderita tekanan darah tinggi, maka janganlah marah. Marah boleh menaikkan paras dua hormon ini dalam darah, yang mana itu boleh menyebabkan bertambahnya tekanan darah.


Dan jika sahabat menderita penyakit koroner (penyakit mata), maka janganlah marah. Kerana marah boleh meningkatkan kontraksi dan gerakan jantung, dan memungkinkan mudah terkena krisis di dalam hati.



Dan jika sahabat punya penyakit diabetes, maka janganlah marah. Kerana adrenalin boleh meningkatkan gula dalam darah.




Telah terbukti secara ilmiah bahawa dengan berbaring, hormon-hormon ini akan turun kadarnya. Itulah diantara hikmah yang ditunjukkan hadits :


“Kalau ada di antara kalian yang marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Kalau belum hilang juga marahnya maka hendaklah dia berbaring”


Subhanallah !



DOA KETIKA MARAH: Jom hafal, senang jer..

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Ertinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”


Salam Ikhlas !




Oleh itu, janganlah mudah marah. Senyum-senyum selalu dan ceriakan hidupmu dan orang yang ada di sekelilingmu. Semoga berbahagia selalu :-)


P/s: Lama tak up date sebab dalam mood sedih. Mood nangis, sebab tu la ada entri-entri sebelum ni pun tangkap leleh. T-T. Tapi sekarang ni dah ok dah. U can count on me. =)


Chopps, aku agak sibuk dengan pengajianku. Itu yang membuatkan aku lambat nak up date. Rindu aku tak? Hehe~



Aku ada plan baik punya. Dah siap separuh. Apa dia? Chopps, rahsia dulu. Hehe~ Tunggu pada entri-entri yang akan datang, insya-ALLAH.
Insya-ALLAH, Insya-ALLAH, Insya-ALLAH you the way.. <~ Maher Zain (Eh, tetiba nyanyi..)


Idea tu ada, cuma agak sibuk. Wooo, Aunty See-Book (nama macam Korean tak? ^-^), jangan la kacau aku. Pergi la kat orang lain, hihi~


Ok lah, semoga bertemu lagi.
Jaga diri. Jangan marah-marah. Kalau marah, baring k, dear.



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Ahad, 5 Disember 2010

Awak... (part 4)

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Disclaimmer: Cerita di bawah tiada kaitan dengan Awak... part 1, Awak... part 2 dan Awak... part 3



Salam.


I was stress out. So, i create this.. i dont know what should we call this. Puisi, that the absolutely.



Sayang,
Aku tertanya-tanya kenapakah kau memutuskan hubungan kita?
Setelah petanda kematian aku ceritakan kepadamu...
Adakah kerana kau tidak mahu berkawan denganku yang bakal meninggalkanmu?



Bukan niatku untuk meninggalkanmu
Ajal yang menungguku
Aku harus pergi
Kerana aku dijemput pulang.



Jangan lupa ya, doakan aku nanti
Tiap kali kau teringatkan aku
Titipkanlah Al-Fatihah atau Yassin untukku di Sana..



Aku doakan kau bahagia dengan pilihanmu..
Aku tak percaya
Tapi kalau kau yang mengakuinya, apa lagi yang harus ku ragui?


Kadang-kadang aku menduga
Kau mereka-reka cerita
kerana kau takut terluka


Sayang, tabahkanlah hatimu
Aku tahu, kau terlalu menyayangiku,
menyintaiku


Redhakanlah dengan kepergianku nanti
Setiap yang hidup, pasti akan mati.



Sha,
3:19 am
5 Dis 2010


Jumaat, 3 Disember 2010

Yang Tidak Bisa Diucapkan Oleh Ayah..

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Salam.



Kali ni aku nak kongsikan entri pasal seorang bapa pulak. Juga ambil dari note di facebook.


Jom hayati kisah ni sambil terkenangkan bapamu..


Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...
Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..
Lalu bagaimana dengan AYAH?



Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?



Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?



Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu.

Kemudian Ibu cakap : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....



Tapi sedarkah dikau bahawa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan saksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.



Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.
Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas :

"Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang"


Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.





Saat kamu ditimpa sakit, ayah lah yang terlalu khuwatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata :

"Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".

Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..



Ketika kamu sudah beranjak muda remaja.. Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan:

"Tidak boleh!".

Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu? Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga (sangat berharga). Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil menghempas pintu dengan kuat...



Dan yang datang mengetuk pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah. Tahukah kamu,bahawa pada masa itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, bahawa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, tapi dia lebih PENTING untuk menjagamu?



Ketika seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbual berdua di ruang tamu.. Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?



Apabila kamu mulai lebih dipercayai, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya (balik lewat).

Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat risau dan bimbang. Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut. Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..

Sedarkah kamu, bahawa ini kerana hal yang sangat ditakuti ayah akan segera datang?

"Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"





Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahawa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti. Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.



Ketika kamu menjadi gadis dewasa. Dan kamu harus pergi kuliah di bandar atau negeri lain. Ayah harus melepaskanmu di bandar.

Tahukah kamu bahawa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.

Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk bahumu berkata


"Jaga dirimu baik-baik, ya sayang".

Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....Kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.



Apabila kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah.


Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain. Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...



Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah :

"Tidak.... Tidak boleh!"

Padahal dalam batin Ayah, ia sangat ingin mengatakan

"Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".

Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?



Saatnya kamu berjaya sebagai seorang graduan. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat

"puteri kecilnya yang tidak manja berhasil menjadi dewasa, dan telah menjadi seseorang yang berjaya"



Sampai saat seorang teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya. Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.



Dan akhirnya....



Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelamin bersama seseorang lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, atau pada selepas ayah mengakadnikah bakal suamimu.. Ayah pun tersenyum bahagia..


Apakah kamu mengetahui, pada hari yang bahagia itu ayah pergi ke belakang pentas pelamin/surau/masjid sebentar, dan menangis?


Ayah menangis kerana ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa. Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata:

"Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang comel dan ku sayangi telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...Rahmatilah kehidupan mereka, Ya Allah"



Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....



Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah susuk yang harus selalu terlihat kuat...

Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...

Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.

Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..


Wallahu a'alam.




So, apa yang anda dapat?


Kisah ini mengingatkan aku pada ayahku. Dia juga mempunyai karekter persis cerita di atas terutamanya bab belajar menunggang basikal, sakit, menunggu kepulanganku, melepaskanku belajar di universiti dan lain-lain.


Masa kecik-kecik, aku rapat dengan ayah dan selalu membenarkan kata-kata ayah berbanding ibu dan ayah pun sama menyokong aku.


Yup, banyak hal yang mungkin tidak bisa dikatakan Ayah/Bapak/Papa kita...Tapi setidaknya kini kita mengerti apa yang tersembunyi di balik hatinya.




Mangsor bin Shaari, terima kasih atas segalanya. Cek sayang ayah..





Sampai jumpa dan jumpa lagi..


Sajak Sedih, Pasti Nangis: Surat Dari Anak Mak yang Dah Tak Nakal



Surat Dari Anak Mak yang Dah Tak Nakal

Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....

Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,

Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....


Mak tau tak.....
Itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kalinya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
Nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

Mak macam dah sedia.....

Seminggu sebelum tu.....
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
Kakak pun rasa hairan.....
Mak tak penah buat gitu.....

Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak....
Tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran Siam ......
Kengkadang siaran India...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu digunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

Paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak...
Ada kat dalam almari.....
Ada kat dalam dalam beg.....
Ada dalam ASB.....
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi....
Ada kat dalam gulung tikar.....

Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..Bahagiaanya saat ituu..

Mak.....

Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang
mak tiba2 sakit perut.....
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.

Akak dan abang kat kampUng semua dah pujuk.....
Mak tetap tak mau pi hospital....
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..

Mak kata mak tak mau duduk dalam hospital....
Tapi kiter berkeras juga pujukk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital....

Mak.....
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sihat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampunkan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
Mak buat kenduri kesyukuran.. ....

Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampung....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampun kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
Nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...

Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn??

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi
kiter memandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam.....
Airmata dah tak mampu di tahan....

Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun Alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Disebabkan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong. ...
Sekosong hati ini.....

Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
Terasa syahdu dan sayu...
Dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak
Temankan mak...

Jam 11.00 pagi mak dimandikan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembutnya kami menggosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan-lahan.....

Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata...

" Dikk...Jangan nangis...
Kalau sayang mak, jangan buat gitu...jangan nangis ya.."

Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa laju air mata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
Kiter nangis ni.....

Ni kat dlm bilik...
Baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"
Kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!



Takpa la....
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!

(Video Lagu Anak Soleh)

Mak..
Sebelum muka mak ditutup buat selamanya...
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...

Mak rasa tak....
Masa tu kiter sentuh dahi mak....
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya....
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...

Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...

Makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas Maghrib anak mak ini berendam air mata...

Dan sampai satu tahap....
Masa tu malam Jumaat selepas Maghrib...
Selepas kiter baca Yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak....
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????

Dan akhirnya dalam sedu-sedan itu kiter telefon kampUng...
Kiter cakap dengan kakak..
Kiter nangis lagi...

Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..."tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni..
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
Cukup la sampai sini dulu....
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....


Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...

kiter kasi orang lain baca...

Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...

memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..


Sekian terima kasih,

Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil
----------------------# ######--- --------- -

diambil dari www.iLuvislam.com

dimuatnaik oleh: Noor Hapisah Mangsor

Dihantar oleh: Umarzahrawi


Terima kasih saudara Umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com.

Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu. Bacalah surat ini bersama lagu kitaro.

Entri kali ni nak ajak korang nangis sama-sama. Hihi, jahat aku kan? Tak de la, aku nak ajak korang nangis dan rindukan ibu korang. Kepada sesiapa yang sudah kehilangan ibu, minta maaf, bukan niatku nak mengingatkan korang pada yang dah tiada. Aku cuma ingin berkongsi.

Entri ni aku copy and paste dari Note aku kat facebook. Kalau korang dah baca kat facebook aku, apa salahnya baca sekali lagi? Jom baca. Sediakan tisu, k.

#
Nora Nasir, Noranifitri Md.nor, Ain Ismail and 3 others like this.
#

*
Noor Hapisah tq zaza..
August 14 at 6:55pm · LikeUnlike

*
Haliza Azura Abdul Halim sedihnya shah...sma2la kta mjdi anak y solehah bt mak n ayah kta (^_^)....
August 14 at 7:22pm · LikeUnlike

*
Noor Hapisah za: tu la... bca ni pukul 4 pg.. duk sorg2, hening2... mmg sedih giler... igt kat mak jer.. amin...
August 14 at 7:24pm · LikeUnlike

*
Haliza Azura Abdul Halim tu la...rasa nk col mak je...za nk col mak za dlu yea..saaayyyyaaaang mak (^_^)...
August 14 at 7:33pm · UnlikeLike · 1 personLoading

*
Nor Ajlia Rizowan terasa nk peluk mak je pas ni....sayanggnye kat mak...
August 14 at 10:50pm · LikeUnlike

*
Noor Hapisah lia: tu la.. sayang makkkk...
August 14 at 11:03pm · LikeUnlike
*
Noor Hapisah tq ain
tq ET
August 15 at 2:10am · LikeUnlike

*
Noranifitri Md.nor welcome..sayu la sha bile baca...:( situasi akak dia tu sama ngan et)
August 15 at 2:14am · LikeUnlike
*
Noor Hapisah ET: ye r... dh ngis baca.. sensitif klu bab2 kematian ni, cepat jer nk ngis.. sha pun tak tau la, mcmna nk mghdpi saat2 tu nnt..
August 15 at 5:18am · LikeUnlike

*
Nor Faliza terkenang arwah abah.....huhuhuhu..
August 15 at 7:33am · LikeUnlike
*
Nora Nasir mmg sedih....aduh...takotnye..tp setiap yg ade jiwa msti akn hadapi mati..takotnye..
August 15 at 9:27am · LikeUnlike
*
Kalakatu Kechil sedihnyer... :((::::
August 15 at 12:24pm · LikeUnlike
*
Noranifitri Md.nor erm...manusia x tahu bile saat kematian akn tiba sha...smua tu dh dittukn Allah...
August 15 at 12:38pm · LikeUnlike

*
Noor Hapisah Faliza: mnta mf. xde niat bt tringat kpda yg dh tiada. cuma skdar igtn utk kita yg msih punya mak.
nora: sedih+takut=?? bwa amal bnyk2, insya-ALLAH.. :-)
anis: a ah
ET: ya. tapi kita kna bersedia mghdapinya :-)
August 15 at 7:03pm · LikeUnlike


*
Nor Ajlia Rizowan kawan2 sempena bulan yang mulia ni jom kita beramai2 insafi diri sendiri eh...mmmm
August 15 at 9:15pm · UnlikeLike · 1 personLoading...
*
Noor Hapisah jom Lia, jom...
August 15 at 9:28pm · LikeUnlike

*
Hayad Djgirl huhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...=( sedey nya.... makkkkk.... rindu kat makkkkkkk=''''''
August 15 at 10:00pm · UnlikeLike · 1 personYou like this.
*
Noor Hapisah a ah dayah.. sedih kan?
4 minutes ago · Like



Apa yang korang rasa? Nangis tak? Insaf tak?

Sesungguhnya kasihnya ibu sampai ke syurga (syurga pun di bawah tapak kaki ibu) dan akan rasa kosong bila ibu kita dah tak ada. Jadi, selagi ibu ada, berbaik-baiklah dengan ibu anda. Cium tangannya, pipinya, hormat kepadanya dan tersenyum. Sekali kala ucapkan kata anda sayangkan ibu anda.

Sayangi ibu anda kerana terlalu banyak pengorbanan insan mulia ini dan kerana dia anda ada.

Sampai jumpa lagi! Sayangi ibu anda. Jaga ibu anda.

Khamis, 2 Disember 2010

Rindu Melukis: Yang Dah Lama Aku Tinggalkan

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Disclaimer: Ala, rugi la buat entry tentang lukisan tetapi tak boleh korang nak tengok. Aku nak tunjuk kat korang hasil lukisan aku tapi tak de gajet kamera la plak plus blog aku ni masih tak boleh nak up load pic. Kenapa ntah. Sabar lah.


Salam.



Aku rindu melukis? Pandai ke melukis?


Tak de la pandai sangat melukis tapi boleh la kalau setakat nak sketch tu bawah seminit.



Biasanya aku lukis tak ambik banyak masa. Kat kertas peperiksaan pun jalan (on) jer.  Mungkin sebab dah biasa kot. Wahaha, poyo giler. Sebenarnya, aku minat lukis. Adik-beradik aku ada yang minat lukisan ada yang tak. Balance la.


Abang dan kakak aku memang pandai melukis. Aku suka tengok lukisan diorang masa aku kecil. Masa tu tengok saja, minat tu tak ada sangat. Cuma teringin giler nak lukis macam diorang. Dalam hati, berniat nak pandai melukis macam diorang bila aku dah besar.


Tapi mak aku plak ada kepantangannya. Dia akan marah bila aku lukis-lukis walau guna pensel pun. Kalau pen, lagi la dia tak bagi. Kalau pensel takut pensel tu kontot dan kalau pen takut dakwat habis. Kertas pun tak bagi guna.


Aku tak salahkan mak aku. Mungkin disebabkan mak aku dibesarkan dalam keluarga yang miskin, jadi sangat lumrah untuk berjimat dengan apa sahaja yang ada.Berjimat sebelum habis.


Sebagai anak yang baik, aku pun tak de la nak lukis-lukis. Lagipun, pada usiaku masih muda, aku pantang main pen (main pen pun secara sorok-sorok, mak tak nampak), aku akan terus tertidur dek kerana pening dengan bau dakwat pen, Kilometrico (yang batangnya warna putih dan atasnya warna biru yang mengelembung bentuknya).


Korang tau tak pen tu? Sekarang ni macam payah nak jumpa jer pen macam tu.


Ok, sambung balik, minat melukis ni kian padam. Ye la, dah jarang nak buat latihan melukis. Yang ada sekadar dalam subjek Pendidikan Seni la, tu pun tak pandai melukis. Tapi ada juga lukisan aku dapat A dan dilekatkan di belakang kelas. Memang bangga giler pada masa tu. Hnnfff. Kembang hidung. Wakaka~


Minat melukis kembali menjengah apabila aku dah tak ambik subjek lukisan semasa tingkatan 4. Aku jadi sangat giler dengan lukisan. Apa yang aku lukiskan hanyalah orang dan pemandangan. Tapi, amalan berjimat cermat masih aku amalkan. Aku tak beli buku lukisan. Aku guna saja apa yang ada.



So, macam mana aku melukis? Aku lukis kat buku teks latihan aku yang dibeli. Kat atas, tepi dan bawah kan ada ruang kosong. Aha, kat situ la aku melukis. Guna pensel terutamanya pensel yang dah dibuang, aku kutip balik. Kat rumah aku pada masa tu, banyak jer pensel yang dibuang merata-rata. Daripada terus dibuang, aku kutip. Terima kasih mak sebab ajar cek berjimat. Sayang mak!


Memang mak tak boleh kata aku membazir lagi la, kan? Jadi, habis la jugak buku aku, aku lukis. Termasuk lah buku Kak Jag dan buku adik-adik aku. Aku lukis layu jer, senang diorang nak padam. Wahaha, tak pasal-pasal buku diorang kena. Nasiblah.. Pada masa ni aku dah pandai sikit la melukis, sebab tu la nak tunjuk kat orang.



"Buka buku, ada lukisan. Bila selak, ada lagi. Bila selak, ada lagi. Adoi, tak larat nak padam. Nasib baik la cikgu tak check buku dah,"

rungut Kak Jag baru-baru ini, mengenangkan kegilaan aku melukis waima dalam buku dia pun. Pada masa tu, dia tingkatan 6 atas, aku dah pandai sikit melukis. Ini menggambarkan aku sangat suka melukis.



Sejak itu, mak dah tak larang aku. Mungkin mak sedar yang anak mak ni memang ada bakat melukis. Tapi pada awal-awal tu, aku memang sorok lukisan aku dari mak. Sebabnya, aku tak nak mak larang dan patahkan semangat serta minat aku terhadap lukisan.


Ye la, pada masa tu, aku baru saja nak belajar melukis, mana la cantik lukisan aku. Tapi, bila dah pandai melukis, aku tunjuk kat mak. Mak dah tak boleh nak kata apa sebab dah memang cantik lukisan aku tu. Terkesima kot. Hehe, poyo jer.


Pada mula-mula aku giler melukis tu, Kak Jag pun duk kutuk-kutuk aku. Tapi aku buat pekak badak jer. Ye la, dia tak faham apa itu minat. Passion. Dia pun tak pandai melukis. Dah tak sama kes dengan aku, jadi aku tak ambik port la. Lantak la, janji aku pandai melukis dan dapat kuasainya.




Pada masa aku form six, my next friend, Tina pun pandai melukis. Dia pun sama macam aku, lukis dalam buku kat ruangan kosong. Maka menjadi-jadi la kegilaan aku terhadap lukisan. Teringat pada masa itu, pensel adalah alat tulis yang wajib ada bersamaku. Aku plak jadi addict pantang pegang pensel, mesti nak lukis. Haha, pelik tak perangai macam ni?


Pada masa ni, famili aku dah tak kisah dengan tabiat aku yang suka melukis ni. Aku dah pandai lukis potret. Tapi nak lukis potret ni leceh. Kena perati betul-betul dan ambik masa yang lama.



Aku pernah lukis potret Siti Nurhaliza. Dia adalah antara muka yang susah nak dipotretkan. Tapi, aku berjaya jugak selepas dua cubaan. Tahniah Sha. Tahniah! TQ =)



Aku mula berhenti melukis sebab ada abang angkatku menegah. Katanya hukumnya hampir haram. Sebab tu, tak de pun ulama dan zaman kegemilangan Islam dulu pun tiada yang pandai melukis. Tak baik lukis orang (benda hidup) sebab akan minta nyawa di akhirat kelak. Hanya boleh lukis permandangan atau gambar ulama untuk tujuan ingatan yang baik-baik.



Tapi, aku mula rasa feel free to sketch again bila aku search kat internet, ada yang kata boleh lukis benda hidup tapi kena letak pangkah (x). Jadi, aku pun buat la macam tu. Teringat macam kanak-kanak dulu, aku lukis dan letak tanda pangkah. Rupanya, itu ada kebenarannya. Sahih ke tak, aku tak pasti.



Aku memang minat melukis. Anak-anak saudaraku yang sepuluh orang tu memang dah terdedah dengan lukisan aku. (Tapi kena lukis betul-betul jadi  sebab diorang tak pandai nak tengok secara abstrak.)


Ye la, budak-budak kan suka tengok haiwan dan aku la mangsa diorang suruh lukis itu ini. Aku bukan berkira. Ala, setakat sketch tak sampai seminit, apalah sangat, yang penting diorang happy sebab dapat lihat binatang kesukaan. =)


Pada Raya Puasa yang lalu, selepas aku lukis, ada anak buah aku, Bihah nak warnakan. La, tak cakap awal-awal. Kalau tak, boleh la aku lukis besar-besar dan aku tak buat ton dah. Sebelum ni tak de anak buahku yang lain, yang nak warnakan hasil lukisan sketch aku tu. Rasa terharu, beb. Rasa dihargai sangat. =)


Masa dia mewarna, dia tak bagi sesiapa pun warna mahupun pegang lukisan tu. Adikku, Cik Ah ajar dia warna. Tetiba Bihah nangis. "Mak Cik conteng," Haha~ rasa sangat lucu. Dengan aku, boleh plak ok, siap aku pegang dan warnakan lagi. Pelukis la katakan. Cik Ah memang envy kat aku la.



Teringat kepada adikku, Bibah. Dia pun suka aku lukis. Siap simpan lagi potret Siti Nurhaliza yang aku lukis tu. Baru-baru ni suruh aku lukis orang pakai baju itu, baju ini. Ye la, dia ni ambik fesyen tapi melukis tak pandai. Yang tak tahan tu, suruh aku lukis cantik-cantik macam orang yang cantik dan segak seperti yang ditunjukkan dalam majalah. Dah model, memang cantik la.


Cik Ah ni duk kata aku lukis tak lawa (jeles la tu sebab dia tak diberi kepercayaan oleh kakaknya, Bihah untuk melukis).


Aku tak kisah la. Kot-kot la dia dah pandai melukis berkat belajar lukisan kat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Sekali dua tak pe lagi. Tapi dah banyak kali dia duk kata macam tu, aku pun suruh dia lukis balik dan mesti lebih cantik dari lukisan aku.


Sekali dia lukis nyah, lagi teruk dari lukisan aku. Jangankan kata nak jadi rupa orang, apatah lagi nak cantik, lagi hodoh ada la. Aku gelak kaw-kaw punya. Dia malu dan terus padam. Haha~


Lain kali, kalau tak pandai, mengaku jer. Jangan nak kutuk-kutuk orang sebelum tahu kebolehan diri sendiri. Belajar dari mereka yang pakar. Guna Ujang jer pun boleh.




Aku memang minat lukisan. Kalau beli majalah komik Ujang layan jer lawaknya. Tapi tak tahan, rasa nak jugak lukis macam kartunis-kartunis pada masa tu jugak terutama yang ada buat lukisan yang ada ton dengan menggunakan pensel. Hehe~ Bila passion tu datang, ia tak menyempat.


Aku akan melukis bila rasa kekosongan dan nak release tension. Lukisan ni hobi yang baik. Majulah lukisan untuk negara.


Sampai jumpa lagi. Jaga diri.




Rabu, 1 Disember 2010

Kepahitan Itu Ada Manisnya=Kopi

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Salam.


Baru-baru ni, aku mengalami saat yang mendukacitakan. Pasal apa? Ehem, pasal er.. Er, tak pe la. Segan la nak bagitau.


Malam tu, cek nak tidox dengan awainya. Tapi tak boleh plak. Baru je nak tutup laptop, ada kawan cek duk chat dengan cek. Aku ni plak jenis tak reti nak buat tak tau ja bila orang dah chat. Kesian kat orang tu.


Tu kira ok la. Ada jugak masa aku terluang sebab aku tak nak la fikir pasal apa. So, korang pun jangan la tanya pasal apa,k. Aku tak nak ingat kepahitan itu. Biar ianya berlalu pergi sendirinya.


Kemudian, bila sudah aku chat dengan kawanku dan nak menidurkan diri, kawan lama baik eh macama mana ayat aku ni.. kawan baik yang lama.. boleh macam ni? Dia kawan aku masa sekolah, kawan lama. Kami agak rapat. Tingkatan 1,2,3, dan pra-u atas dan bawah kami sama kelas.


Dia ni plak, kalau aku tak layan kang merajuk. Aiyoo, dah tua-tua pun merajuk lagi ka? Ye la kot, mungkin dia patut merajuk dah lama tak bersembang dan sebab kami kawan baik. Sebab kami merupakan kawan baik la dia 'ada berani' nak merajuk. Kalau bukan kawan baik, 'kirim salam' la kan nak merajuk macam ni. Bagi flying kick baru tau. Hehe~


See, tengah aku duk menulis ni pun, ada orang bagi chat kat aku. Maka kena sambung lain kali la.. Tergugat mood nak blogging.

Hari keesokkannya, hidupku indah..



Ok, ni aku nak memulakan sesi baru dan menyambung sesi lepas.


Berbalik kepada cerita di atas, aku sedih sikit. Fikiran agak terganggu. Kemudian datang kawan baik aku. Kami berchatting. Dapat tau banyak perkara baru tentang perkembangan kawan-kawan. Dan ada lagi perkara yang mengejutkan aku. Wah,perkara yang sama yang aku alami. Apakah itu? Biarlah rahsia. Tak elok untuk dipaparkan kat sini.


Walaupun aku rasa agak sedih tapi aku bersyukur sebab aku ditemani kawan-kawan. Kawan chat aku ni pun salah satunya kawan yang terbaik. Dia ada waktu aku rasa sangat down. Itu lah pentingnya kawan-kawan.


Pada hari itu aku lalui dengan biasa walaupun sedikit kesedihan dan agak terkilan, tapi hari tetap ceria! Itu lah aku, tetap ceria. Sebab tu la awet muda. Haha, perasan.


Malam tersebut pula, aku sangat gembira kerana kawan-kawan aku kat kolej ni semua menziarahi dan menjenguk aku. Eh, ayat macam melawat orang sakit je. Sebenarnya aku tak tau nak letak apa. Diorang datang bilik aku la. Penuh bilik. Lepak dengan aku.


Jangan tak tau yang aku ni duk bilik sorang-sorang.I am stay alone. Lagi best duk sorang-sorang dengan bilik yang sikit dan kerja yang agak berat nak fikir. Kalau ada rumet yang tak sekepala, lagi rasa pening kepala dan serabut. Dah la pengajianku pun dah berat dan serabut, tambah pula dengan perangai orang, buat aku letih jer.


Diorang datang ramai dan lepak sampai pukul 2.40 pagi. Tapi ada sorang tidur kat bilik aku. Aku tak kisah. Lagi best ada rumet kejap-kejap macam ni. Kiranya malam tu, aku tak bersedih tetapi aku enjoy.


Itu lah gunanya kawan. Diorang sebenarnya tidak tahu apa yang aku rasa. Aku tak dedahkan (reveal) kat mana-mana pun. Bibirku pun terkunci rapi. Ini semua kuasa Tuhan. Sebab itu la aku yakin dengan janji Tuhan.


Kalau Dia berikan aku kesusahan pasti didatanginya bersama dengan kesenangan. Sesuatu yang negatif tu pasti positif yang mengiringi.


Korang pun boleh la pegang ayat tu. Dengan berpegang pada ayat tu, kita tidak akan sedih, susah hati, murung dan sebagainya walau seberat mana pun masalah yang menimpa. Aku pernah cuba. Korang bila lagi?



AUKU dan kualiti pelajar universiti

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Salam.


Kali ni, aku nak kongsikan bersama tentang isu AUKU dari perspektif Dewan Bahasa dan Masyarakat melalui majalah Dewan Masyarakat keluaran September 2010.


Tapi dah jumpa isu ini pun ok la, walaupun dah lama lepas tapi pada yang masih tak tau, itu adalah berita. Oit, mentang-mentang la pernah jadi wartawan dan belajar Asas Kewartawanan dan bengkel-bengkel wartawan, nak tunjuk eks la pulak ek? eh, tak de la. Mana ada eks. Aku cuma nak berkongsi apa yang aku tahu jer. Kalau korang menyampah, aku pun tak suruh, paksa atau minta korang baca tau.


Aku ternampak majalah ni masa aku dah bosan cari jurnal kat Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Aku ambik, belek dan baca walaupun aku dah nak balik. Sekurang-kurangnya ada jugak ilmu aku masuk walaupun stress cari jurnal tak jumpa-jumpa waima dah selak banyak majalah jurnal. Ni mesti aku tersalah jurnal. Tu yang tak jumpa.


Kat bawah ni, aku copy dan paste dari laman web Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).



C A T A T A N K E P A D A P E M B A C A
- m o h d s h u k r i m o h d a r i f f -

M E N U N T U T P E R U B H A N


Gendang polemik Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) kembali dipalu. Mutakhir ini, Kementerian Pendidikan Tinggi membuka kembali “gelanggang” apabila mencadangkan supaya mahasiswa universiti dibenarkan menyertai aktiviti politik di luar kampus.



Cadangan daripada pelbagai pihak supaya AUKU disemak, dipinda, dan dimansuhkan bukan perkara baharu. Namun, setakat ini tidak ada perubahan yang benar-benar diharapkan.



AUKU digubal pada 1971 atas alasan yang jelas; mahasiswa harus menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembelajaran di bilik kuliah, dan bukannya sibuk menyertai aktiviti politik di luar kampus.



Terdapat dua persoalan dalam isu ini; pertama, adakah majoriti mahasiswa selepas AUKU digubal menunjukkan pencapaian akademik yang menakjubkan kerana tidak lagi “diganggu” dengan aktiviti politik di luar kampus?; kedua, adakah penggubalan AUKU memberikan kesan langsung kepada kualiti mahasiswa terutamanya dari segi keperibadian dan kualiti kepemimpinan?



Meneliti persoalan pertama, penulis teringat data yang didedahkan berdasarkan satu kajian yang dibuat baru-baru ini oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah pensyarah kanan Jabatan Media, Universiti Malaya, mengenai tabiat membaca di kalangan mahasiswa universiti di negara ini yang menunjukkan bahawa mereka hanya membaca empat buah buku setahun. Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar universiti di Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah).



Penulis tidak terperanjat dengan hasil kajian ini kerana penulis sudah bertahun-tahun menjadi hakim untuk pelbagai kejohanan debat bahasa Melayu melibatkan universiti awam dan swasta di negara ini. Pendebat universiti merupakan kelompok yang dianggap “elit” dan “terpilih” dalam kalangan mahasiswa di kampus kerana kononnya mereka dianggap mahasiswa yang intelektual dan petah berhujah.


Namun, setiap kali penulis menghakimi mereka, pasti penulis kecewa. Tahap pembacaan dan pengetahuan umum mereka terlalu rendah, hinggakan mereka sering membuat kesalahan “memalukan” kerana tersalah menghuraikan fakta yang asas. Jika kelompok “elit” dan terpilih dalam kalangan mahasiswa serendah itu daya intelektualnya, bagaimana pula dengan mahasiswa yang lain?


Persoalan kedua, berkenaan dengan kualiti dan nilai tambah dalam kalangan mahasiswa, bagaikan sudah menjadi “punching bag” untuk “dibelasah” oleh pelbagai pihak. Mahasiswa lemah komunikasi, lemah penguasaan bahasa Inggeris, lemah daya kepimpinan, lemah dalam keterampilan, dan pelbagai kelemahan lagi sering dihamburkan oleh pelbagai pihak apabila merujuk kualiti mahasiswa sekarang.


Jadi, terpulanglah kepada pelbagai pihak untuk menilai kewajaran AUKU disemak semula. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, pernah menyatakan, “Jika kita tidak mahu berubah, kita akan diubah."







Aku sebagai pelajar universiti atau lebih senang faham digelar mahasiswa rasa malu sebab sikit sangat buku yang dibaca oleh para mahasiswa. Malunya. Tapi, aku baca banyak buku dalam satu tahun mahupun satu semester. Mungkin orang lain la yang dimaksudkan.


Tabik spring kepada mahasiswa Australia:180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Kita kalah kepada Indonesia, Brunei dan Thailand selaku jiran terdekat.


Ayat dalam perenggan yang bermula dengan 'persoalan kedua...." pun membuatkan aku menundukkan kepala dan pemimpin pening kepala, manakala masyarakat menggelengkan kepala..


Tips Rahsia Muda Belia

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Salam.


Korang pesan tak yang aku sekarang ni dah kuat bergelak ketawa? Kenapa ya, korang tak terfikir ke? Buang tebiat nak mampos ke? Haha~


Mungkin sebab aku dah rasa tak ada sebarang tekanan mahupun benda berat nak fikir. Kahwin? Erm, aku muda lagi okay. Haha. Ala, rileks la, umo baru 25 tapi muka baru 15 tahun. Wahaha, perasan tak ingat dunia. =)


Kat bawah ni adalah chat aku dengan seorang kawan lama. Budak persatuan ni. Dia jugak sama batch, sama ko-k dengan aku n sama umur.


Jom, layan chat tu.. Tapi ni versi sekerat je tau. Yang kat atas tu, biar lah rahsia.



Today
[You]
10:12pm
ni guna laptop ke hp?

[Azhar]
10:13pm
letop..
wifi
kt ne?

[You]
10:16pm
uum


[Azhar]
10:16pm
kolej mana?


[You]
10:16pm
MISC
td kata kedai makan.. igtkn warung..


[Azhar]
10:16pm
warung la..
canggih tak?


[You]
10:17pm
canggih manggih..


[Azhar]
10:18pm
haha.
pandai pun


[You]
10:19pm
mesti.. haha
kerja mana?


[Azhar]
10:19pm
banting
jurulatih plkn


[You]
10:20pm
ooo...
banting dkt dgn apa ek?


[Azhar]
10:20pm
gan klang
gan tudm


[You]
10:20pm
oo..
klang area mana?


[Azhar]
10:21pm
banting mean banting la
atas ckit dr klang


[You]
10:21pm
tau la banting.. td kata dekat dgn klang.. tu yg tnya, klang dari arah mna? luas jgk klang tu.. dri pulau indah ke, meru ke, kapar ke..


[Azhar]
10:22pm
banting la..
huhu
dkat pantai morib


[You]
10:22pm
ni mesti tak tau jln ni.. hihi


[Azhar]
10:22pm
tak ingat jer


[You]
10:23pm
hihi


[Azhar]
10:23pm
gelak lagi


[You]
10:25pm
kuat gelak


[Azhar]
10:25pm
elok ar..awet cun


[You]
10:26pm
mana2?


[Azhar]
10:26pm
ha? ap yg mana


[You]
10:27pm
mana awek cun tu?


[Azhar]
10:27pm
awak


[You]
10:27pm
hahaha
tak la
imposible...


[Azhar]
10:27pm
bgus..
merendah diri
huhu


[You]
10:28pm
kalis pujian... haha
perasan tul..


[Azhar]
10:28pm
tk pe..
jgn kalis rindu..
tak da perasaan namanya tu


[You]
10:29pm
ye, baik tuaaannnn


[Azhar]
10:29pm
cikgu la
bukan tuan


[You]
10:30pm
ok, cikgu...



Dah, itu jer chat aku dengan dia dan yang lain-lain tu, biarlah rahsia. Hihi~ Nak berahsia-rahsia plak, lempang karang, baru tahu.



Ni cakap, aku kan nampak muda belia, macam junior aku cakap la. Tapi aku tak de la nak akui perkara tu benar sangat sebab aku pun tau aku ni dah mula menginjak dewasa dan matang. Uii, umo dah 25 kau, tak kan tak matang-matang lagi? Dah suku abad pun, beb.


Tapi kalau korang berkeras jugak untuk mengatakan bahawa aku memang awet muda, ambik tips ni.



1. Hidup kena la ceria, beb.

Apa guna hidup kalau kita ni tak gembira dan rasa bahagia dengan hidup kita? Sebab tu la Islam melarang untuk merunggut dan patut rasa bersyukur sepanjang masa. Tengok nasib orang lain yang lebih teruk daripada kita, kita kena bersyukur. Mari menyebut, "Alhamdu lillah" selalu. Mulakan dengan basmallah ("Bismillahir rahmanir rahim") dan akhiri dengan syukur ("Alhamdu lillah").



2. Banyakkan bersedekah
Bersedekah ni bukan kira duit dan harta sahaja. Kita boleh bersedekah dengan ilmu yang kita perolehi, kemahiran yang kita ada, nasihat yang kita pandai dan lain-lain lagi. Kalau tak ada juga semua itu, kita boelh bersedekah dengan senyuman. Tak tau nak senyum dengan siapa? Senyum sahaja untuk diri sendiri.

Tenung mata kita kat cermin, berikan kata-kata positif dan senyum. Kalau anda tidak ada idea nak bisikkan kata-kata apa, cuba kata-kata macam yang kat bawah ni:

a. Aku cantik/kacak
b. Aku tak cantik/kacak tapi aku baik
c. Aku ni orang penting. Aku kena hargai diriku dahulu sebelum orang lain akan hargai aku.
d. Aku ni makhluk Tuhan, aku kena kuat (optimis) dan positif selalu.
e. Aku mampu bahagiakan orang lain.
f. Aku berani lakukan sesuatu kerana benar.


See, ayat simple je kan? Tapi itu la menjadi nadi pendorong kejayaan seorang insan. Keyakinan itu penting.


3. Cara mandi

Cara mandi? Ya, cara mandi. Aku memang amalkan mandi ni. Memang nampak agak awet muda bila dah amalkan ada la dalam setahun.


Mandi macam orang tua-tau ajar kita, Orang Melayu mandi. Cara mandi yang betul ialah bermula dari bawah. Kalau bermla dari atas tu, mandi wajib. Ok, kita nak berbicara tentang mandi biasa ni, bukan mandi wajib.


Mulakan dengan kaki kiri. Pastikan kita rasa otak sebelah kanan kira bergerak-gerak. Itu tandanya, otak kita sihat, sinaps, motor dan nueron tengah bekerja tu. Kemudian, kaki sebelah kanan pula.


Selepas itu, betis kiri. Betis kanan. Paha kiri. Paha kanan. Pinggang. Badan. Muka. Kepala.


Mandi cara ni merupakan amalan orang dahulu. Mandi cara begini juga merangsang otak sedikit demi sedikit. Kalau terus mandi badan, otak akan terkejut. Patut pun aku rasa sesak dada sikit masa aku mandi zaman sekolah dulu. Nak cepat, terus siram dada. Itu lah, orang cakap tak nak dengar. Biasalah remaja, banyak nak cuba sendiri dan memberontak.



4. Ketawa lah.. Kah kah

Ketawa dan gelak adalah pengubat stress dan kedut medut yang ada di muka kita. Cuba tengok cermin sekarang, ada tak kening korang berkerut mahupun dahi berkerut? Hei, senyum la pada diri sendiri alang-alang dah tengok cermin tu. Takut orang kata gila? Ah, lantak la, yang penting untuk kesihatan diri kita juga. Kang, stress berterusan pun boleh jadi gila. Betul tak?


Tak tau macam mana nak gelak? Meh, cuba:
a. Ajak kawan-kawan berborak pasal apa-apa yang lucu. Atau pun lepak sebentar bersama kit kat, eh bersama kawan korang yang suka buat lawak la.

b. Ingat dan kenang kembali kisah lucu. Mesti ada kan barang seciut dua.

c. Beli majalah humor seperti Ujang, Gila-gila, Apo? dan sebagainya. Korang kena baca lawak tu dan jangan malu atau segan untuk ekspresskan ketawa korang tu. Kalau malu juga, duk bilik sorang-sorang dn ketawa.


d. Tengok filem, drama, sitcom yang sangat lucu dan mampu buat anad ketawa.


Itu dulu dari aku. Kalau korang tak percaya, cuba la. Mana tau berkesan pada korang. Jangan nanti sudah kedut-medut muka tu dan ramai yang tegur korang tua dari umur korang, baru nak cari petua-petui. Jangan naik angin la kalau pada masa tu, muka korang tak kembali pada umurnya. Mencegah lebih baik daripada mengubati.


Sekian dulu dari aku. Semoga bertemu kembali.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...