Langkau ke kandungan utama

Kepahitan Itu Ada Manisnya=Kopi

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Salam.


Baru-baru ni, aku mengalami saat yang mendukacitakan. Pasal apa? Ehem, pasal er.. Er, tak pe la. Segan la nak bagitau.


Malam tu, cek nak tidox dengan awainya. Tapi tak boleh plak. Baru je nak tutup laptop, ada kawan cek duk chat dengan cek. Aku ni plak jenis tak reti nak buat tak tau ja bila orang dah chat. Kesian kat orang tu.


Tu kira ok la. Ada jugak masa aku terluang sebab aku tak nak la fikir pasal apa. So, korang pun jangan la tanya pasal apa,k. Aku tak nak ingat kepahitan itu. Biar ianya berlalu pergi sendirinya.


Kemudian, bila sudah aku chat dengan kawanku dan nak menidurkan diri, kawan lama baik eh macama mana ayat aku ni.. kawan baik yang lama.. boleh macam ni? Dia kawan aku masa sekolah, kawan lama. Kami agak rapat. Tingkatan 1,2,3, dan pra-u atas dan bawah kami sama kelas.


Dia ni plak, kalau aku tak layan kang merajuk. Aiyoo, dah tua-tua pun merajuk lagi ka? Ye la kot, mungkin dia patut merajuk dah lama tak bersembang dan sebab kami kawan baik. Sebab kami merupakan kawan baik la dia 'ada berani' nak merajuk. Kalau bukan kawan baik, 'kirim salam' la kan nak merajuk macam ni. Bagi flying kick baru tau. Hehe~


See, tengah aku duk menulis ni pun, ada orang bagi chat kat aku. Maka kena sambung lain kali la.. Tergugat mood nak blogging.

Hari keesokkannya, hidupku indah..



Ok, ni aku nak memulakan sesi baru dan menyambung sesi lepas.


Berbalik kepada cerita di atas, aku sedih sikit. Fikiran agak terganggu. Kemudian datang kawan baik aku. Kami berchatting. Dapat tau banyak perkara baru tentang perkembangan kawan-kawan. Dan ada lagi perkara yang mengejutkan aku. Wah,perkara yang sama yang aku alami. Apakah itu? Biarlah rahsia. Tak elok untuk dipaparkan kat sini.


Walaupun aku rasa agak sedih tapi aku bersyukur sebab aku ditemani kawan-kawan. Kawan chat aku ni pun salah satunya kawan yang terbaik. Dia ada waktu aku rasa sangat down. Itu lah pentingnya kawan-kawan.


Pada hari itu aku lalui dengan biasa walaupun sedikit kesedihan dan agak terkilan, tapi hari tetap ceria! Itu lah aku, tetap ceria. Sebab tu la awet muda. Haha, perasan.


Malam tersebut pula, aku sangat gembira kerana kawan-kawan aku kat kolej ni semua menziarahi dan menjenguk aku. Eh, ayat macam melawat orang sakit je. Sebenarnya aku tak tau nak letak apa. Diorang datang bilik aku la. Penuh bilik. Lepak dengan aku.


Jangan tak tau yang aku ni duk bilik sorang-sorang.I am stay alone. Lagi best duk sorang-sorang dengan bilik yang sikit dan kerja yang agak berat nak fikir. Kalau ada rumet yang tak sekepala, lagi rasa pening kepala dan serabut. Dah la pengajianku pun dah berat dan serabut, tambah pula dengan perangai orang, buat aku letih jer.


Diorang datang ramai dan lepak sampai pukul 2.40 pagi. Tapi ada sorang tidur kat bilik aku. Aku tak kisah. Lagi best ada rumet kejap-kejap macam ni. Kiranya malam tu, aku tak bersedih tetapi aku enjoy.


Itu lah gunanya kawan. Diorang sebenarnya tidak tahu apa yang aku rasa. Aku tak dedahkan (reveal) kat mana-mana pun. Bibirku pun terkunci rapi. Ini semua kuasa Tuhan. Sebab itu la aku yakin dengan janji Tuhan.


Kalau Dia berikan aku kesusahan pasti didatanginya bersama dengan kesenangan. Sesuatu yang negatif tu pasti positif yang mengiringi.


Korang pun boleh la pegang ayat tu. Dengan berpegang pada ayat tu, kita tidak akan sedih, susah hati, murung dan sebagainya walau seberat mana pun masalah yang menimpa. Aku pernah cuba. Korang bila lagi?



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker