Langkau ke kandungan utama

Marah dan terapinya. Jom semak..

Salam.


Entry kali ini adalah diambil dari mesej kumpulan (group) facebook: Main Facebook Sambil Beramal 1. Bahasa asal yang digunakan adalah Bahasa Indonesia.


(Tetapi, aku sudah menegur pada awal-awal kemunculannya (tahun 2009) kerana aku tidak faham dengan Bahasa Indonesia yang tidak sama dengan Bahasa Melayu.(Aku Malaysian bah, aku bukan Indon!) Teguran ini didengari dan mesej seterusnya ditulis dalam bahasa yang aku memahami.


Terima Kasih kepada Kang El Rinaldi Full kerana prihatin. Dia masih mengingatiku walaupun setahun lebih kami tidak berbual dan aku telah menukar nama dan gambar profil. Ternyata dia masih mengingatiku. =) )



Baru-baru ini, beliau ada mengirim salam kepada 'teman-teman'ku katanya. Jadi, andalah teman-temanku.. Jawablah salam itu. =)


Jom semak apakah terapi untuk marah..



Nabi Sallallahu 'Alahi Wasallam pernah bersabda :

“Bukanlah orang kuat itu kerana selalu menang gulat (aku pun tak faham apakah maksudnya menang gulat), akan tetapi orang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan nafsunya ketika marah” (Muttafaq ‘Alaihi)



PESANAN NABI S.A.W :

“Janganlah kamu marah!”. (HR. Bukhari)



TERAPI NABI S.A.W :


Sebagaimana Rasulullah menjelaskan dan memperingatkan penyakit marah ini, baginda juga telah mengajarkan kita tentang terapi penyakit ini bila penyakit ini mengenai kita.

Beliau bersabda :


“Kalau ada di antara kalian yang marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Kalau belum hilang juga marahnya maka hendaklah dia berbaring” (HR. Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan Albani)


Itulah terapi yang diajarkan Nabi s.a.w untuk menghilangkan penyakit marah.



Jadi, apakah efek marah terhadap tubuh?

Adakah hikmah di sebalik terapi yang diajarkan Nabi tersebut?

Dan bagaimana kesan berdiri dan berbaring terhadap marah?



TINJAUAN PERUBATAN:


Untuk menjawab tiga pertanyaan ini, marilah kita meneliti kelenjar adrenal yang terletak di atas ginjal. Di antara fungsi dari kelenjar ini adalah untuk mengawal hormon adrenalin dan almodrinalin.


Jika sahabat memiliki penyakit jantung, maka janganlah marah. Boleh mempercepatkan denyut jantung, menyebabkan jantung berdenyut dengan tidak teratur.


Dan jika sahabat menderita tekanan darah tinggi, maka janganlah marah. Marah boleh menaikkan paras dua hormon ini dalam darah, yang mana itu boleh menyebabkan bertambahnya tekanan darah.


Dan jika sahabat menderita penyakit koroner (penyakit mata), maka janganlah marah. Kerana marah boleh meningkatkan kontraksi dan gerakan jantung, dan memungkinkan mudah terkena krisis di dalam hati.



Dan jika sahabat punya penyakit diabetes, maka janganlah marah. Kerana adrenalin boleh meningkatkan gula dalam darah.




Telah terbukti secara ilmiah bahawa dengan berbaring, hormon-hormon ini akan turun kadarnya. Itulah diantara hikmah yang ditunjukkan hadits :


“Kalau ada di antara kalian yang marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Kalau belum hilang juga marahnya maka hendaklah dia berbaring”


Subhanallah !



DOA KETIKA MARAH: Jom hafal, senang jer..

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Ertinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”


Salam Ikhlas !




Oleh itu, janganlah mudah marah. Senyum-senyum selalu dan ceriakan hidupmu dan orang yang ada di sekelilingmu. Semoga berbahagia selalu :-)


P/s: Lama tak up date sebab dalam mood sedih. Mood nangis, sebab tu la ada entri-entri sebelum ni pun tangkap leleh. T-T. Tapi sekarang ni dah ok dah. U can count on me. =)


Chopps, aku agak sibuk dengan pengajianku. Itu yang membuatkan aku lambat nak up date. Rindu aku tak? Hehe~



Aku ada plan baik punya. Dah siap separuh. Apa dia? Chopps, rahsia dulu. Hehe~ Tunggu pada entri-entri yang akan datang, insya-ALLAH.
Insya-ALLAH, Insya-ALLAH, Insya-ALLAH you the way.. <~ Maher Zain (Eh, tetiba nyanyi..)


Idea tu ada, cuma agak sibuk. Wooo, Aunty See-Book (nama macam Korean tak? ^-^), jangan la kacau aku. Pergi la kat orang lain, hihi~


Ok lah, semoga bertemu lagi.
Jaga diri. Jangan marah-marah. Kalau marah, baring k, dear.



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker