Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Salam.
Aku rindu melukis? Pandai ke melukis?
Tak de la pandai sangat melukis tapi boleh la kalau setakat nak sketch tu bawah seminit.
Biasanya aku lukis tak ambik banyak masa. Kat kertas peperiksaan pun jalan (on) jer. Mungkin sebab dah biasa kot. Wahaha, poyo giler. Sebenarnya, aku minat lukis. Adik-beradik aku ada yang minat lukisan ada yang tak. Balance la.
Abang dan kakak aku memang pandai melukis. Aku suka tengok lukisan diorang masa aku kecil. Masa tu tengok saja, minat tu tak ada sangat. Cuma teringin giler nak lukis macam diorang. Dalam hati, berniat nak pandai melukis macam diorang bila aku dah besar.
Tapi mak aku plak ada kepantangannya. Dia akan marah bila aku lukis-lukis walau guna pensel pun. Kalau pen, lagi la dia tak bagi. Kalau pensel takut pensel tu kontot dan kalau pen takut dakwat habis. Kertas pun tak bagi guna.
Aku tak salahkan mak aku. Mungkin disebabkan mak aku dibesarkan dalam keluarga yang miskin, jadi sangat lumrah untuk berjimat dengan apa sahaja yang ada.Berjimat sebelum habis.
Sebagai anak yang baik, aku pun tak de la nak lukis-lukis. Lagipun, pada usiaku masih muda, aku pantang main pen (main pen pun secara sorok-sorok, mak tak nampak), aku akan terus tertidur dek kerana pening dengan bau dakwat pen, Kilometrico (yang batangnya warna putih dan atasnya warna biru yang mengelembung bentuknya).
Korang tau tak pen tu? Sekarang ni macam payah nak jumpa jer pen macam tu.
Ok, sambung balik, minat melukis ni kian padam. Ye la, dah jarang nak buat latihan melukis. Yang ada sekadar dalam subjek Pendidikan Seni la, tu pun tak pandai melukis. Tapi ada juga lukisan aku dapat A dan dilekatkan di belakang kelas. Memang bangga giler pada masa tu. Hnnfff. Kembang hidung. Wakaka~
Minat melukis kembali menjengah apabila aku dah tak ambik subjek lukisan semasa tingkatan 4. Aku jadi sangat giler dengan lukisan. Apa yang aku lukiskan hanyalah orang dan pemandangan. Tapi, amalan berjimat cermat masih aku amalkan. Aku tak beli buku lukisan. Aku guna saja apa yang ada.
So, macam mana aku melukis? Aku lukis kat buku teks latihan aku yang dibeli. Kat atas, tepi dan bawah kan ada ruang kosong. Aha, kat situ la aku melukis. Guna pensel terutamanya pensel yang dah dibuang, aku kutip balik. Kat rumah aku pada masa tu, banyak jer pensel yang dibuang merata-rata. Daripada terus dibuang, aku kutip. Terima kasih mak sebab ajar cek berjimat. Sayang mak!
Memang mak tak boleh kata aku membazir lagi la, kan? Jadi, habis la jugak buku aku, aku lukis. Termasuk lah buku Kak Jag dan buku adik-adik aku. Aku lukis layu jer, senang diorang nak padam. Wahaha, tak pasal-pasal buku diorang kena. Nasiblah.. Pada masa ni aku dah pandai sikit la melukis, sebab tu la nak tunjuk kat orang.
"Buka buku, ada lukisan. Bila selak, ada lagi. Bila selak, ada lagi. Adoi, tak larat nak padam. Nasib baik la cikgu tak check buku dah,"
rungut Kak Jag baru-baru ini, mengenangkan kegilaan aku melukis waima dalam buku dia pun. Pada masa tu, dia tingkatan 6 atas, aku dah pandai sikit melukis. Ini menggambarkan aku sangat suka melukis.
Sejak itu, mak dah tak larang aku. Mungkin mak sedar yang anak mak ni memang ada bakat melukis. Tapi pada awal-awal tu, aku memang sorok lukisan aku dari mak. Sebabnya, aku tak nak mak larang dan patahkan semangat serta minat aku terhadap lukisan.
Ye la, pada masa tu, aku baru saja nak belajar melukis, mana la cantik lukisan aku. Tapi, bila dah pandai melukis, aku tunjuk kat mak. Mak dah tak boleh nak kata apa sebab dah memang cantik lukisan aku tu. Terkesima kot. Hehe, poyo jer.
Pada mula-mula aku giler melukis tu, Kak Jag pun duk kutuk-kutuk aku. Tapi aku buat pekak badak jer. Ye la, dia tak faham apa itu minat. Passion. Dia pun tak pandai melukis. Dah tak sama kes dengan aku, jadi aku tak ambik port la. Lantak la, janji aku pandai melukis dan dapat kuasainya.
Pada masa aku form six, my next friend, Tina pun pandai melukis. Dia pun sama macam aku, lukis dalam buku kat ruangan kosong. Maka menjadi-jadi la kegilaan aku terhadap lukisan. Teringat pada masa itu, pensel adalah alat tulis yang wajib ada bersamaku. Aku plak jadi addict pantang pegang pensel, mesti nak lukis. Haha, pelik tak perangai macam ni?
Pada masa ni, famili aku dah tak kisah dengan tabiat aku yang suka melukis ni. Aku dah pandai lukis potret. Tapi nak lukis potret ni leceh. Kena perati betul-betul dan ambik masa yang lama.
Aku pernah lukis potret Siti Nurhaliza. Dia adalah antara muka yang susah nak dipotretkan. Tapi, aku berjaya jugak selepas dua cubaan. Tahniah Sha. Tahniah! TQ =)
Aku mula berhenti melukis sebab ada abang angkatku menegah. Katanya hukumnya hampir haram. Sebab tu, tak de pun ulama dan zaman kegemilangan Islam dulu pun tiada yang pandai melukis. Tak baik lukis orang (benda hidup) sebab akan minta nyawa di akhirat kelak. Hanya boleh lukis permandangan atau gambar ulama untuk tujuan ingatan yang baik-baik.
Tapi, aku mula rasa feel free to sketch again bila aku search kat internet, ada yang kata boleh lukis benda hidup tapi kena letak pangkah (x). Jadi, aku pun buat la macam tu. Teringat macam kanak-kanak dulu, aku lukis dan letak tanda pangkah. Rupanya, itu ada kebenarannya. Sahih ke tak, aku tak pasti.
Aku memang minat melukis. Anak-anak saudaraku yang sepuluh orang tu memang dah terdedah dengan lukisan aku. (Tapi kena lukis betul-betul jadi sebab diorang tak pandai nak tengok secara abstrak.)
Ye la, budak-budak kan suka tengok haiwan dan aku la mangsa diorang suruh lukis itu ini. Aku bukan berkira. Ala, setakat sketch tak sampai seminit, apalah sangat, yang penting diorang happy sebab dapat lihat binatang kesukaan. =)
Pada Raya Puasa yang lalu, selepas aku lukis, ada anak buah aku, Bihah nak warnakan. La, tak cakap awal-awal. Kalau tak, boleh la aku lukis besar-besar dan aku tak buat ton dah. Sebelum ni tak de anak buahku yang lain, yang nak warnakan hasil lukisan sketch aku tu. Rasa terharu, beb. Rasa dihargai sangat. =)
Masa dia mewarna, dia tak bagi sesiapa pun warna mahupun pegang lukisan tu. Adikku, Cik Ah ajar dia warna. Tetiba Bihah nangis. "Mak Cik conteng," Haha~ rasa sangat lucu. Dengan aku, boleh plak ok, siap aku pegang dan warnakan lagi. Pelukis la katakan. Cik Ah memang envy kat aku la.
Teringat kepada adikku, Bibah. Dia pun suka aku lukis. Siap simpan lagi potret Siti Nurhaliza yang aku lukis tu. Baru-baru ni suruh aku lukis orang pakai baju itu, baju ini. Ye la, dia ni ambik fesyen tapi melukis tak pandai. Yang tak tahan tu, suruh aku lukis cantik-cantik macam orang yang cantik dan segak seperti yang ditunjukkan dalam majalah. Dah model, memang cantik la.
Cik Ah ni duk kata aku lukis tak lawa (jeles la tu sebab dia tak diberi kepercayaan oleh kakaknya, Bihah untuk melukis).
Aku tak kisah la. Kot-kot la dia dah pandai melukis berkat belajar lukisan kat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Sekali dua tak pe lagi. Tapi dah banyak kali dia duk kata macam tu, aku pun suruh dia lukis balik dan mesti lebih cantik dari lukisan aku.
Sekali dia lukis nyah, lagi teruk dari lukisan aku. Jangankan kata nak jadi rupa orang, apatah lagi nak cantik, lagi hodoh ada la. Aku gelak kaw-kaw punya. Dia malu dan terus padam. Haha~
Lain kali, kalau tak pandai, mengaku jer. Jangan nak kutuk-kutuk orang sebelum tahu kebolehan diri sendiri. Belajar dari mereka yang pakar. Guna Ujang jer pun boleh.
Aku memang minat lukisan. Kalau beli majalah komik Ujang layan jer lawaknya. Tapi tak tahan, rasa nak jugak lukis macam kartunis-kartunis pada masa tu jugak terutama yang ada buat lukisan yang ada ton dengan menggunakan pensel. Hehe~ Bila passion tu datang, ia tak menyempat.
Aku akan melukis bila rasa kekosongan dan nak release tension. Lukisan ni hobi yang baik. Majulah lukisan untuk negara.
Sampai jumpa lagi. Jaga diri.
Disclaimer: Ala, rugi la buat entry tentang lukisan tetapi tak boleh korang nak tengok. Aku nak tunjuk kat korang hasil lukisan aku tapi tak de gajet kamera la plak plus blog aku ni masih tak boleh nak up load pic. Kenapa ntah. Sabar lah.

Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.