Secawan teh panas Anda peminat teh dan kerap minum teh? Percayakah anda jika ada yang berpendapat teh lebih bahaya menanti berbanding kuali Telfon? Ada dakwaan secawan teh menghasilkan 11.6 billion zarah mikroplastik masuk terus ke dalam badan. Ramai yang tanya: "Kalau peralatan masak bahaya, macam mana pulak dengan tea bag yang kita minum setiap hari?" Jawapannya lebih menakutkan. Kajian dari McGill University, Kanada, mendapati satu tea bag plastik biasa boleh melepaskan sehingga 11.6 billion zarah mikroplastik dan 3.1 billion zarah nanoplastik ke dalam secawan air panas. 11.6 billion. Bukan million. BILLION. Itu bermakna setiap kali anda rendam tea bag dalam air panas, anda sebenarnya sedang minum 'sup plastik' yang dipenuhi dengan berbillion zarah plastik yang tak nampak mata. Kenapa tea bag jadi lebih bahaya daripada kuali nonstick? Para penyelidik menjelaskan bahawa air panas tu macam pencetus kepada tea bag plastik. Bila suhu tinggi, struktur molekul plastik ja...