Langkau ke kandungan utama

Catatan

BUKTI VAKSIN BUKAN PENYEBAB AUTISMA / AUTISME

Bukti vaksin bukan penyebab autisma atau autisme. Jika ada mana-mana pihak termasuk golongan antivaksin mendakwa vaksin punca penyakit autisma, anda boleh  copy & paste  bukti-bukti kajian di bawah untuk menyangkal atau menjawab tuduhan mereka. Semuanya kajian ke atas manusia dan bukan kajian makmal ke atas tikus atau mana-mana haiwan. 9 Bukti Vaksin Bukan Penyebab Autisma Berikut adalah 9 dari banyak lagi kajian-kajian yang besar membuktikan TIDAK ada kaitan antara vaksin dan penyakit autisma: 1.  Genetik Autism adalah masalah ketidakupayaan neurodevelopmental yang mempunyai kaitan yang kuat dengan komponen genetik. Pakar sudah mengesahkan bahawa  autism bermula sejak di dalam kandungan lagi dan gejala sudah dapat dikesan sebelum usia 12 bulan  di mana anak-anak ini belum lagi terdedah kepada vaksin MMR. (1) 2.  Tiada Beza / Tiada Perkaitan Dengan Vaksin MMR Penyelidik menjalankan kajian melihat kaitan antara suntikan vaksin MMR dan aut...

Gula Itu Racun?

Gula itu racun? Salah satu mitos yang selalu disebarkan di dalam medsos dan tiktok adalah gula itu racun. Gula bukan racun tetapi gula adalah salah satu bentuk karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh manusia sebagai sumber tenaga. Gula yang diambil dalam kuantiti yang betul adalah sebahagian dari diet yang seimbang. Apa2 pun jangan berlebihan.  Gula yang diambil secara berlebihan dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti, penyakit diabetes, penyakit jantung, kerosakan gigi dan hati berlemak (terutama gula dalam bentuk fruktosa). Jadi mengambil gula dalam kuantiti yang betul adalah baik untuk kesihatan. Ingat, mengambil air kosong yang berlebihan pun boleh memudaratkan. Diet zero sugar adalah tidak relevan melainkan anda hanya ambil air kosong saja yang tentu tidak menyihatkan. Hatta jika anda hanya ambil air kosong sahaja, dalam masa 2-4 hari pertama, badan anda boleh hasilkan gula dari pemecahan glycogen dalam hati dan kandungan gula darah masih dapat dipertahankan. Kemudian ...

Kes Yang Mesti Datang Ke Kecemasan Hospital

Kes yang mesti datang ke kecemasan hospital. Ramai bercerita tentang pesakit yang suka abuse jabatan kecemasan. Tetapi saya nak bercerita tentang mereka yang takut² nak datang kecemasan. "Eh boleh ke kes macam ni datang ED?" "Tak kena marah ke datang?" "Eh tak payah lah, ok lagi ni" Biasa 'kan jumpa? Puas dipujuk rayu ahli keluarga, barulah datang. Itu pun biasanya dah hampir putus nyawa. Ramai sebenarnya macam ni. Maka, kes yang bagaimanakah MESTI datang kecemasan? 1. Hilang Kesedaran Tiba² collapsed . Periksa nadi, jika tiada, panggil bantuan dan mulakan CPR. Jika pengsan, tetapi nadi masih dapat dirasa dan upaya bernafas sendiri. Bawa ke kecemasan. Kita bimbang boleh bersebabkan masalah jantung. Jika ternyata bukan, insyaAllah boleh pulang. Sawan Kali pertama berlaku, bawa terus. Jika memang ada sejarah penyakit sawan, jika berlaku kerap dari kebiasaan meskipun ubat dimakan ikut masa, bawalah ke kecemasan. 2. Sukar bernafas Nafas sempit, susah. Jik...

Open Tracker