Langkau ke kandungan utama

BUKTI VAKSIN BUKAN PENYEBAB AUTISMA / AUTISME



Bukti vaksin bukan penyebab autisma atau autisme. Jika ada mana-mana pihak termasuk golongan antivaksin mendakwa vaksin punca penyakit autisma, anda boleh copy & paste bukti-bukti kajian di bawah untuk menyangkal atau menjawab tuduhan mereka.

Semuanya kajian ke atas manusia dan bukan kajian makmal ke atas tikus atau mana-mana haiwan.

9 Bukti Vaksin Bukan Penyebab Autisma

Berikut adalah 9 dari banyak lagi kajian-kajian yang besar membuktikan TIDAK ada kaitan antara vaksin dan penyakit autisma:


1. Genetik

Autism adalah masalah ketidakupayaan neurodevelopmental yang mempunyai kaitan yang kuat dengan komponen genetik. Pakar sudah mengesahkan bahawa autism bermula sejak di dalam kandungan lagi dan gejala sudah dapat dikesan sebelum usia 12 bulan di mana anak-anak ini belum lagi terdedah kepada vaksin MMR. (1)

2. Tiada Beza / Tiada Perkaitan Dengan Vaksin MMR

Penyelidik menjalankan kajian melihat kaitan antara suntikan vaksin MMR dan autisma melibatkan 650,000 kanak-kanak yang lahir dari tahun 1999 hingga 2010. Sejumlah 6,500 kanak-kanak dikesan mengalami autisma. 

Dalam kalangan kanak-kanak ini, ada yang ambil vaksin dan ada yang tidak ambil vaksin. Hasil kajian ini menunjukkan risiko mengalami autisma tidak ada bezanya samada mengambil vaksin ataupun tidak. 

Jadi penyelidik membuat kesimpulan TIDAK ada kaitan antara vaksin dan autisma (2)

3. Golongan Berisiko Tinggi Pun Tiada Kaitan

Penyelidik mengkaji 100,000 kanak-kanak yang mempunyai abang atau kakak mengidap autisma. Jadi semua kanak-kanak yg dikaji ini mempunyai risiko menghidap autisma kerana saudara tua mereka menghidap autisma. Ada di antara mereka mengambil vaksin dan ada yang tidak mengambil vaksin.

Keputusan kajian ini mendapati tidak ada peningkatan risiko autisma dalam kalangan kanak-kanak yang mengambil vaksin walaupun mereka tergolong dalam golongan berisiko. Dengan perkataan lain, vaksin tidak meningkatkan risiko autisma walaupun ke atas kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga autisma. (3)

4. Kajian Meta-Analisis

Satu kajian meta-analisis melibatkan lebih 1.2 juta kanak-kanak mendapati risiko autisma ke atas kanak-kanak yang menerima vaksin serta komponen-komponen vaksin termasuk thimerosal sama sahaja dengan kanak-kanak yang tidak nenerima vaksin. Sekali lagi penyelidik mendapati TIDAK ada kaitan antara vaksin dan autisma.(4)

5. Kajian ke atas Kanak-kanak Jepun

Kajian ke atas kanak-kanak Jepun di antara tahun 1989 hingga 1993 mendapati risiko autisma ke atas kanak-kanak yang mengambil vaksin sama sahaja dengan kanak-kanak yang tidak mengambil vaksin MMR. TIDAK ada kaitan antara vaksin dan autisma. (5)

6. Jepun Memberi Vaksin MMR

Jepun memberi vaksin MMR kepada kanak-kanak mereka sekitar tahun 1989 hingga 1993. Selepas tahun 1993, mereka berhenti untuk beberapa tahun disebabkan oleh berita palsu tentang vaksin dan autisma. Berlaku penurunan mendadak pengambilan vaksin MMR dari tahun 1989 hingga 1993 di mana pada tahun 1992 hanya 10% yang mengambil vaksin. 

Penyelidik melihat trend kadar penyakit autisma menaik susulan dari penurunan kadar vaksinasi. Sepatutnya jika vaksin punca autisma, dengan pengurangan vaksinasi tentu bilangan kes autisma menurun. Sebaliknya penyelidik mendapati kadar penyakit autisma meningkat walaupun kadar vaksinasi menurun.

Ini menguatkan bukti bahawa autisma tidak ada kena mengena dengan vaksin (6)

7. Analisa database UK

Pengkaji melakukan analisa ke atas database terbesar UK yang mengumpulkan kes-kes autisma selama 28 tahun untuk melihat samada terdapat kaitan dengan vaksin. Mereka membandingkan risiko autisma dengan kumpulan individu yang mempunyai usia yang sama tetapi tidak menerima vaksin.

Hasil analisis ini menunjukkan tidak ada kaitan antara vaksin dan autisma. (7)

8. Kajian di Denmark

Penyelidik mengkaji lebih dari 500,000 kanak-kanak yang lahir di Denmark pada tahun 1991 hingga 1998 untuk melihat kaitan antara vaksin dan autisma. Hasil kajian ini menunjukkan TIDAK ada kaitan antara vaksin dan autisma.( 8 )

9. Selepas Vaksin MMR Diperkenalkan

Penyelidik mengkaji kadar penyakit autisma selepas vaksin MMR diperkenalkan pada tahun 1988 dengan sebelum 1988. Mereka dapati kadar penyakit autisma tidak meningkat selepas vaksin MMR mula diberikan pada tahun 1988 hingga 1998 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini menguatkan bukti bahawa tidak ada kaitan antara vaksin MMR dengan autisma (9)

Kajian-kajian di atas jelas menunjukkan tidak ada kaitan antara vaksin dan autisma. Maksudnya golongan-golongan yang tidak mengambil vaksin pun mempunyai kadar penyakit autisma yang sama dengan yang mengambil vaksin. Tidak ada kaitan langsung dengan profesion ibu bapa samada doktor, guru, kerani, askar, peniaga atau apa sahaja kerjaya.

 

Peningkatan bilangan kes Autisme yang dilaporkan pada masa ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya adalah (10):

a.     Kesedaran

Kesedaran ibubapa dan masyarakat yang semakin tinggi tentang penyakit ini sehingga pengesanannya semakin mudah dan lebih ramai pesakit2 autisma ini diberikan perhatian.

b.     Pengakuan

Semakin ramai ibubapa yang tidak segan untuk mengaku dan mendedahkan masalah autisma anak-anak mereka kepada masyarakat. Ada yang menjadikan pengalaman menjaga anak-anak mereka sebagai panduan kepada ibubapa yang lain di dalam medsos.

c.      Pengetahuan

Pengetahuan tentang penyakit autisma ini semakin mendalam dan klasifikasi penyakit ini pula lebih luas dari dahulu sehingga lebih ramai anak-anak tergolong dalam spektrum penyakit autisma.

d.     Bayi Lahir Pramatang

Ahli Sains berpendapat peningkatan kes Autisma juga mungkin disumbang oleh peningkatan kes bayi lahir pramatang dan tidak cukup berat badan ("low birth weight"). Manakala faktor-faktor lain adalah amalan pemakanan yang tidak sihat, toksin di dalam pencemaran udara dan juga stres yang dialami oleh ibu hamil. Punca2 ini memerlukan kajian lanjut dan pengesahan.

Nota tambahan: Vaksin MMR menjadi tumpuan kerana inilah vaksin yang menjadi titik tolak tuduhan oleh Andrew Wakefield yang mengaitkan vaksin dengan autism. Kertas dakwaan beliau yang disiarkan di dalam Jurnal The Lancet pada tahun 1998 telah ditarik balik dan disahkan satu pembohongan. Lesen amalan beliau juga ditarik balik oleh UK Medical Registrar. Malangnya penipuan yang beliau lakukan terus mempengaruhi orang ramai hingga ke hari ini.

Kredit: DDr Rushdan Noor

25hb Disember 2024

@highlight

 

RUJUKAN

1. DeStefano, R.TT Shimabukuro, The MMR vaccine and autism, Ann Rev Virol (2019) 6: 1.1-1.16.

2. Hviid A, Hansen JV, Frisch M, Melbye M. Measles, mumps, rubella vaccination and autism. Ann Int Med 2019; epub ahead of print.

3. Jain A, Marshall J, Buikema A, et al. Autism occurrence by MMR vaccine status among US children with older siblings with and without autism. JAMA 2015;313(15):1534-1540.

4. Taylor LE, Swerdfeger AL, Eslick GD. Vaccines are not associated with autism: an evidence-based meta-analysis of case-control and cohort studies. Vaccine 2014;32:3623-3629.

5.Uchiyama T, Kurosawa M, Inaba Y. MMR-vaccine and regression in autism spectrum disorders: negative results presented from Japan. J Autism Dev Disord 2007;37:210-217.

6. Honda H, Shimizu Y, Rutter M. No effect of MMR withdrawal on the incidence of autism: a total population study. J Child Psychol Psychiatry 2005;46(6):572-579.

7. Smeeth L, Cook C, Fombonne E, et al. MMR vaccination and pervasive developmental disorders: a case-control study. Lancet 2004;364:963-969.

8. Madsen KM, Hviid A, Vestergaard M, et al. A population-based study of measles, mumps, and rubella vaccination and autism. N Engl J Med 2002;347(19):1477-1482.

9. Taylor B, Miller E, Farrington CP, et al. Autism and measles, mumps, and rubella vaccine: no epidemiological evidence for a causal association. Lancet 1999;353:2026-2029.

10. https//w.healthline.com/health-news/autism-rates-in-children-reach-new-highs-experts-explain-why#Other-factors-that-increase-the-chance-of-autism.Why autism is more common today.

 

Jadi, sebagai ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab, ambillah suntikan vaksin untuk anak-anak. Semoga penyakit berjangkit yang boleh dikawal melalui vaksin dapat dielakkan.

P/s: Best juga cerita Korea bertajuk Extraordinary Attorney Woo pasal peguam yang mengalami austime sedari kecil.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker