Langkau ke kandungan utama

Gula Itu Racun?


Gula itu racun?

Salah satu mitos yang selalu disebarkan di dalam medsos dan tiktok adalah gula itu racun. Gula bukan racun tetapi gula adalah salah satu bentuk karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh manusia sebagai sumber tenaga.

Gula yang diambil dalam kuantiti yang betul adalah sebahagian dari diet yang seimbang.

Apa2 pun jangan berlebihan. 

Gula yang diambil secara berlebihan dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti, penyakit diabetes, penyakit jantung, kerosakan gigi dan hati berlemak (terutama gula dalam bentuk fruktosa).

Jadi mengambil gula dalam kuantiti yang betul adalah baik untuk kesihatan. Ingat, mengambil air kosong yang berlebihan pun boleh memudaratkan.

Diet zero sugar adalah tidak relevan melainkan anda hanya ambil air kosong saja yang tentu tidak menyihatkan. Hatta jika anda hanya ambil air kosong sahaja, dalam masa 2-4 hari pertama, badan anda boleh hasilkan gula dari pemecahan glycogen dalam hati dan kandungan gula darah masih dapat dipertahankan.

Kemudian protein dan lemak di dalam badan anda pula akan digunakan sebagai sumber tenaga yang juga boleh ditukarkan kepada gula (glukoneogenesis). Jadi, jika anda tak ambil gula dari luar, badan anda sendiri boleh hasilkan gula.

Mengambil gula terutama dalam bentuk karbohidrat yang terlalu rendah juga tidak baik, lebih2 lagi dalam jangkamasa yang panjang. Anda kehilangan tenaga, gula darah menurun, fungsi otak anda terganggu, otot2 anda mengecil kerana protein dipecahkan, keton dalam darah meningkat (ketosis) dan kekurangan mikronutrient.

Risiko ini lebih tinggi ke atas orang2 tertentu seperti pesakit diabetes, ahli sukan dan wanita hamil.

Jangan menakut-nakutkan orang ramai kepada gula. Gula tidak bersalah. Tabiat pemakanan dan gaya hidup anda yang perlu dipertanggungjawabkan.

Nukilan : DDrRN
30hb Disember 2024
@highlight

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker