Tetapi saya nak bercerita tentang mereka yang takut² nak datang kecemasan.
"Eh boleh ke kes macam ni datang ED?"
"Tak kena marah ke datang?"
"Eh tak payah lah, ok lagi ni"
Biasa 'kan jumpa?
Puas dipujuk rayu ahli keluarga, barulah datang. Itu pun biasanya dah hampir putus nyawa.
Ramai sebenarnya macam ni.
Maka, kes yang bagaimanakah MESTI datang kecemasan?
1. Hilang Kesedaran
Tiba² collapsed. Periksa nadi, jika tiada, panggil bantuan dan mulakan CPR.
Jika pengsan, tetapi nadi masih dapat dirasa dan upaya bernafas sendiri. Bawa ke kecemasan. Kita bimbang boleh bersebabkan masalah jantung. Jika ternyata bukan, insyaAllah boleh pulang.
Sawan
Kali pertama berlaku, bawa terus. Jika memang ada sejarah penyakit sawan, jika berlaku kerap dari kebiasaan meskipun ubat dimakan ikut masa, bawalah ke kecemasan.
2. Sukar bernafas
Nafas sempit, susah. Jika memang ada sejarah penyakit asma / COPD. Ambil reliever yang dibekalkan. Biasanya pump (MDI) salbutamol yang berwarna biru (atau putih). Untuk dewasa ambillah 4-10 puff (sela 30 saat antara puff), jika masih semput nafasnya, terus bergegas ke hospital.
Bagi yang tiada sejarah penyakit asma / COPD, tetapi nafasnya nampak susah, laju (melebihi 20 pernafasan seminit), bawa segera ke kecemasan.
3. Sakit dada
Jika memang diketahui mempunyai masalah sumbatan di saluran darah jantung, boleh diambil ubat bawah lidah (sublingual GTN) sementara dalam perjalanan ke hospital. Jika tekanan darah bacaannya rendah (bacaan atas <90mmHg), jangan ambil. Bersegera ke hospital.
Bagi yang tidak pernah ada (atau tahu) masalah jantung, jika sakit dadanya menekan, berat, berpanjangan lama (>30minit). Seringkali berkait dengan sakit (atau kebas) ke bawah rahang / tangan kiri. Kadang kala berpeluh dingin, berdebar² dan datang bersama susah nafas. Cari bantuan untuk bawa ke kecemasan. Tiada sesiapa? Call 999.
4. Hilang Keupayaan Mengejut
Tiba² herot muka sebelah. Tiba² sebelah badan lemah. Tiba² percakapan jadi tak lancar. Tiba² berubah sikap. Tiba² hilang keseimbangan badan.
Dibimbangi strok. Boleh jadi sumbatan saluran darah, boleh juga jadi pecah saluran darah. Lagi lambat terima rawatan, lagi banyaklah sel otak mati tak kembali.
Jangan dilengah dengan diurut², dicucuk² jari. Bawa segera. Di kebanyakan hospital, ambil 4.5 jam dari mula-jadi (onset) sebagai golden window. Kita boleh buat sesuatu untuk menyelamatkan. Segera.
5. Kecederaan trauma yang serius
Luka tusukan benda tajam, terutama di bahagian dada, perut, kepala, leher serta alat sulit. Mari ke sini. Jangan ke klinik.
Jatuh dari ketinggian >6 meter (atau > 2x ketinggian kanak² tersebut), bawa ke mari.
Luka melecur di muka/leher/dada/alat sulit. Atau meliputi kawasan yang besar dan banyak, marilah mari.
Luka koyakan dalam, apatah lagi yang disyaki tulang patah bersama. Tak usah ke klinik. Mari mari mari (ke kecemasan hospital)
...
Bila memang PERLU ke hospital. Datang SEGERA.
Oleh: Dr Ilman Razak
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.