Assalamualaikum.
Apa khabar?
Aku, alhamdu lillah, demam dah beransur sembuh, ada sikit-sikit je lagi simtom-simtom demam selesema tu. Aku pun hairan juga kenapa teruk sekali demam selesema yang aku alami.
Lepas je bangun tidur (tidur siang sebab tak larat sangat), terus tak ada tenaga. Adakah kerana semua tenaga dan lemak digunakan untuk melawan virus? Kalau ya, alhamdu lillah lah, sebab sel darah putih aku masih berfungsi. Hehe~
Sebab ini juga la aku tak ikut kakak aku balik ke kampung. Kena tinggal sorang-sorang kat rumah tatkala demam. Kejam, kan? Hehe~ Sebenarnya, aku yang tak nak ikut. Teruk dan lemah sangat badan aku. Kalau ikut pun, melemahkan lagi je, sebab letih jalan jauh. Lagipun balik sehari je. Apa lah sangat, kan. Buat letih jer.
Menjelang maghrib, demam selesema dah beransur sembuh. Suara pun dah ceria. Alhamdu lillah.
Tapi, ada pula orang tu ajak aku keluar dan merajuk pula bila aku menolak. Dia tak tahu yang aku demam teruk gila masa dua hari yang dia sibuk kerja. Kalau dia dengar suara aku, mesti dia tahu. Lemah gila. Muka, memang pucat habis la, mata ngantok je, fikiran rasa macam lalok. Kadang-kala rasa lucu juga sebab aku ingat macam ni rupanya orang yang lalok dadah tu. Hahaha, dalam demam-demam, masih lagi fikir bukan-bukan. Hehe~
Aku kan baru je sembuh dari demam. Nak aku demam lagi ke? Dah la cuaca sekarang ni tak menentu, panas dan hujan je. Kang aku demam lagi, sape nak susah?
Baru je aku nak post status kat fb, aku dapat mesej dari dia. Terharu pula rasa. Mengalir air mata. Haha~
Mesej tu tulis apa? Ada la, sesuatu yang menyentuh hatiku.
Er, apa yang aku duk merepek ni? Adei.. Aku nak cerita pasal aku dah sembuh demam dan terima kasih di atas doa kalian.
Aku suka sangat bila baca ayat ni:
Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat :
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut.
Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.
Jadi, jangan merungut masa sakit tau..

Alhamdulillah kalau dah beransur baik...
BalasPadamAllah tak pernah kejam dengan hambanya...kita sendiri yang berbuat kejam pada diri
alhamdulilah...cepat2 sehat k...=D
BalasPadam