Langkau ke kandungan utama

Sekali Lagi? Redha Je



Assalamualaikum.

Ini adalah entri crap. Minta maaf, mood ke laut. Mood orang baru putus cinta. Haha~

Orang kata bercinta tak semestinya bersatu. Aku dah alah rasanya dengan perpisahan.

Aku tak marahkan sesiapa. Kalau tiada jodoh, tidak akan bersatu, kan?
Bila tengok orang lain, senang sahaja dapat jodoh. Berkawan dan berkahwin, jalani kehidupan bahagia bersama anak-anak.

Allah tak kan uji seseorang kalau tidak dapat dilaluinya. Itu ayat penyedap hati.

Hari ini aku lalui perpisahan lagi tapi aku masih boleh rileks sahaja. Boleh gelak-gelak, boleh gurau-gurau. Kecewa dan sedih? Bohonglah kalau aku tak rasa tapi jap je. Aku kan jenis happy dan optimis. Dah orang tak nak, lupakan sahaja. Tak perlu nak seksa-seksa diri. Cari je orang lain. Masih ramai lagi yang ada =)

P/s: Minta maaf kalau aku tak balas komen korang. Mood kurang. Lain hari aku lawat korang.
Tolong jugak jangan nak kata aku muda lagi. Pls..

P/s/s: Siapa yang kerja Nuffnang yang jawab-jawab soalan ni? Dulu ok je, sekarang ni aku tanya lain, dia jawab lain. Sebab tu ada entri ni, menerangkan pada staf tu.

Mood bengang.

Ulasan

  1. sabor je la..


    nuff? malas nk ambik pot..
    dh xminat nk ber =pnuff2..
    wawawa =p

    BalasPadam
  2. okay,bangkitkan diri untuk hidup single! onie dah setahun single,serius best! hehe

    BalasPadam
  3. Peyan: tgh bersabar la ni =)

    nuff, entah la.. pelik2 jer. tanya lain, jawab lain. dulu tanya dalam BI, ok jer jawab ni. ni tanya dalam BM, tak faham pula. Adei~

    BalasPadam
  4. Peyan: tgh bersabar la ni =)

    nuff, entah la.. pelik2 jer. tanya lain, jawab lain. dulu tanya dalam BI, ok jer jawab ni. ni tanya dalam BM, tak faham pula. Adei~

    BalasPadam
  5. alolo.. sabar ye dear.. ALLAH saves the best man for you!! :)

    BalasPadam
  6. onie: ya, pernah juga merasa free from couple.. memang best gila =)

    BalasPadam
  7. siswi: tengah menanti Mr Right ni.. mana la dia pergi ni. haha~

    BalasPadam
  8. sha..give me 5.. apa yg sha rasa sama dengan apa yg bell rasa..buat apa nak bersedih,meraung bagai bila putus..kita patut bersyukur sbb Allah nak berikan kita yg lebih baik :)

    BalasPadam
  9. sbr2 ye..

    besa la dunia.. heee

    nk sy tlg carikan ke.. :D

    BalasPadam
  10. moon sendiri pon..ngah putus cinta gak.. hmm sendiri yg nak camtu..

    redha je laa.. dari sama2 terseksa kan.. baik lepaskan ajer.. biar masing2 bleh bernafas..

    yg penting..jgn sedih lama2..

    Allah xsuka hambaNya bersedih..

    BalasPadam
  11. sabar2... =) Allah sengaja menemukan kita dengan yg salah dahulu untuk kite belajar erti cinta dr dorang barulah Allah menemukan kita dengan yg betul

    BalasPadam
  12. sabo banyak2 la yer

    nuff skrg plak xbest

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker