Langkau ke kandungan utama

Bunga Sakura Di Alor Setar, Kuala Kedah dan Yan, Kedah


Ramai sudah bercakap tentang kecantikan dan keindahan yang terdapat di negeri Kedah.  Dengan sawah padi yang luas terbentang dan gunungnya yang cantik, tidak dapat disangkal lagi kecantikan dan keindahannya. Kini, heboh orang memperkatakan kecantikan permandangan bunga sakura (Nama Inggeris Tabebuia Penthaphyl. Nama MelayuTecoma) di Kedah.

Ada juga yang mendakwa pokok Sakura Malaysia dan  nama saintifiknya Tabebuia Rosea. Ada juga yang mengatakan Pokok Bongor. Tapi pokok bongor jenis apa, sebab aku kenal pokok bongor. Ada yang mendakwa ini adalah 
Pokok Semarak
Antara kawasan yang ditanam pokok sakura ialah sekitar Alor Setar seperti Langgar, Hutan Kampung, Taman Kota,Tesco Mergong, Kuala Kedah, Yan, Tanjung Dawai, Jitra dan lain-lain lagi.

Ramai yang mengatakan bak berada di Korea. Fefeling Korea gitu! Mari kita tengok gambar yang aku ambil sekitar Yan dan Kuala Kedah.

Indah, berlatar belakangkan Gunung Jerai dan sawah padi






Sakura di tepi sawah nan permai



Musim bunga dan luruh sekaligus. Sungguh cantik. Macam kat Korea!






Lebat berbunga menarik perhatian ramai

Cantik, bukan? Ternyata tempat kita juga indah dan cantik. Kalau kat Jerman pada musim sejuk mana ada orang berjalan-jalan bersiar-siar, kita kat sini boleh teruskan aktiviti kehidupan macam biasa walau panas dan sejuk. Beruntung Malaysia.

Kualiti gambar adalah biasa kerana hanya menggunakan kamera handphone sahaja. Tapi sudah nampak cantik, kalau guna DSLR lagilah cantik, kan? Tak kisahlah yang penting ilmu ambil gambar lebih penting dari gajet =) Untuk gambar lebih banyak, sila masuk ke album fb aku: Bunga Sakura

Selamat melancong dalam Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ulasan

  1. cantik bila tengok....ape nama pokok ni sbnrnye eh...igtkan pokok bunga kertas....tp len lak..

    Jemput datang ke sini:
    http://mindakabur.blogspot.com/2014/04/penantian-satu-penyeksaan.html

    BalasPadam
  2. Cantik sangat... terasa nak balik kampung tgk bunga =)

    BalasPadam
  3. Jia Rizaira: memang cantik sangat. Rasa nak cabut dan tanam kat depan rumah sahaja. Hahaha, bajet ada ruang luas semesta alam, nak tanam depan rumah.

    BalasPadam
  4. Zuriyah Ayob: Awesome. Cantik sangat ciptaan Tuhan.

    Silalah balik ke kampung halaman ya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Open Tracker