Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pesanan

Doa Iftihah dalam Rumi

Bacaan di dalam bahasa rumi:- Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila.  Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha, hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin.  Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin. Maksudnya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam). Perhatian: 1. Ayat: 'hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin . Inna solati wanusuk

Kita Akan Jadi Kufur Nikmat Bila Dapat Sesuatu

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT. Begitulah kebanyakan manusia apabila sudah diberi nikmat. Dia lupa dengan siapa yang sudah memberikan nikmat tersebut (mengkufuri nikmat tersebut). Jadi, tak perlulah kita mempunyai nikmat tertentu kalau kita jauh dari ALLAH, kan?

Mari Banyakkan Istighfar

“Barangsiapa memperbanyak istighfar, Allah akan menjadikannya dari setiap kesusahan ada jalan keluar, dan dari setiap kesempitan ada penyelesaian, serta menganugerahinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”(HR. Ahmad dan Ibnu Majah). "Perbanyaklah memohon ampunan kepada Allah, agar anda mendapatkan kelapangan dan ketenangan hati, rizki yang halal, keturunan yang soleh dan pertolongan yang berlimpah disisi-Nya." Nasihat Ulama : "Ketika di tempat-tempat mustajab, janganlah kamu berdoa meminta agar dimudahkan rezekimu atau dipanjangkan umurmu, tapi mintalah agar dosa-dosamu diampuni". (dengan bersihnya dari dosa-dosa maka segala urusan akan dimudahkanNya, termasuk rezeki, jodoh, pekerjaan, ilmu dan lain sebagainya.) FirmanNya, "Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya." (Surat At-Thalaq.) Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu ter

Jahatnya, Jual Tanah Orang Dengan Pindahmilik

Jangan kerana duit, kita kelabu mata Aku nak cerita satu kisah benar. Pasal ‘kebodohan’ segelintir orang kampungku yang menanggap diri mereka pandai tetapi meletakkan diri sendiri ke jurang neraka. Begini ceritanya.. Al kisah, Ali diberikan tanah untuk diusahakan (tanah bendang) oleh tuan tanah lantaran landlord (tuan tanah) berada di luar kawasan. Ali mengusahakan tanah tersebut bersungguh-sungguh. Hasilnya lumayan. Diberikan bayaran kepada tuan tanah mengikut kepada kadar yang dipersetujui. Tiap tahun, Ali tidak pernah lupa untuk membayar ‘cukai’ kepada tuan tanah. Ali gembira kerana boleh mengusahakan tanah tersebut dan memberi kesenangan kepada hidupnya sekeluarga. Selang beberapa tahun mengusahakan tanah tersebut, dia rasa kepenatan. Kalaulah tanah ini tanah aku, aku jualkan saja.. Kalaulah tanah ini, orang lain yang usahakan dan aku yang memperolehi hasilnya. Kalaulah, kalaulah.. Rancangan jahat Niat Ali ini disampaikan kepada rakan baiknya, Rahman disambut hang

Dah Berpunya Tapi Masih Mahukan Orang Lain

Setiap insan mahukan perkahwinan yang bahagia hingga akhir hayat Kisah ini berlaku kepada temanku. Aku namakan dia sebagai Ain (bukan nama sebenar), berumur 23 tahun. Orangnya cantik dan berkulit cerah. Dia telah mempunyai tunang. Tetapi tunangnya mengabaikannya lantaran jarak yang memisahkan. Zaman kecanggihan teknologi sekarang, sudah memudahkan kita berhubung. Tetapi tunangnya seperti tidak mahu berhubung. Ain kesunyian. Dalam masa yang sama, seorang kenalannya bernama Wan (juga bukan nama sebenar) mengakui menyukai Ain setelah dimiliki orang. Hati perempuan bagai kerak nasi . Wan memujuk Ain untuk menerimanya. Tetapi dalam pada masa yang sama dia juga sudah bertunang. Sekarang ini, Ain dan Wan mempunyai skandal. Tiap-tiap hari keluar dating . Tunangnya Wan mengetahui hal ini. Tetapi Wan marah tunangnya. Katanya, jangan kata apa-apa (tentang skandalnya) kerana dia berhak untuk berkahwin empat. Atau dia tinggalkan saja tunangnya! Sekarang ini, si Ain pun Wan mahu, si tunangnya pu

Tips Jaga Kesihatan Di Kala Suhu Sejuk 'Aneh' Melanda Malaysia

Kenyataan dari Jabatan Meteorologi Malaysia Sekarang ini, di mana-mana sahaja, orang sibuk memperkatakan tentang suhu sejuk aneh. Suhu sejuk sekarang yang melanda Malaysia dan dihebohkan dengan salji yang turun di Indonesia dan Filifina. Tetapi, sayangnya harapan dan dambaan jutaan rakyat Malaysia untuk bermain salji di tanah air sendiri ternyata hampa kerana sumber mengesahkan tiada fenomena salji turun di negara jiran kita. Huhuhu. Maka, pakat simpan balik baju sejuk bulu-bulu dan sarung tangan kait bulu kambing, dalam almari. Hehe~ Sebenarnya, Malaysia mengalami musim Kemarau bagi bulan Januari dan Februari. Tapi, cuaca sekarang ni siang panas terik, langit cerah tapi angin sejuk. Malam, mulai maghrib sejuk sampai ke pagi. Angin yang sejuk ni datang dari hembusan bayu kuat Tanah Besar China yang mengalami Musim Sejuk (Salji) sekarang. Tips Cuaca Sejuk Ada orang kata suhu yang dialami sekarang macam iklim Mediterranean. Jadi, bibir kita akan cepat menggelupas dan pec

Hiduplah dengan Berani Walaupun Ada Sejuta Masalah

Harapan itu tetap ada. Harapan tak pernah padam. Bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan? Hidup mana yang tak pernah ada masalah? Hiduplah dengan berani. Hidup kita kadang-kadang bertemu dengan orang jahat, orang yang suka ambil kesempatan, orang yang suka canang kisah buruk kita, orang yang dengki dengan kita, orang yang cemburu dengan kita, orang yang tak pernah suka dengan kita.. Jangan sesekali menyesal kerana menyesal pada takdir-NYA itu boleh melemahkan iman dan dalam masa yang sama menyakitkan hati kita sendiri. Bila hati sudah sakit, hidup kita sukar mengecapi bahagia. Ya, memang kadang-kadang terasa berat, kita jatuh terjelepuk. Tapi, kita tetap kena hadapi dan lalui juga liku-liku hidup dengan berani. Kita kena kuat. Kita kena berdiri di jalan yang betul.  Pertamanya, bangun. Kemudian, berdiri. Mulalah bertapak. Setapak. Setapak. Setapak. Ya, kita dah boleh berjalan! Hidup mesti optimis dan positif!

Tips Memilih Cermin Mata, Segak Berkaca Mata

Ketahui tip untuk memilih cermin mata yang sesuai untuk anda. PILIHLAH bentuk dan saiz bingkai yang sesuai dengan raut wajah anda. BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan cermin mata. Namun, apabila bercakap tentang cermin mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas. Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan cermin mata. Bagi mereka, memakai cermin mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana cermin mata sering dijadikan 'efek helah' untuk 'menghodohkan' wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem. Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa cermin mata sememangnya praktikal untuk d

Tips Penjagaan Mata Tanpa Naik Power Cermin Mata

Cermin mata yang membantu anda yang rabun melihat dengan lebih jelas. Al-kisahnya, pada 23 Disember 2013, aku pergi buat cermin  mata baru Dr: Mcmna jaga mata? Aku: Er, ntah. Sepanjang tiga tahun ni, lagi banyak guna lappy siang malam mengadap je (membangunkan blog selama setahun dan menonton Korean Drama). DR HAIRAN MACAM MANA AKU BOLEH JAGA MATA. Sebab si budak kaca mata, power akan naik jugak. Tapi mata aku maintain dengan power lama. Alhamdu lillah.. Tips aku pentingkan: -Tak buat kerja dalam lampu samar-samar. -Buat kerja dalam cahaya yang cukup. Tengok tv atau mengadap lappy pun, lampu kalimantang tetap kena buka. Ada kawanku p0wer mata dah naik sebab suka teng0k tv dalam gelap dan tengok tv deka-dekat. Rugi duit dia, bru saja terbang beratus-ratus batua spek. Ni power naik lagi.. Kena buat spek lagi. Haish! -Tidur dengan lampu tertutup. Kalau lampu terbuka boleh menambah power cermin mata anda. -Penggambilan ulam-ulaman dan sayur-sayuran. Buah-buahan aku am

Salah Etika Berpakaian, Malunya Aku

Restaurant Street Food Festival ni adalah bawah projek bekas bos aku. Malam bebaru ni aku ada dapat jemputan dari bos lama. Makan-makan. Majlis dia. Dia yang anjurkan. Macam ni, dia adalah pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dia buat program. Program dia pula makan-makan. Street hawker. Lebih kurang macam jamuan raya yang besar-besaran tu dibuat. Setakat sekarang, sepanjang setahun aku menetap di Alor Setar, aku telah dua kali pergi ke jamuan raya besar-besaran. Satu, masa perasmian UTC Kedah oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Masa ni, aku pakai baju kurung. Lagi satu, Jamuan Raya Sada (Syarikat Air Darul Aman). Masa ni, aku pakai t-shirt dan seluar sahaja. Ye la, orang nak makan saja, lagipun ramai-ramai, panas dan rimas. Ni masa mula-mula sampai. Malu dan segan gila Bos aku dah pesan, pakai baju kurung. Tapi aku selamba badak saja pakai jeans dan seluar. Sekali kau, pergi sana, budak-budak sekolah tahfiz (siap berserban ata

Makanan Orang Perempuan Ibu Bersalin

Ibu sihat, bayi ceria Ibu bersalin memerlukan penjagaan rapi terutamanya dari segi makanan untuk mempercepatkan luka kembali sembuh. Bayangkan jari terluka kena pisau pun kita pantang juga makan, inikan pula bersalin seperti mengeluarkan daging dari dalam perut. Mestilah penjagaannya perlu rapi. Wanita bersalin perlu menjaga makan terutamanya makanan sejuk dan berangin. Makanan yang elok diambil pula adalah yang mempercepatkan luka seperti ikan haruan. Air pula kena minum air masak suam. Makanan yang harus dielakkan ibu bersalin: 1. Kicap - boleh kancing gigi (sawan) 2. Labu -angin 3. Petola -angin dan sakit badan 4. Buah Langsat, Dokong -sakit urat Mee dan Laksa Utara mesti dielakkan sampai setahun. Mungkin cara kita berbeza mengikut kaum famili masing-masing. Ada yang cakap ini boleh makan, ada yang cakap ini tak boleh makan. Terpulanglah. Ikutkan cakap orang tua-tua kerana mereka lebih tahu dari kita. Lagipun kita sama keturunan, sama darah.

Indahkan Hidup Kita

Hidup ini indah walaupun hutan Assalamualaikum. Entri kali ini tak mahu bercakap panjang-panjang. Cuma nak kongsi sedikit mengenai kata-kata ini, diambil dari facebookku sendiri dan ada dikongsi ke dalam 'page' facebookku. Hidup kita bukan semuanya indah. Kita sendiri yang memlilih utk indah atau tidak. Dalam apa-apa pun situasi, kita kena tabah harungi hidup. Ada hikmahnya. Chill sajalah. Agi Idup Agi Mengalaban!'

Marilah Mengundi, Tanggungjawab Kita di Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum.. Entri kali ini, aku nak cakap pasal politik sikit. Yeah, memang dah sampai tahap bosan muntah hijau (eh, muntah hijau tak boleh sebab takut bias ), ok guna muntah pelangi dah, kalau sebut bab politik ni. Serius! Aku yang berminat pasal politik ni pun rasa dah bosan tahap gaban, apatah lagi sesiapa yang tak minat tu, mesti dah muntah pelangi, kan? Hahaha~ Tapi (sila baca dengan bunyi dentuman guruh), kalau kita tak mengundi, kita akan ditanya di akhirat kelak, pemimpin mana yang telah kita pilih. Pemimpin yang adil, yang menegakkan hukum Islam atau tak. Ui, kat Padang Mahsyar, tak ada siapa nak tolong kita dah (seram). ----------------------------------------------------------------------- Di sini, aku nak kongsikan dengan pembaca budiman, yang mana aku petik dari twitter Baziran Nasional . Bab judi -Tengok apa jadi pada orang Islam Malaysia. UMNO ajar mereka supaya ragu-ragu akan undang2 Islam yang sebenar dan yakin dengan judi. -Judi ni bawa masalah lebi

Paku-Paku Pula, Amenda Ni Rimas

Assalamualaikum. Korang kalau bercakap atau bertindak ada main paku-paku tak? Rimas lor ada jumpa orang macam ni. Kalau lelaki tak apa. Ni perempuan. Tak suka, tak suka.. Thought that girl is very annoying. Perempuan tak elok nak ada perangai dendam mendam ni. Tak sesuai dengan jiwa keibuan dan kelembutan seorang wanita. Cheewahh.. Pengajarannya Tak payahlah kot nak main paku-paku. Tak payah la der duk dendam-dendam. Bukan best pun. Jadi pemaaf lagi best. Sumpah =)

Tiga Perkara Pergi, Hancur dan Hilang dari Hidup Kita

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. TIGA PERKARA YANG TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI ♥ 1. Waktu 2. Perkataan 3. Kesempatan ♥ ADA TIGA PERKARA YANG BOLEH MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KITA ♥ 1. Kemarahan 2. Kesombongan 3. Dendam, Iri Hati, Dengki. ♥ ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK BOLEH HILANG DARI KEHIDUPAN KITA ♥ 1. Cinta Kasih 2. Keluarga 3. Sahabat

I Know You are There!

I know You are there Allah. I know You see my tears.  I know You hear my prayers.  I know You are testing me.  And all I ask from You is to strengthen my Imaan so I can handle the struggles in life and have patience. I love you my Lord.  My Allah.  Please keep me safe.  Ameen

Bos yang Menakutkan

Assalamualaikum. Aku nak bercerita pasal kerjaya sedikit. Kat tempat aku kerja ni, aku rasa pelik juga sebab ramai pekerja seakan-akan takut kepada majikannya. Pelik juga aku rasa. Mungkin sebab aku dah banyak umur, pengalaman berhadapan dengan orang (berpersatuan) dan bekerja dengan beberapa orang majikan membuatkan persepsi aku tak sama dengan kebanyakan pekerja di tempat kerja aku. Pada aku, majikan perlu dihormati, bukannya ditakuti. Pada aku, aku akan kenal seseorang (terutamanya majikan) terlebih dahulu. Mereka pun manusia juga. Bukannya bengis mana pun. Mereka juga punya anak walaupun ada majikan yang keras hati. Tapi ingatlah mereka tetap manusia yang ada perasaan. Kalau ada orang buat mereka tersentuh, mereka akan tersentuh. Yang penting, keikhlasan. Bila aku dah kenal rentak mereka bagaimana, senanglah nak counter attack. Ops, bukannya nak jatuhkan majikan. Sekadar dapat tambat hati mereka pun dah cukup heaven. Aku tak takut, cuma hormat pada orang. Buat apa nak takut kan

Percakapan Meningkatkan Iman

Assalamualaikum. Aku nak berkongsi sesuatu kepada korang. Aku dapat dalam group kawan aku. Rasanya elok untuk dikongsi-kongsikan.. Allah yang bagi rezeki, bukan majikan yang bagi rezeki. Allah yang memberikan kesihatan, bukan ubat-ubatan yang memberi kesihatan. Allah yang berikan kebahagian, bukan harta yang memberi kebahagiaan. Hanya Allah yang Berkuasa, makhluk tak ada kuasa.. Ucaplah Lailahaillallah insya-Allah Iman kita akan meningkat. Percakapan ini ialah percakapan iman supaya kita tidak yakin selain pada Allah. Sebab itu syirik Khafi yg lebih bahaya dari Dajjal Laknatullah. Syirik yang kita tidak sedar. Nauzubillah minzalik P/s: Jadikan amalan harian di pagi hari. Pesanan buat aku yang sering lupa...amalkanlah. Insya-Allah, i man akan meningkat.

Bagaimana Bila Pendapat Tak Sama

Pendapat Semua orang ada pendapat sendiri Ada juga yang tiru sahaja pendapat orang lain. Macam-macam pula ternampak apabila seseorang itu memberi pendapat. Kadang-kala tergelak sendiri sebab pendapat yang entah apa-apa. Tapi tetap hormat sebab itu pendapat dia, bukan pendapat kita. Tapi kadang-kala pendapat itu membuka mata. Membuka mata untuk membuatkan kita tersedar. Tersedar bagaimana cara pemikirannya dan tersedar akan keluasan ilmu. Apa yang kita tahu belum tentu orang lain tidak tahu, dan belum tentu orang lain tahu. Apa yang orang lain tahu belum tentu kita tidak tahu, dan belum tentu kita tahu. Jadi, berilah pendapat. Tiada salahnya. Brainstroming in English. Tapi janganlah dicemuh si pemberi pendapat. Itu pendapat dia. Jangan diketawakan si pemberi idea. Itu idea dia. Kesimpulan Terimalah perbezaan pendapat dengan baik. Tak perlu nak maki hamun segala. Adalah baiknya bila kita sama-sama nasihat menasihati semasa bertengkar, kan lebih baik.

Ada Masalah, Bersyukurlah

Assalamualaikum.. Aku setuju sangat dengan gambar di atas. Lappy aku pun ada masalah juga. Tapi memang bersyukurlah, kadang-kala boleh on line, kadang kala susah. Bab broadband, aku malas nak aktifkan balik, dah terminate pun. Dah tak ada hutang tu kira okay la. Rimas aku nak fikir bab hutang-hutang ni. Sekarang ni aku guna kredit prepaid je. Terima kasih untuk encik abang tersayang sebab dia yang kasi kredit untuk dibuat beli broadband weekly. Kalau ikut aku, nak je buat broadband daily tapi dia suruh ambil yang weekly punya, aku sambar je la. Tambahan pula bukannya duit aku pun. Hahaha~ Kesimpulan Bersyukurlah dengan apa yang ada. Berterima kasihlah kepada mereka yang berbudi.

Open Tracker