Restaurant Street Food Festival ni adalah bawah projek bekas bos aku. |
Malam bebaru ni aku ada dapat jemputan dari bos lama. Makan-makan. Majlis dia. Dia yang anjurkan.
Macam ni, dia adalah pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dia buat program. Program dia pula makan-makan. Street hawker. Lebih kurang macam jamuan raya yang besar-besaran tu dibuat.
Setakat sekarang, sepanjang setahun aku menetap di Alor Setar, aku telah dua kali pergi ke jamuan raya besar-besaran. Satu, masa perasmian UTC Kedah oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Masa ni, aku pakai baju kurung. Lagi satu, Jamuan Raya Sada (Syarikat Air Darul Aman). Masa ni, aku pakai t-shirt dan seluar sahaja. Ye la, orang nak makan saja, lagipun ramai-ramai, panas dan rimas.
Ni masa mula-mula sampai. Malu dan segan gila |
Bos aku dah pesan, pakai baju kurung. Tapi aku selamba badak saja pakai jeans dan seluar. Sekali kau, pergi sana, budak-budak sekolah tahfiz (siap berserban atas kepala) penuh meja jemputan. Orang lain pakai baju rasmi iaitu berbaju kurung atau baju korporat. Aku dah salah etika berpakaian. Wrong code dressing. Wah, malu gila. Segan amat.
Pada masa tu, aku dan adik sebilikku saja yang ber-t-shirt dan berjeans. Nasib baik aku pakai cardigan labuh warna hitam, tak la nampak sangat aku punya baju dan seluar. Tapi, serius aku malu dan segan.
Aku dan kawan-kawan pula dapat tempat meja VIP dan duk depan dan sebelah bebudak tahfiz. Cuba bayangkan, malu dow. Tapi tak kan nak balik pula. Dah sampai pun. Nanti apa pula kata bos aku?
Makan satay dulu. Abaikan muka serabai. Nampak tak, kat belakang aku tu ada budak-budak tahfiz berserban? |
Makanan dia sangat sedap. Serius sedap. Mula-mula, kami makan satay dulu. Pergh, satay ayam yang manis dagingnya, lembut dan enak. Marvelous!
Makanannya yang super sedap |
Ada menu lemang, nasi himpit, roti jala, cucur udang, sup gear box, nasi goreng kampung, buah-buah dan air sunquick tropicana. Semua makanan ni sangat sedap. Rugi sape yang tak hadir. Ada kawan-kawanku yang tak nak hadir. Katanya bos dia tak jemput. Tapi pada aku, pe salahnya, yang menjemput pula ni bekas bos aku. Kiranya yang pertama negatif tapi yang kedua positif, jadi positif. Tak salah pun sebenarnya nak hadir lagi atas jemputan orang lain pula, bukan sebab bos dia yang tak menjemput. Kan, kan?
Aktiviti program
Majlis perasmian.
Time aku sampai bos aku dah berucap kat depan. Dari jauh dah cam suara dia. Hidup bos! Hehe~
Makan-makan.
Nasyid qasidah burdah.
Layan nasyid Ya Hanana. Ya Hanana. Ya Hanana. Ya Hanana.Orang lelaki lambai-lambai tangan, tapi kami yang perempuan ni segan. Ye la, kang ternampak aurat pula.
Ceramah agama oleh Murabbi Syeik Mohd Zainol Asri, mudir Darul Hadis Kedah.
Seronok ceramah dia. Santai saja. Patutlah nampak bebudak ni salam dan cium tangan. Aku pun tertanya-tanya siapa dia. Baru tahu. Allahu robbi.
Persembahan nasyid qasidah burdah |
Ceramah agama. Best ceramah ni. Pasal halal haram makanan. |
Kan Islamik atau zaman sekarang, orang panggil Yizlumik, tapi aku pakai t-shirt dan jeans. Memang tak kena. Aku nak jumpa bekas bos pun segan. Tapi, dia ada datang jumpa aku juga. Pada masa itu, aku duduk. Harap-harap dia tak perasan aku tersalah etika kod berpakaian. Harap-harap. Ceit, padahal dia nampaklah..
Jadi, pesanan aku, janganlah kita salah memakai baju, lari dari tema majlis. Nanti segan pula diri kita yang comel-lotey tu. Hihi~
Korang boleh baca:
Tips pakaian untuk konvo
Pakaian Tunang untuk Lelaki
Fesyen lelaki
Terima kasih sudi baca.
Kalau rasa entri ini bermanfaat, sila tekan like, share dan +1 ya.
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.