Harapan itu tetap ada. Harapan tak pernah padam. |
Bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan? Hidup mana yang tak pernah ada masalah?
Hiduplah dengan berani.
Hidup kita kadang-kadang bertemu dengan orang jahat, orang yang suka ambil kesempatan, orang yang suka canang kisah buruk kita, orang yang dengki dengan kita, orang yang cemburu dengan kita, orang yang tak pernah suka dengan kita..
Jangan sesekali menyesal kerana menyesal pada takdir-NYA itu boleh melemahkan iman dan dalam masa yang sama menyakitkan hati kita sendiri. Bila hati sudah sakit, hidup kita sukar mengecapi bahagia.
Ya, memang kadang-kadang terasa berat, kita jatuh terjelepuk. Tapi, kita tetap kena hadapi dan lalui juga liku-liku hidup dengan berani. Kita kena kuat. Kita kena berdiri di jalan yang betul.
Pertamanya, bangun. Kemudian, berdiri. Mulalah bertapak. Setapak. Setapak. Setapak. Ya, kita dah boleh berjalan!
Hidup mesti optimis dan positif!
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.
”Jom like page fb blog”