Langkau ke kandungan utama

Membeli Kain Baju Pengantin Di Jakel Mall

Ini pilihan yang menjadi dambaan kalbu. Chewah. Satin Hijau dan lace pink

Di kesempatan nak raya dan orang ramai ni, aku pun nak menyelit juga membeli baju pengantin di Jakel  sebab kalau tidak beli dari sekarang, siapa lagi yang nak belikan dan siapa lagi yang nak jahitkan? Sebab masa yang tinggal cuma ada empat ke lima bulan sahaja sebelum majlis resepsi.


Membeli Kain Di Jakel


Inilah bangunan Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur

Ikutkan hati, aku tak nak pergi Jakel. Aku nak pergi kedai kain biasa-biasa sahaja atau Nagoya Textile saja. Namun, disebabkan terpujuk kerana mereka kata kain Jakel tu kualitinya bagus dan tak panas, maka aku pun beranikan diri. Tapi aku setkan had bajet sekadar RM500 sahaja. Tak boleh lebih dari itu. Kalau boleh, aku nak yang pakej Pengantin yang berharga RM289 sahaja.

Pakej pengantin Jakel ialah 2 meter kain lace, 4 meter kain satin untuk pengantin perempuan dan 4 hingga 5 meter untuk pengantin lelaki. Selain itu, 2 meter lace juga ada digantikan dengan 2 meter kain shifon dan 4 meter kain alas. Baju lelaki tetap sama, 4-5 meter satin.

Jalan Ke Jakel Dari LRT Masjid Jamek

Upin dan Ipin mengamit anak-anak membeli baju Melayu di sini

Maka, pada tengahari Ahad, 12 Julai 2015 aku dan encik tunang pun pergilah ke sana. Kami pergi naik train LRT sahaja kerana nak jimat, nak cepat dan nak sejuk. Ya, sebab sekarang ni musim panas dan air-cond kereta pula rosak.

Sebenarnya, aku tak ingat sangat nak pergi ke tempat Jakel tu. Apa yang aku tahu, lalu kat Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR), kemudian sampai. Disebabkan aku malas nak redah kesesakan orang ramai yang maha dahsyat sebab ini hujung minggu terakhir sebelum Aidilfitri, maka kami lalu jalan lain, yang langsung tak sesak. Tapi, masih tak tahu juga mana arahnya. Encik Tunang suruh aku bukakan GPS dan navigate. Rupanya, dekat sahaja. 8 minit berjalan kaki dari tempat kami berdiri, LRT Masjid Jamek. Dekat sangat. Tak perlu nak berlambat-lambat terperangkap dalam kesesakan manusia.

Sampai sana, wah, besarnya Jakel Mall. Jakel yang lama tu dah tak buka. Sebelahnya sahaja, dekat. Orang dekat pintu masuk tu ramai. Tapi redah juga, naik ke tingkat atas guna eskalator. Cari tulisan Bridal Department. Jumpa.

Bridal Department


Ini lace yang masih digulung dan dipegang oleh encik tunang.
Staf hilang, tengah mencari kain, kami pun tengok lace yang ada di sana.
Maaf, gambar sedikit kabur. Tak perasan.


Tapi, aku tak nak beaded lace. Sebab nanti susah nak cari tukang jahit sebab orang tak nak jahit beaded lace ni, sebab nanti patah pula jarum mesin jahit. Maka, aku memang dah putus awal-awal, tak nak. Harga pun mahal, dalam RM880 pakej pengantin. Jalan lagi.

Ada kakak tu (staf) duk serve customer. Dia tanya, "cari baju pengantin ke?" Aku jawab, "ya". Senyum. Dia cakap jap je. Dia ada customer. Tapi dah tinggal nak potong kain je. Dah nak settle. Aku round dulu. Sekali sekala dia datang pada aku dan cakap, maaflah tak cukup staf. Aku jawab, tak apa, aku faham. Orang sibuk nak raya, aku pula sibuk menyibukkan kerja orang lagi. Hihi, tapi, tak kira, aku nak menyibuk juga.

Aku terangkan yang aku tak nak beaded lace. Dia cakap, okay dan ikut dia. Dia akan bawa ke tempat lace tak ada manik. Sampai sana, sudah ada dua pasangan sedang tunggu staf pergi ambil kain yang mereka minta. Mula-mula akak tu salah faham akan permintaanku.

"Akak salah faham dengan permintaan saya." Ujarku baik-baik. Aku terangkan akan warna yang aku mahu. Aku mahukan satin warna hijau dan lace warna pink. Tapi akak tu bawa, satin pink. Bila dah tahu, terus dia pergi ambil kain satin warna hijau. Kemudian, aku minta lagi warna hijaunya nak warna yang lagi muda. Akak tu, pergi ambil.

Ini gabungan lace kuning cair dan hijau. Kurang menarik pada pandangan mataku

Aku dan encik tunang ambil lace yang ada kat sana dan padankan dengan satin hijau yang akak tu tinggalkan atas meja. Gabungan satin hijau dengan lace warna kuning cair, tak nampak naik. Nampak kusam sedikit. Tapi bila dipadankan dengan lace pink, memang meletup. Cantik sangat. Seperti yang aku mahukan.

Bila akak tu sampai, dia bawakan warna hijau muda (soft green) yang aku mahukan, terus suka dengan warnanya. Akak tu cakap, ini satin yang kurang merelit (shining). Ke nak yang shining? Of course lah aku tak nak yang shining sebab yang shining tu akan buat gambar pengantin jadi kurang cantik. Tapi, akak tu risau baju lelaki nipis sikit dan ramai pengantin lelaki kurang suka sebab nipis sikit, kan. Bila soalan itu diajukan pada encik tunang, dia okay je. Ye lah, kami pun bukan tahu bab kain ni. Tapi, aku tanya lagi, "awak nak ke pakai baju kain ni. Tak pe ke, tak nipis ke?" Suruh dia pegang kain. Rasa kelembutan dan kenipisannya. Dia jawab okay. Dah jawab sebegitu yang aku terima, sangat okay la. Boleh proceed.

Aku nak lace tu 4 meter. Akak tu kira. Tup tap tup tap. Dapat RM789. Pergh, mahal sangat ni. Lebih dari bajet. No, no. Tak berbaloi. Jadi, aku minta lace 2 meter sahaja. Orang cakap lace dua meter untuk baju pengantin dah cukup. Tak perlu banyak-banyak pun. Kalau 4 meter tu dah melebih-lebih ekstranya. Hehe.

Aku ingatkan murah, tu yang nak ambil 4 meter. Tapi sekali akak tu cakap lace tu RM150 per meter, terdiam juga aku. Mahalnya. Mulanya, aku ingat, nak buat baju pengantin, semua pakai lace. Tapi bila dah jadi setengah, dua meter sahaja ni, maka aku ingat nak letak kat atas sahajalah. Baju sahaja, kat kain tak payahlah letak.

Kos Kain

Akak tu kira lagi. RM489. Aku minta kurang. RM448. Aku minta kurang lagi. RM400 dia boleh bagi. Yeah, best. Sebab boleh jimat RM100. Tak lari bajet. Kain pun cantik. Tak shining merelip-merelap. Yang penting, tak panas. Aku ni jenis pantang panas ni. Mudah berpeluh. Rimas.

Akak tu, potong kain. Sambil tu, dia offer kan samping la, tanya ada tak nak buat baju nikah, baju bertandang dah beli ke. Ramah betul. Last, aku cakap, tak pe. Dah ada. Ingatkan murahlah samping tapi mahal. RM700-800. Encik Tunang memang tak nak la.

Selepas bayar, kami nak tengok baju nikah aku. Susah betul nak cari baju kurung warna peach yang kami nak. Warna tak sama. Kain-kain baju kurung ready madenya, memang elok. Lembut. Harga pun dalam RM150 sahaja. Baju Kurung Che Ta pun ada.

Kalau nak lagi mahal dan dah macam baju pengantin, boleh naik ke tingkat atas ye. Mahal juga. Sepasang sahaja RM350-450. Tak mampu. Datin-datin ye la yang mampu. Memang ada datin pun kat sana.

Mencari Cadar Pengantin RM150

Aku naik kat atas sebab nak cari cadar pengantin yang berharga RM150. Murahlah cadar dengan harga macam tu. Kebiasaannya, cadar pengantin ni harga RM250-350.

Mula-mula akak tu serve (orang lain ya), dia kata yang ni patch work. Aku terangkan yang aku mencari cadar pengantin. Terus mukanya senyum dan berseri-seri. Dia bawa aku ke tempat cadar pengantin. Mahal yang ada. Berapa ratus ya, aku kurang ingat. Seingat-ingat lupa aku RM700-800 juga la.

Kemudian, aku tanya, cadar yang RM150 ada tak? Dia pergi tanya kawannya. Kemudian datang terangkan pada aku. Sebenarnya, cadar RM150 sudah habis stok dan lepas raya akan restock. Biasanya cadar ni kat bawah, tapi disebabkan ada promosi raya, tu yang letak kat tingkat 3 ni. Okay, faham. Nanti datang lagi.

Encik tunang keletihan. Nasib baik pihak Jakel menyediakan kerusi yang banyak. Ini kat luar ye.

Nak turun, tak jumpa eskalator turun. Nampak lif kotak sahaja. Sampai kat bawah, sudah letih. Berpuasa agaknya. Letih. Tapi, bersyukur sebab dah berjaya grab kain untuk buat baju pengantin. Kira okay la sikit. Kalau tak, jenuh siap duit pula nak pos sebab tukang jahitnya di seberang laut. Kain ni, aku bawa balik sempena balik beraya dan boleh bagi terus.


Kesimpulan


Okay, apa pun, rasa puas sebab dapat beli kain yang aku rasa berbaloi dengan harganya (walaupun rasa agak mahal. Tapi sekali sahaja naik pelamin. Hihi, nak sedapkan hati sahaja tu). Tapi encik tunang marah. Katanya membazir. Sempatlah gaduh dalam perjalanan balik ke LRT Masjid Jamek.

Awak, salah saya ke? Saya nak juga merasa pakai baju pengantin yang cantik. Bukan banyak mana pun. Lagipun, itu guna duit saya. Salah saya ke susah? Ke awak yang kurang usaha? Kalau saya ni bakal isteri orang lain, mestilah dia tak kisah pun. 

Tapi lepas sampai Wangsa Maju, dia bagi duit. Kira sorang RM200 la. Yeah, boleh jimat. Terima kasih, Yang.



Ulasan

  1. dulu cari material untuk baju untuk majlis bertandang pun kat jakel. tapi jakel shah alam la.. mahal sikit takpe Alhamdulillah, material sejuk. yang murah panas sikit.

    BalasPadam
  2. Kan Cik Hani.
    Ya, mahal sikit. Tapi tak apa, yang penting, selesa dan stay cun gitu. Hehe~

    BalasPadam
  3. Blm kira upah baju lg tu... Dpn Nagoya lg murah rasanya klu xslp nama dia 'fiesta' kdi tu ade 6tngkt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jmpt join GA, b2b automatik msk blog list Cikna selama setahun (nak rujukan utk mjls to,huhuu...;-)

      Padam
  4. akak sewa jea baju nikah dan sanding.malas nak jahit sendiri.lagipun confirm akak dah takkan pakai baju tu lagi. tapi ada org lain suka jahit sendiri. nnt boleh simpan.kot2 anak2 boleh pakai nnt kan.

    BalasPadam
  5. Cik Na: Ye ke? Tak tahu pula ada kedai Fiesta. Tak apalah, kain pun dah beli dan dah nak bawa pergi upah.

    BalasPadam
  6. Cik Na: terima kasih di atas jemputan. Sha dah buat entri yang akan publish pada 17 Julai ya.

    BalasPadam
  7. Nik ROs: sebenarnya, Sha pun nak beli atau sewa baju yang sudah siap tetapi memandangkan harga sewanya yang melampau tinggi, maka Sha putuskan untuk membuat sahaja. Kosnya pun tidak sebanyak yang disewa.

    Kos upah baju pengantin jadi mahal kerana menggunakan tailor yang ada nama. Contohnya Arma Rahman, beliau mengenakan kos upah sebanyak RM 5000 untuk baju perempuan. Kalau untuk baju sepasang berjumlah RM15,000.

    Kos upah untuk tailor yang baru nak ada nama pula sekitar RM 1,000 -2,000. Itu belum masuk design dan jenis kain lagi.

    Jadi, upahlah mak cik tukang jahit yang sudah biasa menjahit baju pengantin.

    Sha guna khidmat adik sendiri dan kawan adik untuk menjahit baju pengantin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kala

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker