Orang cakap, inilah masanya darah manis dan akan tension. Ada pantang larang tak bagi keluar rumah. Namun, banyak hal akan difikirkan dan uruskan. Boleh lihat senarai semak yang aku dah buat, jika tak percaya tentang banyak yang nak kena uruskan. Kerja kahwin memang bukan satu tugas mudah.
Aku rasa ada juga sedikit tekanan apabila ada perkara yang sudah selesai (settle) tapi tetiba muncul semula.
Nak buat kerja kahwin ni bukan mudah. Ya, walaupun nampak ringkas tapi perlukan ketelitian. Ini anak dara nak kahwin okay, bukannya Mak Janda yang sudah ada pengalaman. Pengalaman pertama dengan karenah famili lagi membuatkan hati rasa semacam. Perlu bijak dalam menanganinya.
Langkah selamat aku diamkan diri sahaja. Ataupun serahkan kepada mereka yang bertanggungjawab. Juga tidak ketinggalan untuk berbincang dengan mereka yang banyak pengalaman dan seterusnya merujuk kepada mereka yang pakar.
Hati kena tabah. Banyakkan bersabar. Sebolehnya, jangan tension. Kalau tension, nanti semua mood indah dan seri wajah akan lari. Chill lex jer. Hihi
hello ☺ I'm newbie.. please visit my blog ♡ have a nice day!
BalasPadamsmartiesmoo.blogspot.kr
tahniah dah nak kawen. Betul masa nak kenduri kawen ni banyak hati yang kena jaga walaupun kita ni ada macam2 idea yang nk direalisasikan. Tapi kalau tengok semua saudara kita hepi lebih baik keadaannya
BalasPadamsmarties moo: thank you visited my blog
BalasPadammamaorg: ya, setuju. Banyak hati kena jaga. Jangan sampai retak menanti belah
BalasPadam