Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Diari kehidupanku

Dingorat Tak Henti-henti

Setahun dua ini, ada saja kumbang yang mahu merapati si bunga, aku! Masa aku ada saja berhubungan dengan lelaki-lelaki. Seorang lelaki dalam satu masa. Mungkin di usia yang patut kahwin ini, maka ramailah lelaki yang cuba rapat. Ada yang aku layan. Ada yang tak. Aku ni pula jenis garang kalau bebaru nak kenal. Entah kenapa. Ya, aku memang garang pada orang lelaki yang baru aku kenal tapi kawan perempuan aku cakap aku ni tak garang langsung. Aku susah nak suka kat lelaki. Tapi kalau aku suka, fuh.. lembut gila aku. Hahaha~ Ramai jugak la lelaki yang aku kenal. Rapat. Tapi tak ada jodoh. Tapi tak apalah, kalau aku jadi dengan diorang pun belum tentu aku boleh tahan dengan hidup dia. Sebab itulah Tuhan dah tentukan, dia bukan jodohku. Aku redha =) Motif aku tulis entri ini adalah nak bagitau, walaupun aku tak kahwin lagi tapi bukan laku. Laku. Tapi jodoh belum sampai. Harap doa dari anda semua.

Salah Etika Berpakaian, Malunya Aku

Restaurant Street Food Festival ni adalah bawah projek bekas bos aku. Malam bebaru ni aku ada dapat jemputan dari bos lama. Makan-makan. Majlis dia. Dia yang anjurkan. Macam ni, dia adalah pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dia buat program. Program dia pula makan-makan. Street hawker. Lebih kurang macam jamuan raya yang besar-besaran tu dibuat. Setakat sekarang, sepanjang setahun aku menetap di Alor Setar, aku telah dua kali pergi ke jamuan raya besar-besaran. Satu, masa perasmian UTC Kedah oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Masa ni, aku pakai baju kurung. Lagi satu, Jamuan Raya Sada (Syarikat Air Darul Aman). Masa ni, aku pakai t-shirt dan seluar sahaja. Ye la, orang nak makan saja, lagipun ramai-ramai, panas dan rimas. Ni masa mula-mula sampai. Malu dan segan gila Bos aku dah pesan, pakai baju kurung. Tapi aku selamba badak saja pakai jeans dan seluar. Sekali kau, pergi sana, budak-budak sekolah tahfiz (siap berserban ata

Aku Suka Dia

Assalamualaikum. I am in relationship with someone! Sesungguhnya, pada mulanya kami kenal, aku rasa ni jenis tak boleh pakai. Tapi aku suka dia sebab dia sempoi dan ada aura positif. Dari situ, lama-lama aku kenal dia. Paling best bila aku dekat dengan dia. Aku uji dia. Dia pula jenis kuat cemburu. Dia ni jenis kuat terasa. Tak boleh aku kasar atau tolak dia, sentap tu sampai merajuk-merajuk bagai. Tapi paling aku tak tahan, dia merajuk sampai buat tak tak macam tak kenal aku bila selisih dan tarik muka. Terasa gila aku. Mesej-mesej aku dan call-call aku langsung dia tak endah.. Jenuh juga la pujuk dia. Sepagi kot. Kemudian, aku tinggalkan dia jap. Biar dia redha merajuk dulu. Petang tu, aku contact dia balik. Alhamdu lillah, dia dah ok. Sebenarnya, dia ni jenis nak orang ikut cakap dia. Aku pula lain sikit. Aku tak macam anak-anak buah (staf) dia yang ikut saja cakap dia. Aku melawan kalau benda tu tak ok. Aku pernah tinggi suara dengan dia depan staf dia. Aku pernah tampar dia

Percutianku Kuantan-Kuala Lumpur

Assalamualaikum. Aku baru balik dari bercuti. Aku pusing-pusing Kuantan dan duduk tengah-tengah Kuala Lumpur. Aku duduk di Petaling Streets. Ya, tempat tumpuan pelancong tu. Aku sempat juga meronda dan melawat beberapa tempat seperti Warisan Walk yang menempatkan Culture Market (Pasar Budaya), dan Pudu Sentral. Tesco Ampang. Giants Wangsamaju. Gambar tak banyak yang aku ambil kerana aku sorang saja yang bercuti. Kawan-kawan aku, semuanya bekerja. Jadi, aku agak segan nak ambil gambar. Bila balik ni baru rasa ruginya aku tak ambil gambar bila tengok gambar-gambar yang aku ambil tu aku rasa ada 'moment yang indah'. Jom layan gambar. Ini ruang dalam dia. Ada TV siap astro. Ada wifi. Tapi dah ada wifi handphone, jadi tak perlu guna wifi percuma yang lain. Cermin yang best. Siap ada lampu solek. Ada electric kettle (jar elektrik), cawan, air mineral, nescafe, teh, gula dan creamer. bawah tv tu ada fridge (peti sejuk). biru tu bakul sampah. Tepi kanan tu kerusi solek. Pin

Muka Berseri-Seri, Pakai Apa

Assalamualaikum. Aku teruja nak kongsi dengan korang review tentang produk yang aku pakai sekarang ni. Masa bulan Puasa bebaru ni, muka aku burn (sun burn ). Gila r, dah la boyfriend nak datang rumah tapi muka aku hitam legam, dengan jerawat lagi penuh muka. Ahaks, gediks je cakap Bf padahal sepupu jer pun! Hahaha~ Aku tak perasan yang kulit aku dah terbakar dek matahari sehinggalah seorang teman serumahku menegurku. Aku tanya dia, apa yang harus aku buat. Dia jawab, beli la sun block atau BB cream. BB cream Tak lama lepas tu, memang aku pergi kedai dan grab sun block dan BB cream. Sun block tu aku tak nak cerita sebab aku tak berapa suka, berminyak. Tapi aku suka dengan BB Cream. Aku beli BB Cream Safi. Best. Bau pun wangi. Tak melekit mahupun berminyak.Tapi harga mahal sikit la. RM23 kalau tak silap aku. Kecil saja, 20 gram dengan SPF30. soy collagen Nurbeutyline Ops, oleh sebab aku tak de mood nak menulis, aku copy paste saja twit aku kat sini. Korang bacalah

Pilih Kawan Pada Pakaian

Assalamualaikum. Ini adalah kisah seorang teman aku. Tak berapa rapat kerana baru beberapa kali bertemu. Nama dia? Er, terlupa plak. Tak apa la, kita letak nama lain. Nama Alif. Dia ni orang miskin. Dia duduk dengan.. er, dia duduk sorang. Ibu bapanya telah meninggal dunia. Dia anak yatim piatu. Dulu dia duk dengan abang dia. Sekarang ni, dia buat blok kat belakang rumah yang abang dia huni. Mungkin itu adalah rumah pusaka mereka. Ye la, nak duduk sekali mungkin isteri abang dia tak selesa. Ye la, kalau aku pun tak nak la ada orang menumpang. Bukan apa, nanti jadi masalah lain. Better duduk rumah sendiri daripada duk rumah orang. Kecik-kecik pun, rumah kita. Bersih ke berselerak ke, rumah kita. Tak ada sape nak kisah kan sangat. Kira dia hidup sendirilah. Makan minum pakai semuanya sendiri. Kadang-kala kesian juga kat dia. Tapi apa yang boleh dibuatkan. Dia ada kawan, nama dia (ubah sikit ye, Hanif). Hanif ni boleh kata anak orang berada juga la. Diorang ni rapat. Hanif ada teman wan

Blogger Datang Sembah Balik, WTHelicopter

Blogger datang sembah. What should i say? Ini adalah sebuah kisah yang benar dan rekaan juga supaya suspek tidak merasakan aku sedang bercakap mengenai dirinya. Hahaha~ Terus terang, aku cakap, aku tak punya sesiapa dalam dunia blogging ni. Maksudnya, masa mula-mula aku nak kenal benar-benar apa itu blog dan blogging. Tak ada sesiapa. Aku belajar dan explore sendiri. Agak susahlah sebab tutorial pun tak ada. Ada juga beberapa rakan-rakanku terlibat dalam dunia blog ni. Tapi, masa aku minta tolong ajarkan blog, langsung tak dipandang, ok. Ye la, aku kan masih merangkak dan tak tahu apa sangat dalam blogging ni. Follower ada pun sorang, aku sendiri (haha) sedangkan mereka sudah ada beratus-ratus follower. Tambahan pula, mereka cemburu jika aku berjaya bergelar blogger berbanding dirinya. Aish, apa la manusia ni! Masa aku sudah kenal sikit-sikit cara nak post entri, nak daftar Nuffnang , aku ajak adik-adik yang menjadi peneman setiaku untuk turut membuat blog. Hasilnya ada juga ya

Alasan Tak Ada No 4 dalam Lift

Assalamualaikum. Korang perasan tak dalam lift tak ada no 4, 14, 24? Aku kurang perasan. Al-maklumlah tak ada lift kat rumah. Hehe~ Apa yang aku tahu, kat dalam lift kadang-kala tak ada no empat terutamanya di negara ada orang Cina. Kenapa? Kerana: 4 means die,  14 means sure die,  24, easily die in chinese. 4 maksud mati 14 maksud pasti mati 24 senang mati. Uii, patut la orang Cina tak suka no empat. Choi katanya. Tarak ong..Hehe~ Jadi, kita hidup bermasyarakat harmoni ni perlu saling memahami. =)

Pengalaman Interview: Soalan Human Resouce

Assalamualaikum.. Aku nak cerita pengalamanku bertemu duga, interview. Human resource executive. Actually, aku memang tak tau apa-apa bila diaju soalan tentang human resource atau dalam bahasa Melayunya, Sumber Manusia. Aku memang tak pernah belajar bab ni even tough aku belajar kat universiti pengurusan. Oh ya, dah nama universiti pengurusan, bukannya universiti sumber manusia. Kalau bab pengurusan, aku belajar la. Aku tahu pasal human resource ni pun sebab terdengar budak-budak persatuan aku borak masa ada waktu rest dan sedikit info aku terbaca masa tengok job spefikasi untuk human resource, itu pun dah lama, tahun 2009 kalau tak silap. Nak dijadikan cerita, aku menyertai job fair bebaru ni. Jawatan yang ada untuk ijazah cuma human resource exec. So, nak buat macam mana lagi, terpaksa la minta. Dalam kepala aku, jawab je apa yang diorang nak tanya nanti. Untuk pengetahuan, diorang adakan sesi interview juga kat sana. Aku redha je la. Interview Pertama Mula-mula aku ke

Kepala Otak Tak Dapat Tahan

Assalamualaikum. Apa khabar? Aku lemah sikit rasa badan ni. Ditambah dengan kepala yang berfikir macam-macam terutamanya pasal ... Segan pula nak sebut. Aku rasa macam betul-betul tak larat. Masalah tu kadang-kala menghimpit kotak kepala ni. Kadang-kala ia hilang macam tu je, kadang-kala begitu menekan. Bukan satu tapi banyak. Dah bercampur baur ni. Nasib baik aku mempunyai ramai kawan-kawan yang baik, yang setia berada di sisi. Kalau sorang tak ada (sibuk), ada yang lain. Terima kasih wahai kawan-kawanku.. Tapi sekarang ni, aku rasa penat nak layan karenah orang. Untuk SW, terima kasih sudi layan karenah saya. Awak terbaik yang pernah saya jumpa walau kita tak mungkin bersatu.. P/s: Rerupanya ada orang perasan A yang aku maksudkan ialah dirinya. Sorry la, ingat ko sorang je ke yang ada nama mula huruf A? Kalau aku tulis pasal ko, aku tak sebutkan apa-apa huruf pun. Ko kan orang besar, mana boleh sebut nama ko, nanti aku kena saman pula. Orang politik kan, sikit sikit

Open Tracker