Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Interview: Soalan Human Resouce

Assalamualaikum..


Aku nak cerita pengalamanku bertemu duga, interview. Human resource executive. Actually, aku memang tak tau apa-apa bila diaju soalan tentang human resource atau dalam bahasa Melayunya, Sumber Manusia.

Aku memang tak pernah belajar bab ni even tough aku belajar kat universiti pengurusan. Oh ya, dah nama universiti pengurusan, bukannya universiti sumber manusia. Kalau bab pengurusan, aku belajar la.

Aku tahu pasal human resource ni pun sebab terdengar budak-budak persatuan aku borak masa ada waktu rest dan sedikit info aku terbaca masa tengok job spefikasi untuk human resource, itu pun dah lama, tahun 2009 kalau tak silap.

Nak dijadikan cerita, aku menyertai job fair bebaru ni. Jawatan yang ada untuk ijazah cuma human resource exec. So, nak buat macam mana lagi, terpaksa la minta. Dalam kepala aku, jawab je apa yang diorang nak tanya nanti. Untuk pengetahuan, diorang adakan sesi interview juga kat sana. Aku redha je la.



Interview Pertama

Mula-mula aku kena interview dengan HR Marketing, ala syarikat yang mengeluarkan susu kambing untuk kegunaan kecantikan tu. Sekali tengok la, kenal rupanya. Kak Yana, isteri dua pupuku yang duk kat kampung. Ada sorang lagi kakak tu.

Mula-mula, diorang tanya pasal 'ceritakan diri anda.' Hah, aku betul-betul tak sangka nak dapat soalan tu. Aku tak prepare apa pun. Otak aku blank pada masa tu. Aku cuma cakap namaku. Then aku tanya balik, apa lagi nak cakap. Sumpah, aku blank giler. Aduh, malu.

Aku hanya mampu cakap pasal nama aku je. Takkan nak cerita pasal adik beradik kot, itu tak sesuai. Ingat, pasal peribadi tak perlu dimasukkan dalam interview. Tak penting pun nak tau kan.

Masa namaku dipanggil, aku tengah main game kot. Sebab dah bosan, lama sangat nak tunggu nama dipanggil tu.

Kemudian, dia tanya pasal 'apa yang anda tahu pasal tugas HR?' Alamak, apa punya soalan ni? aku memang tak tahu pun nak jawab. Aku jawab je la, HR ni apa yang aku tahu.

Kemudian, dia tanya berapa expectation gaji aku nak. Aku jawab seribu. Dia tulis seribu ke bawah. Alamak, sikitnya.

Dia tanya, kalau ditawarkan jawatan lain, terima tak? Memang la aku terima doe. Dia kata tunggu panggilan untuk temu duga kedua. Aku tengok muka kedua-dua mereka tu lain je. Aku tahu aku dah hampakan mereka.

Sumpah wei, aku tak tau nak jawab bab tu. Huhu~

Aku nak bela diri jugak, aku datang je job fair ni, nak tengok apa jawatan yang boleh aku mohon. Aku memang tak dapat apa-apa maklumat pun pasal ni, jawatan apa. Nothing, k. So, masa kat sana baru la baca-baca tawaran kerja yang ada. Then, minta je apa yang sesuai dengan kelayakan.

So, tak kan la tetiba aku nak buat research pasal jawatan-jawatan kan? Lagipun aku tak on line dua hari sebelum balik. Oh ya, aku dari Melaka, balik ke Kedah. 12 jam perjalanan. Dalam bas tak boleh tidur sebab duk berhinggut je. Sampai rumah malam. Balik rumah, kemas rumah dulu. Kemas kini sijil dan resume. Pukul 3pagi baru tidur, pukul 7 bangun. Bersiap-siap untuk ke job fair.


Interview Kedua

Masa interview kedua aku dipanggil, aku duk main mesej. Sampai kat depan kaunter, diorang duk bagi borang orang lain pula. Adei, lama juga kat situ.

Aku sampai depan meja dan tengok intervieweer tu khusyuk duk belek dua borang atau resume. Aku kasi salam dan senyum dengan sopan. Aku kasi borang yang kena isi kat dia. Dia ambik. Suruh aku duduk. Terlupa pula nak ucap thank you.

Macam tadi, dia tanya pasal ceritakan pasal diri anda. Tapi dia speaking english selepas belek aku punya borang. Jadi, soalannya, tell me about your self.

Kali ini, aku lebih bersedia. Aku ceritakan pasal diri aku, apa kelulusan aku, aku aktif dalam martial art. Dan blog. Blog tu aku teringat masa time tu. Hentam je la, tak kan nak cakap aktif dalam martial art je, itu namanya tak berapa nak aktif. Haha~

Ayat aku lebih kurang macam ni; "I am active in martial art -silat and blogging." Si intervieweer, terkejut dengan istilah 'blogging,' dia tak faham. Aku terangkan, blog, internet.

'I am cheerful person and friendly'. Wah, cheerful person tu. Haha~ Ok apa, aku kan ceria jugak.

Dia tanya apa yang aku tahu pasal HR. Aku cakap je la. Tapi dia cakap salah. Hah, salah? Gila kau, dah la aku tak tau, boleh pula dia cakap salah. Adei..

Tapi dia minta lagi aku terangkan pasal HR. Aku cerita je la apa yang aku tahu. Bila dah sudah cerita, dia tanya, then. Bila aku berhenti, dia tanya then.

Aduh.. Aku jawab je la. Kalau nak tahu, pada waktu ni kepala aku dah lalok. Aku tak cukup rehat. Nak pula kena bina ayat dalam Inglish, memang lambat la nak pick up. Tapi aku cuba jugak. Susah doe. Sila bayangkan ye pembaca sekalian.

Dia tanya, aku tahu tak pasal caruman KWSP, Socso, ELF, Perkeso? Aku jawab, ya. Aku tahu. Dia tanya berapakah carumannya? Aku jawab 13%. Dia kata salah. Kalau salah, aku jawab lagi 5%. Dia kata kalau 5%, majikan kena masuk jel. Er, mana aku tahu sebenarnya. Hehe~

Ada dia tanya soalan pasal dua term apa ntah. Aku tak pernah dengar pun, ditambah pula dalam BI, lagi la aku tak pernah dengar. Aku jawab no je la. Hehe~

Dia kata, syarikatnya ada cawangan kat Langkawi. Mungkin akan dihantar ke Langkawi. Adakah aku bersedia? Yup, sah-sah la aku bersedia. Aku jawab, aku selalu round Malaysia. Ye la, aku biasa kerja dan menetap di Perak, Klang, Melaka dan Johor. Jadi, aku memang tak kisah.

Dia tanya, boleh ke aku deal dengan bank? Mula-mula dia tanya pasal report bank. Report ke rapport? Apa yang aku faham, dia tanya aku ada tak hubungan dengan banker. Bila aku cuba nak ingat-ingat, siapa yang kerja bank, dia terangkan balik bukan maksudnya, ada kawan-kawan ke famili yang kerja bank tapi boleh tak hantar report ke bank sebab tugas HR ada kaitan dengan bank. Oo, baru aku faham. Haha~

Aku jawab yes la. Dia tanya, aku 'are u sure,' aku jawab yes.

Dia kata aku tak fokus. Dia kata aku memang duk depan dia tapi minda aku entah di mana. Aku
Dia juga cakap, aku tak confident sebab tu dia tanya, are u sure, twice. Aku tengok dia tapi aku tengok menusuk di belakangnya.
Memang aku akui apa yang dia cakap tu betul. Happy dia sebab telahannya tepat. Aku nampak bantal je ni. Hehe~

Dia kata aku tak lancar english. Aku dah rasa agak down. Tapi aku tak kisah sebab kalau tolak, aku tahu kelemahan diri. Lagipun, ada je rezekiku kat mana-mana.

Aku dah cakap kat dia tadi, nak dengar atau tak cerita aku. Sebab aku tahu tak elok nak kasi alasan. Sebab tu aku berhenti jap daripada sambung cerita aku. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah aku sebab ingatkan dalam kelas, tak elok kasi alasan dalam temuduga. Tapi dia cakap yes, dia nak dengar, aku sambung je la.

Jadi masa dia komen kata aku kasi alasan (aku tak fokus sebab letih), aku jawab balik, aku ada tanya dia tadi, bukannya tak tanya, nak tahu atau tak cerita aku. Kalau tak nak, aku berhenti je la. Jawab sambil gelak-gelak. Dia kata proceed, so aku cerita je la. Siap aku sebut dalam dialek Orang Putih, Malacca. Hehe~


Lepas tu dia conclude yang aku ni adalah calon yang mereka cari, bukan senang nak cari calon macam aku yang boleh speaking Englisgh and cheerful. Aku dah lepas semua. Cuma aku tak fokus dan tak confident sebab aku tak cukup rehat dan tidur. (Eh, pulak? Terkejut aku.)

Aku cakap terima kasih kerana faham aku. Dia kata dia yakin, aku tak macam ni (lalok). Dia yakin aku confident. Eh, dia pula yang confident kat aku. Hehe~ So, aku pun kena lebih yakin diri.

Terkejut juga aku sebab sebelum tu kan dia kutuk aku tak pandai Inggeris la, tak fokus la, letih la.. Tapi dia kata sebaliknya. Tapi dah orang kasi change tu, berterima kasih la.

Dia juga nasihat tak boleh cakap no, bila ditanya. Dah aku tak tau langsung, aku akui je la. Hehe~ Ya, aku memang tahu tak boleh cakap no, tidak pada bakal majikan. Aku tahu sangat tu. Tapi aku kan tengah blur, tambah mengantuk, letih.. Jadi, keadaan tu membuatkan aku tak panjang akal. Hehe~

Dia kata, aku kena tahu pasal apa tugas yang dipohon, sebab sebelum tu ada orang yang bukan kosnya tapi tahu jawab bila dia jawab pasal HR. Aku jawab, mungkin ada pengalaman, dia kata fresh graduate. Ye la, aku mengaku aku salah. Tapi nasib baik aku tak mengaku yang aku hentam je letak jawatan. Kalau tak, mesti la dia tak ada mood. Hahaha~

Dia kata dia tak boleh nak proceed interview sebab aku tak fokus. Maka, aku diberi peluang untuk interview kali kedua. Orang kata interview kali kedua adalah harapan.

Dia cakap, aku boleh cari dia pada bila-bila masa je kat workplace dia. Call je, nanti dia akan ingat aku that person yang mengantuk kat tempat interview. Adeh, terasa malu pula. Haha~

Dia kasi aku masa sebulan untuk carinya. Aku tanya, siapa dia, maksud aku jawatan dia, namanya. Dia perkenalkan aku sebagai Miss Ika. Dia kata, nanti tanya kat receptionist. Sebelum beredar, aku salam dia. Ye la, dia dah kasi aku peluang dan harapan.

Sebelum nak interview kali kedua, aku kena belajar BI dulu la, wei. Dah lama rasanya tak speaking Inggeris ni. Ilmu HR pun kena ada juga. Aku tak boleh hampakan Miss Ika.

Apa kata korang? Adakah aku akan berjaya dalam temu duga seterusnya? Apa yang aku perlu tahu pasal HR lagi ye?

Terima kasih sudi baca.

Ulasan

  1. baca entri ni rasa bdebar pulak aish
    cuak cuak cuak, kena pulak nk kena speaking bagai, peh mmg take time la wa nak mjawabnya kan huhu

    BalasPadam
  2. wahhh~!!! best2....chaiyok2 utk temuduga yg kedua...jgn ngantok2 lagi yer...=)

    BalasPadam
  3. aduhhh.. kena sgt la entri ni kan// dah la tengah cari kje.. huuu. human resources ? erm, ana bru abs dip course tu.. dgr pnglamn kak sha ni mcm meremang plak bile time interview.. konpem2 die akan ty ape2 yg ade kaitan kan.. aihhh, takot2

    *eh, goodluck! semoga ada rezeki.. ntah2 miss ika tu GM, hehe. boleh plak kn ?

    BalasPadam
  4. Sis: cuak ke? Sha rileks je. Hehe. Nsb baik b0leh rileks2 je.
    Impr0ve ur english k.

    BalasPadam
  5. Aini: a ah, best kan..
    Tq hrp2 xngant0k lg. Hr 2 klu mgnt0k je xpe. Ni sb tambh dgn lth.

    BalasPadam
  6. Ana: wah, best la dah tau psl hr. Kak Sha k0s0ng k0t. Xtau pape.
    Xpyh takut, prepare je k.

    GM? Entah la. Mgkn dia ank t0key kn.

    BalasPadam
  7. Majikan = 12%
    Pekerja =11%

    Kalau xsilap la..
    Hehehe ;p

    BTW, smoga kak sha berjaya..

    BalasPadam
  8. Peyan: ye ke? Banyk tu..
    Ms kak sha sbt 15% dia dh tkejut gla. Apatah klu 23% ni.
    Cuba peyan tnya pnsyrh..

    Tq t0wards ur wish. :-)

    BalasPadam
  9. Dilla pon kerja HR.. selamat menjadi keluarga HR juga yee.. :)

    BalasPadam
  10. kite kalau pegi interview haihhh taktahu nak cakap ape . cakap pung dah bebelit aigooo . teruk betoi na

    BalasPadam
  11. semoga berjaya dear..hikhik.. siswi lame da xkena interview..hoho

    BalasPadam
  12. wah bagus la gitu. sepatutnya kita kena research dulu jawatan yang kita nak. bila dah tahu, senang. baru orang tengok kita ni bersedia. me always la cari latar belakang syarikat, apa fungsi dan tugas jawatan yg di pohon. kalau tak dapat, bukan rezeki kita la tu. hehehe apa pon good luck. mess with the best and die like a rest .. hahaha

    BalasPadam
  13. wahh 0hsem baca kisah intrvw ni. semoga berjaya yerr.. klu cik mama dah nak nagis kot org ckp cam tu.. hehehheh

    http://pinkpurplemerah.blogspot.com/

    BalasPadam
  14. interview mmg mmg cuakk..hee :)

    insya-Allah bila dah ada peluang kdua tu kena rebut la..

    study n mantapkan english..

    hopefully leh dpt kerja tu!hee

    all the best!

    BalasPadam
  15. very informative n useful note to be taken by others.thanks 4 sharing =)

    BalasPadam
  16. 2012 majikan 13% & pekerja 11% dear...its ok...betul la 2 yg ms.ika npk..sbb kite sbg penemuduga kita akan npk setiap kelemahan org yg kite temuduga...yg penting korang jage 1st interview..biar 1st impression penemuduga adalah baik tuk korang...barulah dia akan pgil uols utk interview ke2...tapi agak jarang ye dapat penemuduga cam cik cite ni...even sy sendiri...kalo 1st intrview sy da npk kelemahan sy agak susah utk pgil dia utk 2nd intrview...n get ready ya uols walau ape keje je yg korang mintak...walau sekecik mane pn jawatan yg korang mintak...korang kenelah ready n anggap benda 2 sebagai idup mati korang...n syukurlah dgn setiap rezeki yg allah swt berikan..kalo kite dapat keje 2 kite kene fikir ada insan lain yg telah terleaps peluang itu akibat dari competentcy dari kita...ok..bye...

    BalasPadam
  17. salam, nk tny...lama tak masa dia nak panggil untuk interview kali kedua tu?

    ambik masa berbulan jugak ke?

    thanks.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker