Langkau ke kandungan utama

Aku Suka Dia






Assalamualaikum.

I am in relationship with someone!

Sesungguhnya, pada mulanya kami kenal, aku rasa ni jenis tak boleh pakai. Tapi aku suka dia sebab dia sempoi dan ada aura positif. Dari situ, lama-lama aku kenal dia.

Paling best bila aku dekat dengan dia. Aku uji dia. Dia pula jenis kuat cemburu. Dia ni jenis kuat terasa. Tak boleh aku kasar atau tolak dia, sentap tu sampai merajuk-merajuk bagai. Tapi paling aku tak tahan, dia merajuk sampai buat tak tak macam tak kenal aku bila selisih dan tarik muka. Terasa gila aku. Mesej-mesej aku dan call-call aku langsung dia tak endah..

Jenuh juga la pujuk dia. Sepagi kot. Kemudian, aku tinggalkan dia jap. Biar dia redha merajuk dulu. Petang tu, aku contact dia balik. Alhamdu lillah, dia dah ok.


Sebenarnya, dia ni jenis nak orang ikut cakap dia. Aku pula lain sikit. Aku tak macam anak-anak buah (staf) dia yang ikut saja cakap dia. Aku melawan kalau benda tu tak ok. Aku pernah tinggi suara dengan dia depan staf dia. Aku pernah tampar dia depan staf dia. Aku pernah berebut stesyen radio dengan dia. Gaduh tu jangan cakaplah. Selalu. Tapi semuanya dia mengalah demi aku.

Cemburu dia agak kuat. Tapi aku lagi suka buat dia cemburu bila aku dibolayan. Dia tak layan aku atau gaduh. Dah cemburu tu kira masih sayang la kan. Dah tak nak gaduh-gaduh lagi.

Aku jenis tak kisah sangat, walaupun nangis-nangis juga la sakit hati. Aku tak kisah, kalau dia dah tak suka aku, aku boleh je cari yang lain. Tapi dah dia pujuk aku, maka aku still (masih) dengan dia.

Sebenarnya sebelum dengan dia ni, aku tengah dalam perhubungan dengan orang lain. Setakat ini dah dua orang. Maksudku semasa aku dalam hubungan dengan A, tetiba dia ada. Kemudian aku putus dengan A, aku kawan dengan B pula, tapi dia tetap ada. Dia macam kawan. Tapi sekarang, aku dah putus dengan B, jadi aku dengan dia sekarang.

Aku suka dia sebab walau pun dia agak kasar tapi dengan aku dia berlembut. Bayangkanlah, kalau staf dia dah kena marah. Tapi, aku ok je. Sempoi r. Bukan buat salah tapi pandai-pandai pujuk. Berani dia nak marah aku? Aku cari orang lain saja nanti. Eh, cakap senanglah. Tapi nak capr orang yang caring macam dia susah..


Semoga hubungan kami kekal.

Aku suka dia. Aku sayang dia.

Ulasan

  1. hye! nice blog! done followin' here. ^_^. jemput dtg blog arin ye. :)
    arinazreen97.blogsot.com. thanks. ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker