Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Berita Negara

Line Semput Sampai Hujung Tahun

Sudah dua minggu line internet di Malaysia mengalami gangguan. Line wifi aku yang laju tiba-tiba asyik disconected (dc). Pelik. Masukkan sim dalam modem, langsung tak kesan sebarang jaringan internet. Fakta, guna internet dalam telefon bimbit lebih laju berbanding guna laptop. Menurut perkhabaran, hal ini berlaku kerana masalah teknikal penyedia khidmat internet sedang meningkatkan sistem. Ayat cliche ! Mendengar risikan pula, hal ini dijangkakan sampai penghujung tahun ini. Oh tidak! Kasihan kepada mereka yang melanggan Internet Daily atau Internet Weekly. Kalau berada di tempat yang agak ramai pengguna internet seperti di bandar, langsung tidak dapat nak buka. Server is down. Kakak sekerja aku mengalami kerugian kerana hal ini. Aku juga kerugian. Duit diambil tetapi tidak dapat menyambung internet. Aku yakin, ramai lagi yang mengalami nasib yang sama. Jadi jangan langgani internet mobil lagi ya. Pada siapa kita harus mengadu hal ini? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

MH370 Penerbangan Yang Hilang: Dirampas atau Terhempas

Satu dunia terkejut apabila pesawat 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) didapati hilang daripada radar pada hari Sabtu 8 Mac 2014 yang lalu. Pelbagai persoalan wujud. Tentera dan nelayan mencari. Jumpa tumpahan minyak. Jumpa serpihan seperti kapal terbang, jumpa bot yang tulis boarding, jumpa itu, jumpa ini. Tetapi, itu bukan milik MH370. Aku pada mulanya cuak juga. Risau. Berdebar-debar.Tetapi apabila dapat tahu satu artikel yang mengesyaki kapal terbang malang tersebut dirampas, aku mula tenang. Tidaklah terlalu risau kerana tahu yang kemungkinan besar pesawat yang membawa 239 manusia di dalam perutnya, dalam keadaan yang selamat. Tidak terhempas. Selepas itu, kenyataan dari DCA, pengerusi MAS dan Menteri Dalam Negeri pun, aku sudah tidak ralat sangat. Keadaan seakan-akan mereka menyembunyikan sesuatu. Wallahu alam. Kes bersangkut Doa dan solat hajat Banyak doa dari semua agama terlibat. Solat hajat juga dilakukan. Selepas solat Jumaat, dilakukan solat hajat. Berita hari ini, p

Kecoh Pergaduhan Antara Ultras Malaya Dengan FAM

Hari ini, kecoh pasal FAM dan geng Ultras Malaya yang menuduh 30 tahun menjahanamkan sukan bola sepak Malaysia. Aku minat bola sepak. Mengikutinya. Aku bangga bila Ultras Malaya wujud. Kemudian, aku ada kawan-kawan yang geng Ultras. Lagi aku kagum dengan mereka. FAM. Badan yang bertanggung jawab pasal bola sepak di Malaysia. Tiada guna perlawanan bola sepak jika tiada penonton. Penonton pula kalau kutuk pemain pun tiada guna juga. Tujuan ada penonton untuk memberi semangat kepada pemain. Tanpa sokongan moral, perlawanan tidak rancak dan hambar. Setelah macam-macam yang berlaku, Ultras Malaya (UM) tidak lagi mahu berdiam diri. Mereka menunjukkan perasaan pada Perlawanan Persahabatan Malaysia menentang Filipina, malam bebaru ini. "FAM Bangsat" "30 tahun dalam Neraka" "Presiden FAM sila letak jawatan" #SangNilaUtama #PFSLJ #Tribute30yearsFAM " Busuk-busuk Harimau Malaya orang kita juga. Bermula lah kisah baru Sang Nila Ut

Lapan Remaja Disedut Pasir Jerlus di Johor, Kisah Persahabatan Sejati

8 DISEDUT PASIR JERLUS Satu demi satu ‘ditelan sungai’ Segamat: “Ya Allah... Zikri... Ayoi... tolong aku.” Itu ungkapan terakhir mangsa pertama tragedi lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini, yang mengorbankan tiga remaja manakala lima lagi rakan mereka masih hilang, semalam. Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu bersama 11 rakannya, tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai itu sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang. Sehingga jam 11 malam tadi, tiga mayat ditemui iaitu Mohd Hafizul Daniel Norhashim, Mohd Zikri Zaidi dan Naz-rul Aminuddin. Ketiga-tiga mayat itu ditemui dasar sungai berhampiran satu sama lain. Daripada lapan remaja berkenaan, dua daripada mereka adalah adik beradik, iaitu Mohd Zikri dan abangnya, Mohd Zaki. Empat lagi rakan mangsa, Mohd Shahrul Abd Halim, 14; Mohd Amerul Shah Ammar, 14; Hafizuddin Zamri, 15; Norshafila A

Trending FB di Malaysia: Apa Cerita Kangkung

SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut. Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan. Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar  yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini. "Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya. Semalam Najib dipetik sebagai berkata: "...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun. "Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya. Sumber http://www.sinarharian.com.my/nasional/trending-fb-a

Alza Baharu Murah Serendah RM52,400

    Aminar (kanan) bersama Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin (tengah) dan Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Yasumitsu Morita dengan Alza baharu. PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan kereta Perodua Alza serba baharu dengan pengurangan harga atas jalan antara dua dan tujuh peratus berbanding sebelum ini, menjadikannya kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan harga paling kompetitif di pasaran. Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid berkata, selain pengurangan harga atas jalan, Alza baharu itu juga melalui penambahbaikan keseluruhan bernilai RM4,000. “Pengurangan harga ini dibuat melalui pengurangan kos secara berkesan bermula rangkaian pembekal, kilang, pembuatan, pusat servis, pusat jualan serta menambah baik produktiviti barisan hadapan. “Kami mampu kurangkan harga atas jalan Perodua Alza generasi baharu ini antara RM1,000 sehingga RM5,500 (bagi tiga v

Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon Meninggal Dunia

  Ariel Sharon TEL AVIV - ISRAEL. Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon disahkan meninggal dunia hari ini, 11 Januari 2014. Radio Tentera Israel mengumumkan, Sharon meninggal dunia pada usia 85 tahun selepas koma sejak lapan tahun lalu akibat serangan angin ahmar. Minggu lalu, kumpulan perubatan hospital Tel Hashomer di sini, mengumumkan kesihatan Sharon makin merosot selepas menjalani pembedahan memasukan tiub saluran makanan, dipetik dari laporan Al Jazeera.

Fakta Perubatan: Kenapa Perempuan Diwajibkan Bertudung

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC   Tengkorak (human sku ll) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan (setakat yang dikaji), dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa, 0.5-1 cm dari belakang telinga) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja. Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki,

Cara Semak SPM 2011 Guna SMS

Assalamualaikum. Ini ada cara nak check result SPM. Pukul 10 pagi, 21 Mac 2012. Cara semak melalui MySMS: 1. Taip: spm>no ic>angka giliran 2. Send/hantar ke: 15888 Boleh disemak sampai 23Mac 2012. Terima kasih. Aku pun rasa berdebar pula.Good luck ye semua. Apa pun keputusannya, terimalah seadanya. =)

50 Universiti Terbaik Di Malaysia 201

Assalamualaikum. Apa khabar? Sihat tak? Jom tengok 50 IPT yang terbaik di Malaysia ikut kepada pengiraan visiblity (aku tak tau nak terangkan macam mana), saiz (saiz apa ya?), kertas kajian yang dilakukan dan sarjana yang dilahirkan dan dilantik. Universiti Putra Malaysia (UPM) (Rank dunia: 428) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Rank dunia: 437) Universiti Sains Malaysia (USM) (Rank dunia: 464) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Rank dunia: 523) Universiti Malaya (UM) (Rank dunia: 596) Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Rank dunia: 626) Multimedia University (MMU) (Rank dunia: 891) Universiti Malaysia Sabah (Rank dunia: 1222) Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) (Rank dunia: 1341) International Islamic University of Malaysia (UIA) (Rank dunia: 1411) Universiti Teknologi Petronas (UTP) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Tunku Abdul Rahman Universiti Malaysia Terengganu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti

[Gempar]: Cubaan Terjun Bangunan IPD Alor Setar

IPD Alor Setar menjadi tumpuan petang semalam hingga memaksa pihak berkuasa menyekat jalan dihadapan IPD tersebut. Hal ini berpunca dari seorang pemuda yang dikatakan mengalami tekanan perasaan memanjat bumbung bangunan tersebut dan mengungut untuk terjun. Pihak bomba di panggil untuk mententeramkan pemuda tersebut. Lebih dua jam usaha memujuk dilakukan barulah ia berhasil dan pemuda tersebut turun dengan selamat. Info dari Jbpm Negeri Kedah

SBPA Mansuh, Sistem Saraan Malaysia Kekal

 SHAH ALAM - S kim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan . Perdana Menteri juga berkata, sebuah s uruhanjaya khas yang terdiri daripada pelbagai pihak akan dibentuk bagi mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara menyeluruh. Beliau yang juga Menteri Kewangan  mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha N

Keputusan STPM 2012, 12 Orang Dapat 5A

STPM: 46,712 lulus, 12 calon dapat 5A 7 Mac 2012 KUALA LUMPUR - Seramai 46,712 atau 92.19 peratus calon telah lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berbanding 46,795 (92.5) pada tahun sebelumnya. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Datuk Dr Mohd Noh Dalimin berkata 12 calon telah mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding lapan calon pada tahun sebelumnya. Pada umumnya, prestasi calon tahun 2011 adalah sama dengan tahun 2010, di mana Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) adalah sama, iaitu 2.22, katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 di sini hari ini. Pada tahun 2011, seramai 298 calon (0.59 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 343 calon (0.68) pada tahun sebelumnya. Seramai 50,669 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas.

Politik: Jangan Taksub Sangat La

Gambar diambil dari sumber . Assalamualaikum. Pendahuluan Ini adalah entri membuka minda anda. Kalau anda masih mahu berfikiran kolot dan jumud, elok benarlah membacanya supaya terang hati perut anda. Tetapi tahap kepedasannya mungkin membakar hati anda. Sabar, saya hanya rakyat Malaysia yang ingin membuka minda rakyat senegara dengan saya supaya dapat berfikir dengan sewajarnya. Sekarang ni riuh pasal isu politik itu ini. Baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Yang ahli atau pro-kerajaan dan pro-pembangkang ini asyik bergaduh sahaja, keluarkan apa yang pemimpin-pemimpin mereka utarakan. Kalau setakat perbincangan elok-elok tak apa la. Tapi sampai keluarkan perkataan berbaur negatif, tu yang tak elok. Kalau macam ni, sampaikan kiamat pun tak kan habis. :P Tujuan buat entri politik Politik? Sebenarnya aku malas nak tulis bab ni. Pembaca aku tak berminat. Sumpah, kalau aku tulis pun, tak ramai yang akan komen apa yang aku tulis dan tak ada trafik mencanak pun masuk. 

Ong Kim Swee Akui Kesilapannya Hadiah Jepun 4 Gol

Gambar masa team Harimau Malaya merayakan kemenangan ke atas Indonesia. Skuad Olimpik Malaysia perlu banyak pembaharuan 23 Februari 2012 SKUAD Olimpik negara perlu melakukan penambahbaikan dari segi permainan sekiranya berhasrat untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan Olimpik. Ketua jurulatih Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, mutu permainan yang dipamerkan oleh anak didiknya hari ini terbukti belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. "Kita perlu lebih banyak melakukan pembaharuan dari segi permainan sekiranya ingin bersaing dengan negara-negara hebat dalam bola sepak seperti Jepun," katanya kepada pemberita selepas perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Jepun, malam tadi. Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad negara gagal beraksi cemerlang di laman sendiri setelah dibelasah 0-4 oleh pasukan Samurai Biru. Kim Swee turu

Bersambung Semula Selepas 8 Jam, Ngeri, Kejam

8 jam sambung tangan putus Wartawan Sinar Harian 16 Februari 2012 KUALA LUMPUR – Pasukan perubatan dari Hospital Gleneagles terpaksa turun ke lokasi kejadian mencari tangan kiri Poon untuk menyelamatkannya yang kehilangan banyak darah. Tindakan pantas pegawai perubatan itu bukan sekadar dapat menyelamatkan nyawa mangsa, tetapi dapat menyambung semula tangan yang terputus lebih sejam itu. Menceritakan detik mencemaskan ketika merawat mangsa, Pakar Perubatan Trauma, Tangan dan Micro­surgeri Hospital Gleneagles, Dr Palani Ramasamy berkata, mangsa sampai ke wad kecemasan jam 9.30 malam dalam keadaan separa sedar. “Saya segera ke hospital apabila dihubungi Dr Mary Ann yang berada di wad kecemasan. Beliau cuba mene­nangkan dan berkomunikasi dengan mangsa dalam usaha mencari semula tangan kiri tersebut,” katanya. Beliau berkata, mereka segera melaporkan kejadian tersebu

Open Tracker