Langkau ke kandungan utama

MH370 Penerbangan Yang Hilang: Dirampas atau Terhempas



Satu dunia terkejut apabila pesawat 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) didapati hilang daripada radar pada hari Sabtu 8 Mac 2014 yang lalu.

Pelbagai persoalan wujud. Tentera dan nelayan mencari. Jumpa tumpahan minyak. Jumpa serpihan seperti kapal terbang, jumpa bot yang tulis boarding, jumpa itu, jumpa ini. Tetapi, itu bukan milik MH370.

Aku pada mulanya cuak juga. Risau. Berdebar-debar.Tetapi apabila dapat tahu satu artikel yang mengesyaki kapal terbang malang tersebut dirampas, aku mula tenang. Tidaklah terlalu risau kerana tahu yang kemungkinan besar pesawat yang membawa 239 manusia di dalam perutnya, dalam keadaan yang selamat. Tidak terhempas.

Selepas itu, kenyataan dari DCA, pengerusi MAS dan Menteri Dalam Negeri pun, aku sudah tidak ralat sangat. Keadaan seakan-akan mereka menyembunyikan sesuatu. Wallahu alam.

Kes bersangkut

Doa dan solat hajat
Banyak doa dari semua agama terlibat. Solat hajat juga dilakukan. Selepas solat Jumaat, dilakukan solat hajat.
Berita hari ini, pihak berkuasa (JAKIM) memohon tahfiz dan budak tahfiz yang menghafaz 30 juzuk al-Quran supaya melakukan solat hajat tidak henti.

Bomoh

Entah siapa, entah bagaimana pak menteri menjemput Bomoh VVIP Satu Malaysia. Ritualnya pelik. Dah jadi bahan untuk diparodikan pula. Malu satu dunia. Mereka masih anggap Malaysia negara mundur, duduk atas pokok, memang kuat lagi pandangan mereka dengan kemunculan bomoh ini.

Aku tengok gelagat bomoh ini sangat lucu. Ada dua isu yang bomoh ini timbulkan.

Tikar terbang, teropong buluh, bubu dan coconut shake

Kaedah jampi serapahnya menggunakan tikar terbang, teropong buluh, bubu, buah kelapa. Lucu. Lucu.

'Kokedai'

Perkataan 'kokedai' pula muncul apabila bomoh tersebut, Ibrahim merasa marah atas teguran Khairy Jamaluddin (KJ) dengan menyebut, '"Saye tampor die macam buaye baru die tahu !"
Dia mendakwa KJ sudah malukan nama baik dia. Dia tak sedar yang dia dah burukkan nama baik negara Malaysia dan agama Islam itu sendiri. Patutnya dia yang kena penampar.

Aku tahu berita pasal kokedai ini dari twitter. Ada kawanku rapat dengan KJ. Ayat dia yang aku tak boleh lupa, "Cam kesial. Kokedai. Bajet cute la tu. #DiaTakAkanTahuUnmensi", KJ jawab, "Woi". Memang lucu la. Hahaha~ Sebab sebelum tu, KJ ada buat status pasal dia nak kena tampar dan tulis kokedai.




KJ ni cool. Sempoi. Aku kenal dia lama dah, dah lebih sepuluh tahun, pada mula-mula dia jadi perwakilan dalam mesyuarat Agong UMNO, (walaupun parti aku berbeza -tengok tv jer) dan tak sangka dia terus naik. Orang mula nampak bakat beliau apabila pimpin kementerian belia dan sukan (KBS), beliau lebih mendengar suara rakyat.

KJ kan suara anak muda. Lagipun, beliau aktif bermain dengan media sosial seperti twitter dan fb. Jadi boleh nampak pandangan rakyat secara keseluruhan.
Menteri-menteri yang lain, kurang berminat nak ber-twitter bagai.



Kesimpulan
Sekarang ini, misi memeriksa rumah anak kapal dan penumpang, mungkin mereka ada kaitan dengan penculik yang merampas pesawat tersebut.

Teruskan berdoa dan harapan.
Apa pun, semoga semuanya selamat. Amin.

Ulasan

  1. hahaha. ingatkan ape kokedai.. crocodile rupanya. hahahaha!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Bahasa Thai; Greeting Selamat Pagi, Tengahari, Petang, Malam

Assalamualaikum.   Lama tak buat entri Bahasa Siam, kan. Jom belajar greeting. selamat pagi : arun sawad   selamat malam : ratri sawad...   Kawan Sha cakap, ada selamat pagi dan selamat malam sahaja. Jadi Sha ambik kesempatan bertanya kepada natif Thai. Jom tengok berbincang di bawah. (motif? Malas nak edit. Haha~) Ada slamt pg n malam je..tgh hari cuma cakap เที่ยง je la Apa tu, bahasa thai, mana sha tau. Sawad ke? sawad tu macam salam..ton thiang maksud tgh hari Oo.. Ton thiang bunyinya 'ton tiang' ke 'ton siang'? Ton thiang Ok2.. =) selamat petang Ton bai. faham in thai? Ye Ye.. khob cai ka Mai pen rai Apa maksudnya? Tak apa Sampai jumpa di lain masa. =) Boleh lawat page Bahasa Thai kat menu tab atau klik kat sini Bilang Sapaan Perkenalan Pertuturan biasa Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entr...

Open Tracker