SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.
Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.
Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.
"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.
Semalam Najib dipetik sebagai berkata:
"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.
"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.
Sumber http://www.sinarharian.com.my/nasional/trending-fb-apa-cerita-kangkung-1.240171
________________________________________________________________
Aku cuti hari ini. Dari pagi sampai ke malam duk mengonlinekan diri. Rasa macam nak muntah sebab semua media sosial duk cakap pasal kangkung, kangkung, kangkung. Bosan gila. Muak. Nak muntah.
overload ni.
Ramai gile yang komen pasal isu ini. Ye la, harga barang sekarang semua naik. Susah hidup di kala ini. Pada zaman Dr. Mahathir memerintah jualah yang terbaik.
Keep calm and eat kangkung |
Malaysian Ice Blended Kangkung |
Pizza Kangkung |
Burger Kangkung |
Resipi Kangkung Goreng Belacan
Bahan-bahan (untuk 3-4 orang makan)
1 ikat kangkung
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Sedikit belacan
2 sudu besar ikan bilis
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa.
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Sedikit belacan
2 sudu besar ikan bilis
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
- Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (2-3 minit).
Hai, semua pasal kangkung saja.. Penuh feed dow!
Salam.
BalasPadamKerana kangkung je, habis jadi bhn cerita satu negara,hehehe
Tahu tak apa, Lana.
BalasPadamKecoh kan? =)
kangkung sedap apa.. hahaha!
BalasPadamkangkung tumis belacan, yummy! XD
assalamualaikum..
BalasPadamjgn ada yg lahirkan anak pastu bubuh nama kangkung dah la.,,
amboii dengan kangkung macam2 boleh buat ye =p hehe
BalasPadamKangkung oh kangkung isu nie tak pandai habislah
BalasPadam