Langkau ke kandungan utama

Kecoh Pergaduhan Antara Ultras Malaya Dengan FAM

Hari ini, kecoh pasal FAM dan geng Ultras Malaya yang menuduh 30 tahun menjahanamkan sukan bola sepak Malaysia.

Aku minat bola sepak. Mengikutinya. Aku bangga bila Ultras Malaya wujud. Kemudian, aku ada kawan-kawan yang geng Ultras. Lagi aku kagum dengan mereka.

FAM. Badan yang bertanggung jawab pasal bola sepak di Malaysia.

Tiada guna perlawanan bola sepak jika tiada penonton. Penonton pula kalau kutuk pemain pun tiada guna juga. Tujuan ada penonton untuk memberi semangat kepada pemain. Tanpa sokongan moral, perlawanan tidak rancak dan hambar.

Setelah macam-macam yang berlaku, Ultras Malaya (UM) tidak lagi mahu berdiam diri. Mereka menunjukkan perasaan pada Perlawanan Persahabatan Malaysia menentang Filipina, malam bebaru ini.

"FAM Bangsat"

"30 tahun dalam Neraka"

"Presiden FAM sila letak jawatan"


#SangNilaUtama
#PFSLJ
#Tribute30yearsFAM

"
Busuk-busuk Harimau Malaya orang kita juga.

Bermula lah kisah baru Sang Nila Utama untuk tahun 2014."

#matchday #awayday
#PresidenFAMSilaLetakJawatan
#30mintSilent #Tribute30YearsFAM


Itu adalah antara slogan yang dilaungkan oleh UM.

UM juga ada membakar suar (api) pada minit ke 30 perlawanan yang menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.

Berlaku jawapan balas dari page facebook FAM.



Sebenarnya, UM dan FAM telah 'bersemuka' tetapi FAM tetap dengan egonya. Siap UM dapat diberi umpan tapi UM tak terima. Benda berbangkit ini sudah lama. Ibarat bara dalam sekam. Lama-lama jadi api.

Nak lebih pedas, korang ikuti twitter UM dan boleh baca berita di sini http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KamimahuaibkanFAM_UltrasMalaya/Article

Ulasan

  1. Sampai bila lah bola sepak negara nak maju...sedih tgk situasi bola sepak negara skrg ni...huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker