Langkau ke kandungan utama

Cerpen Viral Datuk Sri Sanusi Md Nor Yang Bertajuk Rampasan Nasi Lemak

Nasi Lemak Ikan Bilis


Ini adalah cerpen pertama yang Sha baca, nukilan rasa Menteri Besar Kedah, Datuk Sri Sanusi M Nor yang bertajuk Rampasan Nasi Lemak. Viral di facebook kerana ramai ibu-ibu yang kongsi (share).


Rampasan nasi lemak?? Betul-betulkah ia terjadi? Kalau betul, tolong lah cikgu... lain kali jangan la ambik lagi jualan anak-anak kecil itu ...kasihanilah dia.

Mungkin duit jualan tu untuk persekolahan keluarga dia. Adik-adik, abang, kakak... kesian mak ayah dia.

Tahukah cikgu betapa susahnya memasak nasi lemak dan sambalnya? Modalpun tentu lebih daripada biasa waktu ini.. bebanan hidup dihempap GST! Mungkin dengan rampasan hari ini, jangan untung sekupang dua, modal untuk esok sudah tiada...

Gantikanlah RM17 mereka itu... tentu ada barakah yang besar dalam kelembutan hati cikgu... saya yakin, anak-anak sekolah yang menjual nasi lemak di sekolah tak punya ibu ayah yang kaya raya...

Ini kisah silam saya...

Sambal Bilis

Keinginan meluap-luap menambah menu di dewan makan seperti orang lain, nanti pasti tertunai. Setiap kali pulang dari kampung, setiap hari Ahad, selepas waris datang melawat pada hari jumaat dan sabtu, air liurku terkecor. Pipiku kembang basah dengan bau wangi sambal bilis dalam botol nescaffe di depan beberapa rakan. Mereka meratah seekor demi seekor. Aku hanya memandang kadang-kadang menjeling dengan ekor mata. "Tentu sedappp!...kalaulah dia memberi aku merasa barang seekor...


Pagi sabtu itu, Mak sedang mengoyak ikan bilis yang aku beli tadi seekor demi seekor. Cabai kering sudah terapung dipermukaan air dalam mangkok tin kemek di sisi mak. Aku mencuci botol kacang jerok yang aku pungut di belakang kedai Musa. Bersih berkilat. Aku koyak labelnya, tudungnya merah menyala. Ada bau kacang jeruk masih tersisa. Aku membayangkan botol itu penuh dengan sambal, aku bimbit dalam plastik ke dewan makan untuk beberapa hari waktu makan malam. Tentu menyelerakan.

Petang itu aku akan balik ke asrama. Aku memerhatikan adik-adik yang sedang berlari bermain, beg pakaian tepi dinding belum diisi. Botol tu nanti aku balut dengan surat khabar dua tiga lapis, di luarnya plastik supaya tak tumpah dalam beg. Pak belum balik untuk aku minta tambang dan belanja. Berapa ringgit pun tak apa, asalkan lepas tambang dan bayar hutang cikgu $10.

Lesung batu mak mula berbunyi, sekejap pantas sekejap perlahan rentaknya. Sekejap menumbuk sekejap menggesel. Makin nyaring bunyi lesung, makin hancurlah cabai kering melekat sekeliling dinding lesung dan alunya. Lamunan terhenti bila terdengar suara Mak menghambat adik pergi jauh..."gi meng kot nuu, satgi masuk mata!" Kata Mak kuat. Aku berlari menyambar Shila dan Senah. Rambut Senah kerinting tercongkeng di belakangnya, badannya kurus kering, hanya berseluar pendek. Mata Mak merah berair, bawang merah sudah teradun bersama cabai dalam lesung.


Kraaappp! Mak menarik picu dapur minyak tanah ke atas, mancis api menyala dicampak ke lubang sumbu benang mentah. Lidah api kuning mula menghulur ke atas, Mak ambil bilah dawai bersumbu kecil di hujungnya meratakan api ke sekeliling bulatan dapur bulat biru tua itu. Karat sudah menjamah sebahagian bahagian atasnya. Belanga hitam pusaka Tok Timah menyentuh tungku dapur dan mula berasap.


Aku sudah bersiap ketika Pak pulang dari hutan dengan motor honda cup C70 yang diberi oleh 'Chin Toyu' Kg Berona sebagai upah Pak menukang di rumahnya. Platnya PN 2710, warna kelabu, seatnya warna coklat di sekeliling, hitam di tengah. Duduknya sudah senget ke kiri, besi penambatnya sudah tertanggal dari rangkanya. Tayar depan dan belakang sudah tidak sejajar, memikul beban berat mengganti gerek yang sudah menyandar di belakang rumah.


Tengahari itu aku menerima penuh syukur duit seringgit dan lima ringgit $20 semuanya. Ada gambaran terselit di wajah Pak saat menghulurkan belanja itu. Sukar aku terjemahkan, mungkin itu saja hasil Pak hari ini, semuanya untuk aku.
 "Belanja jimat-jimat la Shi ooo...adik-adik ramai lagi ni di rumah ni". Pesan Pak. Bersalam mencium tangan Mak Pak belum berbudaya dalam kehidupan keluarga. (Hanya selepas berumahtangga dan berlaku percampuran budaya, barulah kami mengerti apa erti mencium tangan orang tua). Hanya pesanan dan ingatan diberikan untuk melepaskan anak dan adik abang pergi. 

"Mengaji rajin-rajin la Shi ooo.." pesan Mak. "Mak! Nak hata Ashi nek bas! Jerit adik-adik. " Gii lah! Tapi jangan lintas batas"! Mak memberi ingatan.


Adik-adik berderet menghantarku ke batas (jalan raya), ada berbaju ada yang tidak. "Nak try wak beg, berat ka dak"? Adik-adik meminta, sekejap memintas di depan, sekejap memaut di belakang. " Heh! Tak leh, jatuh satgi pecah sambal ku".

Aku melangkah tangga bas MARA Jeniang-Sik, mengambil tempat. Saat memaling ke luar tingkap, adik-adik sudah berlari-lari pulang bersaing dan mengusik. " Jangan lari satgi rebah". Hanya hati berbisik saat tayar bas bergolek. Kenangan inilah menemaniku bertahun-tahun berjauhan, menghadirkan sedih, pilu bersulam rindu! sepanjang waktu...


Aku tukar bas di Jeniang. Bas UTC Jeniang-Bukit Selambau- Sungai Petani akan membawaku terus ke Mat Jiwa, tambangnya $2.70...aku juga ada sambal malam ini...

"Aku basuh sambalku yang berkulat...."

Malam itu aku ke dewan makan, paling awal, berbekal semangat sambal ikan bilis yang mak. Aku pinjam sudu dan aku makan semulut lepas semulut. Sedapnya masakan mak membawa aku ke rumah. Aku beri sedikit jiran kiri dan kanan, yang jauh aku tak pelawa, takut cepat habis. Aku nak berjimat selama yang boleh.

Balik dari sekolah, aku membuka tudung botol, mengambil baunya, harumnya menghadirkan Mak dan adik-adik. Aku senyum sendiri. 3 hari kemudian, aku kehilangan kenangan, sambalku berkulat memutih di bahagian atasnya. Baunya sudah tidak enak, aku mula menyesal tak sudah. Alamak! Macam mana boleh berkulat. Sambal Pak Lan, Doet, Yasak dua minggu boleh makan lagi? Aduhhh!

Aku sayang ikan bilis itu. Aku cedok kulatnya, membuang ke tong sampah. Aku mencuba sesudu, masih boleh di makan. Aku termenung lama, di mana salahnya sambal aku, aku tak menyelok dengan tangan, aku pakai sudu, aku hanya menciumnya, tak tersentuh di bibir atau hidung.

"Pak Lan, awat sambal hang tahan lama? Yang aku dah berkulat." Aku taya Pak Lan Wahab " Mai tengok!" Pak Lan mencedok dan merasa. " Oooo.... Ikan bilih hang tak goreng dulu kot. Mak aku gorang sampai rapuh, baru boh minyak tomeh dengan cabai, hang tengok, kuah dia semua minyak". Sambil mencedok seekor untuk aku. " Ooo...mungkin cara masak tak sama kot. Tak pa lah, nanti balik kampung aku suruh Mak aku buat lain". Aku memujuk hati yang mula sebak.

Aku ke bilik air, membasuh sambalku, membuang kuahnya. Aku meratah semua ikan bilis yang masih banyak dalam botol, sejemput demi sejemput. Aku tak tergamak membuangnya. Aku beli sendiri ikan bilis tu di kedai Musa. Bukan seringgit, bukan dua ringgit. Untuk sebotol sambal aku saja mungkin $2.50, bakinya untuk makanan di rumah.

Pak Lan tak tahu, masa Mak masak sambal ni, di rumah aku tak ada minyak masak...

Tahukah cikgu betapa susahnya memasak nasi lemak dan sambalnya? Modalpun tentu lebih daripada biasa waktu ini.. bebanan hidup dihempap GST! Mungkin dengan rampasan hari ini, jangan untung sekupang dua, modal untu… 
See more
All reactions:
Noor Hafizzan Zainol, Eyda Wahed and 3.5K others
46
2.2K
Like
Share

Comments

  • Syafiq KZaman
    cikgu jual kuih raya, produk kesihatan dan barangan Avon tu kat sekolah pula depa buat tutup sebelah mata.
    153
  • Muhammad Sanusi Md Nor
    Hahaha...berjuta produk!
    26
  • Khairuddin Mdisa
    Mungkin boleh membantu untuk cerita sebenar
  • Miza Mami
    Best baca kisah cerita hg nusi...meleleh ayaq mata aku...aku kasi 5 bintang yaa!!
    26
  • MLufti Lufti
    Terbaikk...Tuan Haji Nusi,teringatkan aku waktu sekolah,Kampung dan kampung tok aku di Sik...Saya pernah lalui stuasi sebegini..
    7
  • Asmiza Othman
    Cerita nusi ni....sebiji2 sampai boleh terbayang2 suasana ms skolah tu depan mata...
    18
  • Muhammad Sanusi Md Nor
    Haaa...cerita lama...kot2 ada gunanya utk ingatkan diri sendiri
    66
  • Saharuddin Abu Kassim
    Terbaik bro, moga ada cikgu yg membacanya & terbuka hati nak ganti balik suit nasi lemak tu. Cikgu mana tu Si...
    3
  • Nasrun HjHamzah
    Jangan litas batas..
  • Fik Kri
    PPD dah turun tadi ke sekolah terbabit...masing2 ada salah sendiri...saya xrasa ada cikgu yg tergamak nak sekat anak murid yg miskin berjual beli di sekolah...melaenkan ada sebab2 yg tertentu...
    24
  • Muhammad Sanusi Md Nor
    Harap dapat setel dengan baik... jadi pengalaman 'negara'...
    26
  • Abi Dani
    Kebanyakkan cikgu di sek2 buat bisnes..hampir 90%..tapi tak pernah dgn lagi la...guru besar atau pengetua tidak ambil tindakan..mcm sekarang cikgu2 tgah hangat MLM Elken..bkn main rm puluh2..malahan ribuan..
    15
  • Hashim Abu
    inilah murid yang bagus belajar berniaga dari kecil lagi,bila habis sekolah ada sikit pengalaman terus berniaga,ni bila balik rumah petang lawan moto ,minum ketum dan bagai2 lagu,ana sokong murid ni di beri sokongan,teruskan biar mati d atas nasi lemak
    2
  • Mohd Asri
    Semua sekolah ada peraturan ini... Bukan sekolah yg buat, kementerian!. Cikgu tu ikut arahan.
    Jika berlaku keracunan makanan, siapa nak jawab?
    Budak ni dah tentu bawa lama dah sbb tu semakin ramai yg order.
    27
  • Norlaili Ishak
    Weiiii....nusii...mu ni buat aku tubik a mata.....xsgka bdk laki2 pong bw bekaisambai bilih kerin.boh dlm boto nescafe
    4
  • Kasim Shaari
    Insyaallah xdk ckgu y kejam utk rampas ns lemak bdk tanpa sebab y kukuh..
    Mereka pon thu kos sara hdup y mngkt dgn gst loni..
    4
  • Sam Pan
    Klu dok. Bwah umno/Bn mcm ni la perangai, !!!..mcm israel..
    2
  • Aniza Dzahir
    Baguih crita tu Muhammad Sanusi Md Nor....hg kenai aku dak??
  • Mohd Shukri Abd Rahman
    Klu tak bagi murid jual sambilan.....che GU juga jangan jual sambilan jugak di sekolah......
    14
  • Kimon Hakimi
    Asmiza Othman Xpenah jual ns lemak kat sek.... Huhu
  • Asmiza Othman
    Awat dak pulak Kimon Hakimi oii...kak hangpa ni mcm2 dah prnh rasa apa yg bdk2 ni lalui...
  • Mus Mansor
    Nusi bawa mercun ..lgi terok...haha....
    4
  • Muhammad Sanusi Md Nor
    Aniza Dzahir..hg anak paksu ed. Kalu sekali tgk mmg tak dpt cam...tembam sgt!
    8
  • Muhammad Sanusi Md Nor
    Norlaili Ishak...mu ingat budak2 lelaki tak mkn sambal bilih ka?... menitik a lior laa tgk dema mkn tak semawa...
    17
  • Shahrel Elham
    Mak sy buat nasi lemak..kami adik beradik boh dlm bag..jual kat sek...adoiiyaii teringat2...
    4
  • Halmi Ismail Achik
    Ambe jugak punyai cerita nasi lemak
  • Aniza Dzahir
    Amboih sanusi...nk jugak mengata kat aku noh
    6
  • Umm Al Waqqas
    Sy minat dgn semua hasil karangan sasterawan Malaysia..teringat novel Ranjau Sepanjang Jalan,kisah kampung banggol derdap hasil prof emeritus Shahnon Ahmad.. Nukilan tuan ini hampir seperti itu..
    16
  • Muhammad Sanusi Md Nor
    Oiiii...cik oiii...jauh laa dgn Cikgu Shahnon...mcm langit dgn bumi.
    28
  • Jamaliah Omar
    walaupun kami pinggir pekan..
    sek rendah dulu juai jugak pulut udang
    mak buat...besaq besaq toliam ooo.....… 
    See more
    11
  • Siti Rohana
    Part salam tu mmg lah..saya orang Baling anak ke 3. Sy tengok budaya ni kat asrama. Balik saya cuba buat salam cium tangan peluk2 ni. Mmg keraslah mak ngan pak ðŸ˜…. Pak sampai la kekok gitu la ðŸ˜…
    35
  • Hj Shofe Abdullah
    kami yg dok koq belah hilee ni pong thuu idop susah seblas ngan mb nusi .. anak orang susah yg brgelut kais pagi makan pagi dgn adik beradik ramei trpksa brtarung cari rini tuk nk makan esok .. aku masa haloos dulu pong qeti buat qeja kapong mcam ambik… 
    See more
    76
  • Ihsan Kamarudin
    8 tahun dulu punya karangan.. Padu..
    37
  • Mohd Yusni Bin Yahaya
    Cerita Bab nasi lemak ni..
    Teringat juga nasi lemak Bonda kukus...… 
    See more
    10
    • Like
    • Edited
  • Mohd Yusni Bin Yahaya
    Bab kena rampas besa kena jugaaa
    Darjah 1… 
    See more
    6
    • Like
    • Edited
  • Bukhari Abdullah
    Sapa2 yg besa kutip biji getah utk juai tu kira untold story la.
    Malu nak ghoyat
    33
  • Azhar Zakaria IAz
    kenangan terindah tuu..aku dlu pak aku tokey kedai,hari2 gagau sdirii dlm laci kedai bila nk p sklh..
    12
  • Abu Lubna Abdullah Anuwar
    baca cerpen Dato Sri Muhammad Sanusi Md Nor seolah membawa saya kembali ke zaman silam.Sangat puitis dan halusi
    31
  • Azlina Ina
    Allahuakbar ..sambal bilih la peneman masa mengaji dulu ..masa dok asrama sekolah menengah sampai la universiti..hat tu la habuan berjimat cermat dan ingatan rindu dendam kepada keluarga nun jauh di seberang laut sana🥰
    12
    • Like
    • Edited
  • Hasan Omar
    Bila baca kisah ini..teringat pada kejadian sendiri kira2 15 THN dulu...😓
Boleh baca cerpen MB yang lain juga: 

Terlajak Buas Aku Dibicarakan 

Diterima dan diusir

Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker