Langkau ke kandungan utama

Cerpen Viral Datuk Sri Sanusi Md Nor Yang Bertajuk Buas Terlajak.... Aku Dibicarakan

Kali ini, mari kita telusuri cerpen viral Datuk Sri Sanusi Md Nor Yang Bertajuk Buas Terlajak.... Aku Dibicarakan. Cerpen ini juga memang menapat populariti yang tinggi. Boleh baca cerpen beliau Diterima dan diusir.

Buas Terlajak.... Aku Dibicarakan

Hujung tahun 1991, Menjelang peperiksaan amali SPM....
Pagi itu Cikgu Suaidi Saad datang berjumpa. Dia mengajar Matematik tambahan di kelas 5 Sains. " Sat lagi kamu akan dipanggil mengadap lembaga disiplin. Kamu akan didakwa atas beberapa kesalahan yang membolehkan kamu dibuang sekolah. Saya harap kamu akan menjawab dengan tenang mempertahan kan diri, jangan rasa takut dan bimbang. Kalau kamu tidak bersalah, tiada sapa pun boleh buang atau gantung kamu. Saya sentiasa di belakang kamu."

Berbanding sekolah lama, SM Sik lebih terkehadapan dalam isu tindakan disiplin. Sekurang-kurangnya aku di beri peluang untuk bercakap membela diriku sendiri. Aku bercakap dalam hati.
Baru kelmarin polis datang ke sekolah bertanyakan pihak sekolah tentang kes yang aku report. Report polis itu aku buat atas nasihat doktor Hospital Sik yang melihat kesan kecederaan di tangan dan leher, dan melakarnya di kad rawatan pesakit. "Awak boleh balik, tapi saya nasihatkan awak buat laporan polis, sekurang-kurangnya untuk melindungi diri awak. kes seperti ini jarang berlaku." Kata doktor.
Lepas report, aku balik rumah. Petang itu aku dipanggil ke balai oleh polis Sik. Aku pergi dengan Mohd Khir Bakar dengan motor Honda fame-nya, rakan sekampung yang juga bersekolah di situ. Dia sama usia dengan Ajik. Dari jam 6.30 hingga jam 9 malam, aku ditanya berbagai-bagai soalan. Aku menjawab sambil sarjan itu menaip - tap! tup!tap! tap! tup! taptaptap! kltinggg! ....Kreekkk!

"Esok mu gi sekolah, buat satu buku tandatangan. Mu suruh semua pelajar semua murid yang tak setuju dengan cara Cikgu 'M' buat ke mu tu, sain di buku tu... Bila habih, mu gi beri kat Cikgu Besa (besar). Kata Pak malam itu.

Esoknya, buku latihan pendek itu hampir penuh ditandatangan oleh pelajar yang sempat aku jumpa. Turut menandatangani 'ketidaksetujuan' tindakan cikgu itu ialah Asmawi Abu Bakar (Mawi), Ketua Pengawas Sekolah. " Bila aku sain ni, mu buleh kata seluruh pelajar membantah tindakan cikgu M".


Oleh sebab aku pusing ke sana ke mari hingga sesi persekolahan petang, Pengetua sudah pulang. Aku ke pejabat sekolah dengan Mawi. Hanya Penyelia Petang saja yang tinggal. "Cikgu, ini saya ingin serahkan kutipan tandatangan pelajar-pelajar yang membantah tindakan Cikgu M ke atas saya. Harap cikgu dapat terima bagi pihak Pengetua. Cikgu Komeng (Maafkan saya Cikgu, saya tak ingat nama penuh cikgu, saya pelajar sesi pagi, hanya panggilan mesra ini saja saya ingati) meneliti semuka demi semuka. "Ok! saya terima dan akan bagi kepada pengetua". Abang Din kerani sekolah yang pandai bermain gitar itu tersenyum pada kami.
Jam 9 pagi, Cikgu Suaidi datang memanggil. " Sanusi, jom ikut saya ke pejabat. Ingat apa yang saya pesan tadi... Jangan takut!" Aku masuk memerhatikan meja bujur itu dan memberi salam. Di sana ada Pengetua, Penolong Kanan dan HEM, Penyelia Petang, Cikgu H ( yang dimadukan beberapa lama kemudian), Ustaz H (kawan baik Pak), Cikgu Lah B, Cikgu Suaidi, Cikgu Y (Allahyarham) dan dua lagi cikgu sesi petang yang aku tak ingat nama mereka. Aku berdiri di sisi meja itu, tangan kilas ke belakang.
"Sanusi, kamu pelajar tingkatan 5 Sains, betul? Tanya Pengetua.
"Ya Cikgu!"
" Di depan awak ni ialah Lembaga Disiplin sekolah. Kami telah berbincang dan mendapati kamu boleh didakwa atas beberapa kesalahan disiplin. Pertama, kamu telah membuat satu laporan polis terhadap cikgu M dan menuduh bahawa kamu telah dicederakan dalam pergaduahan dengan cikgu M dalam kelas 4 Sains. Adakah di sekolah ini tiada keadilan sampai kamu cuba mencari keadilan di luar? Membuat laporan polis terhadap cikgu adalah kes yang sangat berat."
"Tapi cikgu...."
" Nanti dulu, ada lagi. Awak ni Sanusi, sepanjang bersekolah di sini sejak tingkatan 4 telah banyak melanggar disiplin sekolah, antaranya awak membuat bising dalam kelas waktu cikgu mengajar, awak tidak pakai stoking ke sekolah, awak tidak membawa buku ke sekolah, awak merokok. Apakah penjelasan awak. Awak juga banyak kali tuang kelas". Kata Pengetua, Hj Abdul Ghani Bin Bulat.
" Boleh saya bercakap cikgu...
" Mu ni Nusi, Pak mu tu bek dengan saya ni, kami dulu dok pondok sekali, dok balut rokok daun sekali..pasai pa mu jadi sape lagu ni, pasai pa mu isap rokok di sekolah? Ustaz H menyampuk.

"Saya sejak dari awal lagi ada masalah dengan dia. Dia tak bagi perhatian langsung dalam kelas. Dia selalu bising, pernah saya bawa dia jumpa Pengetua sebab bising dalam kelas, mengganggu tumpuan saya dan pelajar lain, tapi dia tak serik-serik. Hari pertama lagi dia sudah tidak bawak buku ke kelas". Cikgu H ( yang dimadukan beberapa lama kemudian) menambah.
Aku memicit jerawat batu di pipi untuk menghilangkan gemuruh. Masa itu muka sepet aku memang dihiasi jerawat. Dalam kelas aku berkongsi masalah jerawat dengan Zam, Mie Musa dan Chaq. Zam ada kalanya guna pembaris besi untuk melicinkan mukanya. Selepas pembaris besi itu ditekan lalu di mukanya, darah cair berbintik-bintik menonjolkan diri. "Woii Zam...berdarah tu." Aku memberi komen. "Aku geram laaa". Katanya. "Kalau geram, hang pi canai muka hang di kedai besi Pekan Sik tu satgi."...hahahahha!!, budak-budak berjerawat ketawa.

" Kita ni Sanusi, kalau nak mengaji kena hotmat pada guru. Cuba kamu baca kisah Imam Shafie, masa mak dia serah dia kepada guru, mak dia pesan, jangan sampai buta dan pekak, buat apa saja supaya dia mendapat ilmu, betoi dak Ustaz H?" Cikgu Y juga menambah.
" Boleh saya bagi penjelasan saya cikgu?" "Silakan!" kata Pengetua.

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada sekolah ni yang terima saya yang terbuang dari Sekolah Sains. Darahku gemuruh, suaraku terketar-ketar. Tentang buku, masa saya dibuang dari sekolah sains, saya diminta hantar semua buku teks sekolah. Sebab itu saya tak ada buku untuk dibawa. Saya hadir untuk mendaftarkan diri saja pada hari tu. Tapi kerana ada kawan yang kenal saya, depa tarik saya masuk ke kelas.
"Masa pelajaran fizik, saya masuk lab lenggang tangan, saya nak tengok dulu, adakah buku amali fizik di sekolah ni sama dengan sekolah lama saya. Kalau sama, saya akan bawa buku lama saya, kalau tak sama saya akan beli. Tapi cikgu fizik yang ada di sini juga, (Cikgu H) marah-marah dan lapor kepada cikgu M. Katanya saya tidak buat latihan dalam lab. Saya dipanggil ke bilik lukisan dan saya ditampar 5 kali kerana saya menjawab soalan tentang buku. Dia menuduh saya malas dan sengaja tak bawa buku. Saya mana ada buku lagi hari tu".

"Apa yang dibuat kepada saya hari pertama itu saya anggap cikgu-cikgu di sini tak suka kat saya. Saya dibuat macam tu walaupun saya rasa alasan saya munasabah".
"Tentang bising dalam kelas, saya dibawa mengadap pengetua. Saya sudah jelaskan, bunyi bising itu dari beg plastik yang saya bawa, bukan dari suara saya". Aku mula yakin diri dan suaraku mula tegas dan lancar.
"Adakah cikgu tau saya tak dak beg untuk bubuh buku ke sekolah. Cikgu H, saya minta adil kepada saya, saya hanya mencari pemadam dalam beg itu masa cikgu menjerit kepada saya dan mengheret saya ke pejabat ini. Adakah salah membawa beg plastik ke sekolah kerana saya tak mampu membeli beg baru? Beg lama saya telah terkoyak". Semua cikgu tunduk tidak memandang aku!
"Cikgu Y, imam Shafie memang ikutan kita, tapi cikgu dia tak kata kat dia sakai. Masa saya pinjam beg rotan Sarawak sepupu saya, Cikgu angkat beg saya tinggi-tinggi dalam kelas dan cikgu kata ini beg sakai bawa parang ke hutan, bukan beg ke sekolah. Cikgu tau dak, itu saja beg yang saya boleh pinjam menggantikan beg plastik yang dituduh bising oleh cikgu H".
"Cikgu M, banyak kali tampar saya selepas tampar saya 5 kali di bilik lukisan hari pertama saya di sini".
"Awak merokok, saya nampak, saya jumpa dalam beg kamu!"sampuk cikgu M.
"Ya saya mengaku saya merokok di luar sekolah. Hari cikgu tampar saya tu, saya merokok atas motor, saya berpaling ke belakang untuk tengok ada kereta dak, mana saya tau kereta cikgu nak sampai masa tu. Kalau saya tau, tentu saya tak berani. Tapi itu di kampung saya, saya belum sampai ke sekolah lagi. Kalau nak dikira di kampung bukan saya saja yang merokok, ada berpuluh-puluh lagi yang isap, pasai pa cikgu tak cari tampaq?

....................................................

Pada hari cikgu M menyelongkar beg aku, dia jumpa dua batang rokok Dunhill dalam kotak gudang garam. Aku diheret ke pejabat, di atas meja pengetua ada bekas menyimpan pen yang terpacak. Bekas itu cantik bewarna emas dengan 3 bulatan, dua berisi pen, satu berisi kelip kertas. Tiba-tiba cikgu M menekan kepalaku cuba menghentakkan ke meja. Pen yang terpacak itu menggores sisi kelopak mataku calarnya hingga ke telinga. "Cikgu nak bagi saya buta ka?" Terkejut dengan kejadian itu, dia suruh saya balik ke kelas. " Saya akan panggil bapa awak". Katanya sambil saya berlalu. Mendengar itu, aku gementar dan gemuruh.

Pak dan Bang Mud Tok Didik sedang menyiapkan rumah sewa Tok Cek Teh di pinggir Pekan Sik sewaktu Pak Cik Pozi, tukang kebun sekolah datang memanggilnya. " Bang Nok, cikgu suruh gi sekolah sat, Shi bawak rokok gi sekolah kena tangkap" Pak Cik Pozi dan Pak adalah sepupu.
Petang itu aku balik awal, menunggu 'hukuman' di atas pangkin di luar rumah. Pak balik dengan Bang Mud. Tanggannya mengendong besi berbunga panjang. Brangg! Dia menghempaskan besi ke tanah dan masuk ke rumah. Bang Mud bersuara. " Kami gi sekolah mu tadi, Cik Pozi mari panggey. Masuk masuk pejabat, cikgu pa tak thu, perut bucik pendek pendek tu kata dia jumpa rokok dalam beg mu. dia suruh Pak mu nasihat mu sikik".

" Dia kata pa, pak pulak kata pa?" aku mengorek. " Pak mu tanya, mana rokok. Dia wak tubik kotak gudang garam, ada dua batang beri kat kami. Pak mu beri kat ku sebatang, dia sebatang. Kami isap-isap tengok, bukan gudang garam...Dunhill! Hahahaha" Bang Mud ketawa.
"Pastu?" Aku tanya lagi. "Pastu kami kelek laaa..gi sambung buat rumah. Nak kelek tadi Pak mu gi mitak kat engineer titi tepi tu, nak mbik besi lebih dema buat keja tu dua tiga batang. Tu dia besi tuuu!"
.................................................

Cikgu, saya bukan saja-saja nak report polis. Kalau saya report kes saya bergaduh dengan cikgu M, cikgu mana yang nak dengar aduan saya. Saya ke hospital lepas kejadian tu, doktor yang suruh saya report.
Bersambung....
All reactions:
149
21
38
Like
Share

21 comments

  • Yuhaniz Yahaya
    Dulu ada jg dok tumpang van Ustaz H gi sekolah. Cikgu M guruku sejak sekolah rendah (SK SIk). Dok mana dia la ni?
  • الياس عباس
    Kalau nak continue baca citer2 masyarakat sila lwt blog org baling ni. Semoga bermanfaat.. http://moniermatdin.blogspot.com/.../sebuah-rumah-kayu-di...
  • Nginap Srengenge
    listen , listen , listen........banyak guru menyebelahi mu
    2
  • Ibrahim Mansor
    Jgn lmbt sgt sambungan tu!!!
    2
  • Suriati Johari
    Aku suka dgag bunyi tu.. Tup tap tup tap, kltingggg..kreeekkk. Bunyi nostalgia
  • Muhammad Sanusi Md Nor
    Nginap Srengenge umpama guru dan ayah...walaupun tak mengajar kelas aku... Dia sentiasa tersenyum bila bertemu di sekolah. La ni pun begitulahh...
    6
  • Nginap Srengenge
    Muhammad Sanusi Md Nor........bapak Nusi sekelas semasa ngaji di Sik.......sama2 susah dulu....ngaji kaki ayam,beg mengkuang untuk bubuh papan batu........listen,listen,listen........hidup ni kalau kita berdepan dengan orang ego,cukup susah...........s… 
    See more
    4
  • Ibrahim Mansor
    Fenomena listen3x!
  • Muhammad Sanusi Md Nor
    Itulah yang Pak dok haba.... Mu dok jupa dak cikgu Meksa... Dia tu ngaji sekali aku sekolah Sik dulu...aku gi sekolah jalan kaki, kasut tak pakey. Dia ngaji pandei, aku sakat derjah nang ya.... Ada dok jupa jugak pak, dia ngaja petang, keta dia kodok warna kuning...
    4
  • Nazri Ari
    ada lg buas mu dulu yg mu x cerita,aku nk tungung sambungan dia ...
  • Nginap Srengenge
    Muhammad Sanusi Md Nor........semasa ngajar di sekolah Arab lepas pencen ada seorang pelajar sokmo sapae sekolah lewat puko 10 baru sapae...........rupa2nya selepas menolong mak dia motong getah baru mari............semua ustaz2 dah maklum kedudukannya… 
    See more
    9
  • Mohd Asri
    Nusi..akuikut cerita hang, yg aku tak tahan bila cerita sedih dan kesusahan, ayaq mata aku keluaq tak mau berhenti... ujian kesusahan dah aku alami, ujian kesenangan saja yg belum lagi...
    2
  • Muhammad Sanusi Md Nor
    InsyaAllah hang akan diuji pulak dengan kesenangan... Lepaih niii. Tapi hang akan berjaya melepasinya bila hang sudah ada pandangan bhw kesenangan adalah ujian... Jarang juga org melepasinya. Nabi bersabda ..aku tak takut ummat aku diuji dengan kesusah… 
    See more
    24
  • Suffian Ahmad Sururi
    Weiiiii Nusi!! Sambung pulakk!! Perabih ja laaaa.... wat suspen la hang nih!! Hahahahhaha....
    2
  • Saya Safirol
    adesss "to be continued" lagi.. kekeke
  • Maell Hamid Mael Hamid
    Nak aku tolong sambung ka cita nie.....rasa 2 ingat Lagi nie....
  • Muhammad Sanusi Md Nor
    Aku tak seda pun mu ada dlm list friends aku Radzuan ooo...mael..aku sambung dah..mu tak baca kaaa?..kalu mu yang sambung tobat mu wak aku gi perangin...isap rokok.
    2
  • Maell Hamid Mael Hamid
    aku insaf dah....tak moh buas dah wang oooo......dok motong cari duwit sikit2 gitu ye la......habuan sara anak....wang oooooo....
  • Mahazana Chik
    listen.listen.listen......cikgu suaidi hensoomm oooo...hiiii...listen3....cikgu nginap srengenge,cikgu sastera saya,tiap kali cikgu tanya soalan mesti dia suruh "chik jawappp",sayalah yg kena jawap dulu,barulah kwn2 lain kena jawap plak....hiiii....rindu cikgu.

Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker