Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Bayarlah PTPTN Walaupun Kita Bukan Orang Kaya

Duit tak boleh beli segalanya. Tapi  segalanya memerlukan duit Siapa yang belum pernah bayar lagi hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN)? Silalah bayar. Kalau tidak, lagi banyak anak-anak yang diberanakkan. Contohnya, Sha pinjam RM8,000. Tapi tak bayar (bukan tak nak bayar, tapi kewangan tidak mengizinkan dan ada sebab teknikal sikit). Tau berapa dia naik? RM300 lebih tau walaupun sebulan hanya RM6.60 macam tu sahaja dia punya interest, faedah, bunga. Sha orang kaya? Tak la. Sha biasa-biasa sahaja. Orang kata miskin bandar. Ya, miskin bandar dengan gaji isi rumah (gaji Sha + gaji suami) bernilai RM3000 lebih sikit-sikit. (Eh, korang dah minta belum BRIM? Boleh dah update ya).  Tapi kena ingat, duk rumah sewa RM700 sebulan (kami kongsi bayar) dan bayar upah asuh anak RM400 (RM350 + OT lebih masa), susu 6 kotak (RM40/kotak = RM240), pampers RM40 X 3 pack = RM120. Minyak kenderaan RM150. Pinjaman peribadi RM400. Kutu RM300 (Sha RM100, Izhar RM2...

#PekaBahasa 3: Tatabahasa Draf Penstrukturan Kontigen Eksklusif pada Tengah Hari

draf penstrukturan kontigen eksklusif pada tengah hari Hari ini mari kita belajar tatabahasa yang terbaru dan relevan digunakan pada masa kini. Oh, Sha rasa agak janggal nak tukar balik taip 'tengahari ke tengah hari'.. Susah wei. Dah biasa taip begitu bila kena tukar balik, aduhai.. susah nau.  Terima kasih singgah sini.

#PekaBahasa 2: Photobomb Menjadi Tunafoto Dalam Bahasa Melayu

Photobomb  Photobomb ialah tunafoto iaitu gambar foto yang terganggu atau rosaj disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto. Pada Sha, gambar itu menjadi lawak apabila jadi tunafoto.   "BAHASA JIWA BANGSA" Terima kasih singgah sini #PekaBahasa #Photobomb #DBP #BahasaMelayu

Aktiviti Riadah Jabatan atau Organisasi

Aktiviti Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor Berikut merupakan contoh aktiviti riadah jabatan atau organisasi yang boleh dilakukan pada masa akan datang.  Assalamualaikum dan Salam Satria : Nadi Negara Ku YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, JEMPUTAN MENYERTAI AKTIVITI REKREASI DI TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM ANJURAN RUMAH HIJAU MINDEF Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Rumah HIjau MinDef akan menganjurkan Aktiviti Rekreasi di Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor pada 25 November 2017 (Sabtu) . Penyertaan bagi aktiviti ini akan diberi keutamaan kepada ahli Rumah Hijau MinDef seramai 40 orang . Walau bagaimanapun, sekiranya kuota tersebut tidak dipenuhi oleh ahli Rumah Hijau MinDef , ianya terbuka kepada ahli rumah lain berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam senarai aktiviti yang dirancang seperti berikut:  ...

Housekeeping Akaun Emel

Emel memudahkan urusan surat-menyurat dan penyampaian maklumat Berikut adalah merupakan contoh surat email yang memohon supaya Housekeeping Akaun Emel yang perlu dilakukan untuk memudahkan email masuk dan meluaskan kouta emel tersebut. Asalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dato’/Tuan/Puan, Sukacita saya merujuk kepada perkara seperti di atas. 2.            Semakan yang dilakukan oleh pihak Pengurusan Maklumat mendapati banyak akaun emel Jabatan telah memenuhi kuota storan yang telah ditetapkan. Perkara ini menyebabkan pengguna tersebut tidak dapat menerima emel baru selagi kuota berkenaan tidak dikosongkan. 3.            Bagi mengatasi masalah ini, pihak BPM memohon agar semua pengguna melakukan housekeeping emel masing-masing. Berikut adalah panduan bagi melakukan housekeeping emel : i)          ...

#PekaBahasa 1: Pick-Up Line Ramai Nak Tahu Apa Erti Dalam Bahasa Melayu

Erti Pick-up Line dalam Bahaasa Melayu Pick-up Line ialah Kata Pikat. Ia merupakan komunikasi dengan niat untuk melibatkan orang yang tidak dikenali dengan menggunakan kata-kata atau ayat lucu dan romantik untuk menarik perhatian dan membuat janji temu. Pick-up Line ini mula popular dalam Maharaja Lawak Mega yang menghimpunkan ramai pelawak-pelawak dari Nusantara yang melibatkan negara Malaysia, Singapore, Brunei, dan Indonesia. Pick-up Line menjadi popular apabila pelawak-pelawak tersebut menyatakan "tidak sampai pick-up line" atau "pick-up line lambat" di dalam persembahan mereka. Selain itu, para pelawak menggunakan pick up line berirama seperti pantun dan ibarat. Contohnya,  "Awak ni kan, Nak Tau tak nak tau tak apa beza awak dengan banduan" Tak, Apa? "Banduan terperangkap dalam penjara, tapi awak terperangkap dalam hati saya. Cia, cia, cia" Banyak lagi contohnya yang popular. Anda boleh cari sendiri. #PekaBahasa #P...

Tutorial: Cara Nak Buat Ms Word Gabung Potrait dan Landscape

Hari ini Sha nak ajar dan kongsi bersama Tutorial: Cara Nak Buat Ms Word Gabung Potrait dan Landscape yang mana ramai tak tahu. Sha pun baru tahu juga. Sebelum ini, copy paste je yang orang lain buat. Kalau nak buat sendiri, buat dua (2) dokumen yang lain. Hahaha, manual sungguh kan. Padahal senang sahaja. Cuma tak tahu caranya. Kalau tak jelas gambarnya, boleh klik kat gambar ya. Nanti boleh zoom. Sha dah cuba buat yang terbaik. Masa Sha taip ni, gambar ok, jelas. Bila Sha pratonton, nampak kecil dan blur. Maafkan saya penunggu gua. Hihi.  Nak buat macam ni?  Tapi orientasi hanya ada satu sahaja, kan? Kalau tekan Potrait, semua menegak je kertas tu kan. Kalau tekan pula Landscape, akan jadi semuanya melintang, kan?  Page Setup ada Margins, Paper dan Layout  Ha, inilah rahsianya.. Kalau download gambar ini sahaja pun okay. Sebab inilah intipatinya. Download simpan dalam handphone ke letak di dekstop ke.. Surat ...

KAIN PASANG KATERINA YANG MENUNTUN KALBU

KATERINA Vanille Dull Satin. Bidang 60. PRE-ORDER ETA : Early October 2017 Deposit to be paid upon booking ==================== Harga Jual (Pre-Order) 1m - RM25 Sepsg @3.5m RM87 10psg @35m RM80/psg 1kayu = RM22/m 3kayu = RM20/m ➖➖➖➖➖➖➖➖ 🚩 AMBIL PERHATIAN KATERINA DAH SAMPAI SEMUA WARNA Harga Jual bermula 6/10/2017 RM28/m Katerina Roll sudah sampai Berminat? Boleh whatsapp Sha di: http://wasap.my/60194625310 Terima kasih singgah sini

4 Kesan Cucuk Implan Cegah Hamil Rancang Keluarga

saiz implan sebesar jarum sahaja Kesan cucuk implan cegah hamil rancang keluarga yang menimpa badan. Setiap sesuatu yang langgar peraturannya, memang la ada kesannya. Iya kan? Sakit ke? Ramai yang takut nak cucuk implan, kan? Pertama-tamanya ramai yang risau akan sakit. Kalau tanya Sha, sakit atau tak? Sha akan cakap tak sakit. Doktor akan bius dahulu sebelum masukkan implan ke dalam lengan kita. Tak rasa apa-apa pun. Rasa bendasing tu sebab memang ada dalam badan kita. Tapi tak sampailah rasa gelisah, tak tenteram bagai. Rasa biasa saja. Lagi pula, ringan sahaja. Panjang macam mancis sahaja. Tapi kecil. Ala, macam jarum jahit tu. Aha, macam jarum jahit saiznya. Boleh rujuk entri sebelum ini Pengalaman Pasang Implan Kesan Cucuk Implan Cegah Hamil Rancang Keluarga <script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <!-- dalam entri 3/11/17 --> <ins class="adsbygoogle"      style=...

Pendapat Dia, Bukan Pendapat Kita

Minda pendapat di dalam kepala kita Pendapat Semua orang ada pendapat sendiri Ada juga yang tiru sahaja pendapat orang lain. Macam-macam pula ternampak apabila seseorang itu memberi pendapat. Kadang-kala tergelak sendiri sebab pendapat yang entah apa-apa. Tapi tetap hormat sebab itu pendapat dia, bukan pendapat kita. Tapi kadang-kala pendapat itu membuka mata. Membuka mata untuk membuatkan kita tersedar. Tersedar bagaimana cara pemikirannya dan tersedar akan keluasan ilmu. Apa yang kita tahu belum tentu orang lain tidak tahu, dan belum tentu orang lain tahu. Apa yang orang lain tahu belum tentu kita tidak tahu, dan belum tentu kita tahu. Jadi, berilah pendapat. Tiada salahnya. Brainstroming in English. Tapi janganlah dicemuh si pemberi pendapat. Itu pendapat dia. Jangan diketawakan si pemberi idea. Itu idea dia. Kesimpulan Terimalah perbezaan pendapat dengan baik. Tak perlu nak maki hamun segala. Adalah baiknya bila kita sama-sama nasihat menasihati semasa berten...

Korang Ada Kawan Baik BFF Tak

Aku mempunyai bffs dan aku sayang mereka. Aku nak cari lagi kawan baik. Bukan tak cukup, bukan tamak. Tapi best bila ada ramai sahabat. Aku bersyukur sangat, semasa aku susah, ramai kawan kawan muncul. Bagi nasihat, bagi sokongan. Itu lah gunanya sahabat. Dan seorang bff aku sentiasa di hati.. *kau lah selalu, selalu di sisiku, menemaniku, pahit manis hidupku* Korang ada bff, sahabat, teman tapi mesra, kawan baik, kawan rapat, best friend, best friend forever bff tak? Maaf, entri pendek. Entri panjang penuh bermakna yang dah siap taip, hilang ditelan macam tu je. Penat tau menaip pakai hp biasa sahaja, bukan qwerty. Entri ini ditaip pada 18 Jan 2013, pada masa itu pakai hp Nokia sahaja yang berkey-pad biasa, buka qwerty seperti papan kekunci komputer. Tahu-tahulah nak taip pakai hp biasa tu. Lambat, tau.

Apa Kesudahan Hidup Kita

Apa kesudahan hidup kita.. Satu pertanyaan yang membuatkan kita juga boleh terdiam dan berfikir. Siapakah kita? Cukup baikkah kita? Cukupkah amalan baik kita untuk bawa kita ke syurga? Pada aku pula, untuk apa aku kutuk mahupun maki dia? Dia tak ada buat salah kat aku. Yang pasal dia teruk, itu hal dia dengan Tuhan. Dengan aku, dia ok, dia baik. Tadi  ada seorang 'kawan lama' datang jumpa aku. Dia kata walau pun dia teruk tapi aku tak pernah kutuk, maki-maki dia. Dia kata, se;ama ini, aku senyum dan diam saja tanpa kata apa-apa yang boleh menyakitkn hati dan perasaan dia. Itu kata dia. Untuk makluman, kawan aku ini seorang yang hmm.. orang kata sampah masyarakat. Dia seorang kaki mabuk, kaki dadah, dan lain-lain lagi. Selalu nampak terbaring kat tepi kaki lima kedai sebab high dadah atau mabuk. Tidur terbaring, beb. Tak sedar diri, tak sedar orang lalu lalang. Tak sedar matahari cucuk mata. Kalau korang boleh ke nak sucikan hati tak kata atau umpat mahupun kutuk kat...

Open Tracker