Duit tak boleh beli segalanya. Tapi segalanya memerlukan duit |
Siapa yang belum pernah bayar lagi hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN)? Silalah bayar. Kalau tidak, lagi banyak anak-anak yang diberanakkan. Contohnya, Sha pinjam RM8,000. Tapi tak bayar (bukan tak nak bayar, tapi kewangan tidak mengizinkan dan ada sebab teknikal sikit). Tau berapa dia naik? RM300 lebih tau walaupun sebulan hanya RM6.60 macam tu sahaja dia punya interest, faedah, bunga.
Sha orang kaya? Tak la. Sha biasa-biasa sahaja. Orang kata miskin bandar. Ya, miskin bandar dengan gaji isi rumah (gaji Sha + gaji suami) bernilai RM3000 lebih sikit-sikit. (Eh, korang dah minta belum BRIM? Boleh dah update ya). Tapi kena ingat, duk rumah sewa RM700 sebulan (kami kongsi bayar) dan bayar upah asuh anak RM400 (RM350 + OT lebih masa), susu 6 kotak (RM40/kotak = RM240), pampers RM40 X 3 pack = RM120. Minyak kenderaan RM150. Pinjaman peribadi RM400. Kutu RM300 (Sha RM100, Izhar RM200). PTPTN RM209. Insurans takaful RM200. Bagi pada kampung RM100. Top up bulanan RM200 (Izhar RM150, Sha RM50). Selebihnya, ada lagi lebih kurang RM300 lebih untuk makan meneruskan hidup.
Hidup di Kuala Lumpur, bandar besar ok. Banyak juga pasarasaya besar yang selalu sale. Itu belum masuk lagi tapak sesawang beli-belah seperti Lazada, Shopee, Carousell dan lain-lain lagi yang mengambit hati nak membelinya.
Kalau hidup di kampung, boleh juga berjimat bab sayur-sayuran dan ulam-ulaman murah. Boleh juga tanam sendiri, berbakti kepada tanah, membuahkan hasil. Tapi kat sini, mana ada apa kalau tak ada duit, susah nak hidup.
1. Berjimat
Jadi apa yang Sha usahakan untuk memenuhi kehidupan seharian ialah berjimat. Sarapan pagi, kadang-kala bawa dari rumah. Tengahari sahaja beli. Syukur juga la, kafeteria di bawah ini murah untuk makan tengahari. Kalau kat luar, mahu kena RM10 nasi sepinggan. Tapi kafe tempat Sha kerja cuma RM4.50- 5.70 sahaja. Jadi seminggu Sha memerlukan RM50 untuk belanja.
Sha juga jarang nak keluar pada hari Jumaat. Nak juga keluar, cuci-cuci mata. Nak membeli tu susah sikitlah. Bukan kedekut, tapi kalau nak makan pun tak cukup, macam mana? Nak harapkan siapa lagi untuk tanggung hidup sendiri? Suami isteri sahaja yang mengetahui. Menghulurkan lagi pada yang memerlukan ada lah..
2. Pengangkutan
Pengangkutan? Suami hantar dan jemput. Tapi masa tu kena berkorbanlah. Orang kata kenapa tak balik sendiri? Nak balik sendiri? Hmm, suami naik motor pergi kerja. Kereta? Sha tak ada lesen. Pengangkutan awam? Lagi mahal jika mahu berjimat. Kenapa tak ambil lesen? Sha tengah usaha kumpul duit nak ambil lesen. Tapi bagaimanakah? Banyak guna duit. Kadang-kala tak cukup. Ada sahaja keperluan dan kehendak yang perlu dibeli. Kadang-kala ianya satu kemestian.
Syukur juga Sha kerja. Kalau tak kerja, memang susahlah nak bayar PTPTN. Dulu pun Sha kerja tapi tak mampu nak bayar. Mampu sara diri sahaja.
Ikutkan hati, nak juga ambil pinjaman lain untuk top up bayar PTPTN ini. Tapi bila fikir balik, tak berbaloi.. Iya la, faedah tinggi kalau loan peribadi ini. Jangan jerat diri sendiri.
Nak memiliki rumah? Ya, teringin sangat. Tapi deposit belum ada. Minta rumah DBKL, masih dalam tindakan.
Nasihat Sha, bayarlah PTPTN walaupun kita susah. Sebabnya kalau kita duk tangguh-tangguh, nanti lagi banyak dia naik. Lagi susah kita nak bayar. Pergilah berunding dengan pihak PTPTN segera. Kita boleh pilih nak bayar berapa untuk bulanan. Sha ambil yang cepat sikit habis. Tak nak lama-lama lagi tanggung hutang. Kalau ada tak bayar PTPTN susah nak pinjam kewangan yang lain. Ada rekod CCRIS dan CTOS, juga RMI dari Bank Negara.
Tak apa. Kalau kita bayar hutang, insya-ALLAH, ada rezeki lebih nanti. Jom clearkan hutang kita. Baru senang nak merancang masa depan.
Terima kasih singgah sini
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.