Langkau ke kandungan utama

Kalau Nak Cantik, Kenalah Berusaha

Cantik
Kalau nak cantik kena berusaha. Bak slogan Innershine nak lawa kenalah melabur. Ingat orang yang tetiba cantik tu, tidur dan bangun pagi, puff!! terus cantik ke? Tidak, itu hanyalah anganan Walt Disney semata-mata.

Nak cantik kena usaha. Makan produk tu, sapu produk ni, pantang itu ini, mekap bagai. Nak guna produk berasaskan bahan semulajadi atau saintifik (produk yang siap untuk digunakan), terpulanglah.

Yang penting, kena detox dulu. Menyahtoksin. Buang racun dalam badan. Kalau tak detox dulu, kesannya agak lambat. Nak makan supplement pun lambat berkesan kerana ada 'lemak degil' yang masih terkumpul di dalam badan. Macam mana nak berjaya mencapai hasil yang sepatutnya jika ada halangan besar?

Tapi yang paling penting ialah RAJIN.  Ubat apa pun, kalau tidak cukup kuotanya, tak jalan juga. Setiap produk ada formulanya, berapa lama kena ambil consume baru akan nampak hasilnya.

Lainlah orang tu memang cantik dari kecil. "Awak memang cantik dari kecil ke?"

Bercakap dari pengalaman sendiri yang mengkonsumi beberapa produk kecantikan (supplement, bukan sekadar mekap semata-mata). Memang beza sangat kalau mekap tanpa makan supplement dengan yang mengamalkannya. Sebenarnya, lebih terserlah aura kecantikan apabila mengkonsumi produk. Bila mekap lagi cantik. Kerana kulit kita sihat, cantik dan berseri-seri. Kecantikan dari dalam itu membawa aura cantik hingga ke luar. Bila tak bermekap pun tiada masalah kerana sudah sedia berseri.

Bila bercakap pasal cantik dan produk ini, aku ada life model seorang kawan. Dia mempunyai masalah kulit berjerawat, berparut dan kulit kusam. Namun, selepas dia mengkonsumi produk, ternampak perubahan, kulit sudah tiada jerawat. Kemudian, beberapa tahun selepas itu, dia menjadi seorang yang sangat cantik. Kalau dulu, tiada siapa pun akan pandang kepadanya namun kini dia cantik seperti model. Cantik. Anggun. 

Perkara ini juga berlaku kepada diriku. Dulu tiada siapa pun nak pandang sangat. Selepas aku mengkonsumi produk secara tetap, berkotak-kotak makan, aura kecantikan itu melanda. Hehe. Orang yang dahulu tidak pernah pandang dan pandang sebelah mata, mula membuka mata. Dah cantik, kan. Dasar jantan kemaruk perempuan dahi licin!
Namun, sayangnya, aku sudah dicop. Berkenalan pun masa sedang mengkonsumi produk. "Awak cantik," pujian dari si dia. Cantik? Erm, sebab pakai produk je nampak cantik. Kalau tak, kusam je. Nampak berseri tapi aku tidak istiqamah untuk menggunakan produk tersebut walaupun telah berkotak-kotak dikonsumi. Bukan disebabkan produk tidak memberikan kesan yang baik, tetapi di atas faktor kesempitan kewangan (nak guna banyak lagi ke arah lain) dan penyakit M (malas. Hahaha). Selalu teringat untuk mengkonsuminya lagi. 

Sekarang, muka kusam kembali. Tidak berseri. Nantilah ada duit lebih boleh mula konsum semula.

Bacaan lanjut:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker