Langkau ke kandungan utama

Fungsi Innershine Pati Prun Mencantikkan Diri, Berseri-seri


Fungsi Innershine Pati Prun dengan campuran Camu-camu membuatkan seluruh badan anda berseri-seri dan kekal menawan. Innershine, siapa yang belum kenal? Rasanya kalau tengok tv, memang sentiasa ada iklan innershine.

Pengalaman sendiri pernah dan memang tahu akan kewujudan Innershine. Teringin nak guna tapi masa tu masih bergelar pelajar. Faham-faham sajalah bila bergelar pelajar ni, nak makan pun kena jimat, apatah lagi nak beli benda yang 'merapu' macam ni. Memang tak lah. Sadis tak? Hahaha.

Lepas tu, tengok kawan sendiri makan Innershine untuk muka dan Innershine Beri untuk mata. Kawan yang lain perli, lepas ni mata berseri-seri lah. Hahaha. Mulai hari itu, bertekad dalam hati, nanti bila dah kerja, nak guna Innershine.

Bila dah bekerja, duit kurang cukup untuk membeli innershine. Banyak lagi keperluan dan kehendak yang perlu didahulukan dan juga menabung. Bila dah tukar kerja ke Kuala Lumpur, duit banyak sikit, baru teringat balik impian nak pakai Innershine. Tambahan pula, kawan sendiri pun pernah guna Innershine. Lagilah bersemangat nak pakai.

Beli Innershine Pati Prun +Camu-camu pack yang 6 botol dahulu. Sembunyi pakai dari teman serumah. Ye lah, segan sebab nanti kalau tak jadi, diorang akan tengok kita dan cakap "eh, pakai produk tu tak jadi pun.." Jadi, sembunyi dulu.

Hasil pakai Innershine

Cukup tiga hari pakai, aku sudah perasan akan perubahan yang berlaku pada kulit wajah dan tubuh badan. Tapi orang lain mungkin tidak perasan lagi. Lepas cukup seminggu guna, orang lain nampak perubahannya. Sebelum ini kalau ke tempat awam, tak ada orang nak pandang dua kali kerana muka yang suram, hitam, berparut jerawat. 
Namun, apabila menggunakan Innershine, orang sudah mula 'perasan' akan kehadiranku. Orang akan berpaling dan tengok dua kali. Mula-mula risau juga kot-kot tudung senget ke, kotor ke, pelik ke. (kalau comot akibat mekap, aku tak perlu risau kerana pakai apa-apa mahupun bedak). Ada juga aku bertanya kepada kawan sebelahku, ada apa yang tak kena ke dengan diriku. Kemudian, bila aku tengok cermin untuk pastikan keadaan diri benar-benar okay, baru aku faham. Jelas kelihatan wajahku yang berseri-seri. Tersenyum sendiri. Alhamdulillah, hasilnya telah muncul! Puas hati.

Kawan-kawan di tempat kerja lama pun bertanya apakah rahsianya muka nampak cantik. Sampaikan kawan-kawan lelaki di Muka Buku (facebook) pun mula membuka mata dan cakap cantik. Ha, masa aku tak lawa dulu, hang pandang pun tak nak. Bila aku dah lawa, baru nak terhegeh-hegeh kat aku. Sorry, bro. I am taken.

Kisah taken pula, aku memang mengamalkan Innershine. Pertemuan pertama kami, si dia tertawan dengan kecantikan aku. Hahaha, ini Innershine punya pasallah. Terima kasih, Innershine.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan yang aku alami ialah sakit perut pada waktu pagi. Tak adalah awal sangat. Pukul 7. Standard lah. Bila kita consume apa-apa produk memang akan buang toksid. Ia akan mempercepatkan proses 'ubat' yang berada dalam produk tersebut. Kesan sampingan yang lain ialah muka berseri-seri dan tak jemu orang pandang. Hehe. Kesan sampingannya cuma satu sahaja, iaitu berak. Tapi sehari sekali sahaja. Perkara biasa. Tidak bahaya.


Kos Innershine

Pada aku, Innershine lebih murah dan berbaloi kerana kesannya awal. Seawal tujuh hari jika belum pernah mengambil apa-apa produk yang membuang toksid. Kalau pernah consume, seawal tiga hari telah menunjukkan hasilnya. Kos murah dan kesannya memang menyakinkan. Lagi pula, hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi. Natural.

Kesimpulan

Sudah semestinya kita semua perlu dan wajib menggunakan Innershine Pati Prun dan Camu-camu. Berbaloi. Tidak bahaya dan meyakinkan. Tak ada pula jumpa kenyataan buruk mengenai Innershine. Semuanya yang positif sahaja.

Entri lain yang berkaitan positif Innershine:
Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Pssst: Innershine tak nak bayar saya ke? Tengok banyak sudah kesan positif entri saya berkenaan dengan Innershine. Bagi bekalan Innershine percuma selama setahun pun tak apa. Hehe.


Tag: testimoni, testimoni innershine, innershine baik, bagus, kelebihan innershine, innershine murah, innershine berbaloi, kesan cepat, innershine hilang parut jerawat, jerawat, innershine power, innershine buruk

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker