tahniah dapat kerja. Kerja elok-elok ye |
Alhamdu lillah, aku telah diterima kerja untuk satu jabatan kerajaan. Mulanya, ingatkan aku boleh ditempatkan di negeri aku. Tetapi, sekali bila melapor diri, aku kena menetap di sini. Jadi orang Kuala Lumpurlah.
Individu yang banyak membantu aku di sini adalah keluargaku. Ayah, kakak-kakak, abang ipar-abang ipar, abang, sepupu-sepupuku dan kawan-kawanku. Terima kasih semua.
Aku gerak dari rumah pukul 6 pagi. Kiranya pukul 5 pagi dah kena bangun. Abang ipar hantar ke stesen Keretapi Klang, Selangor. Ambil komuter KTM ke KL Sentral. Kemudian ambil Kelana Jaya Liner ke Sri Rampai. Kemudian ambil bas atau teksi ke tempat kerja. Perjalanan mengambil masa selama sejam 45 minit.
Klang ke KL Sentral mengambil masa sejam, manakala perjalanan dari KL Sentral ke Sri Rampai kira-kira setengah jam dan dalam sepuluh minit dari Sri Rampai ke tempat kerja.
Balik pula, ambil bas dari tempat kerja. Kadang-kadang bas tu pusing satu Wangsa Maju. Jenuhlah, lambat naik komuter nanti. Dari Sri Rampai ke KL Sentral, kemudian ambil train ke Klang pula. Biasanya abang ipar dan famili yang akan ambil dari Klang Station. Tapi, ada juga yang aku kena balik sendiri, ambik bas dan turun kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Jalan kaki ke bas stesyen Klang, punyalah jauh. Kena lintas jalan lagi.
Perjalanan komuter KTM dari Klang ke KL Sentral dicaj sebanyak RM3.60 sehala. Kemudian KL Sentral ke Sri Rampai berharga RM2.30. Kemudian ambil bas atau teksi ke tempat kerja.Kalau bas kena RM1 sahaja. Tapi kalau teksi dalam RM4 lebih. Kira bajet RM5 la. Kalau aku lambat, aku ambil teksi sahaja kerana pintu pagar tutup pukul 8 pagi. Jadi, kena menapak pusing setengah bukit dan mendaki. Letih baq hang! Aku pernah jalan pagi tu. Rasa nak menyerah. Tapi, nasib baik ada ayah dan dialah menguat semangatku. Aku memang dah nangis waktu tu. Ye la, dengan kasut tumit tinggi, nak kena menapak jauh. Ayah jalan depan, aku ikut belakang.
Kemudian, tengahari itu, aku dan kawan-kawan menapak turun dan berjalan jauh. Aku kuat kerana kawan-kawan. Kalau diorang tak ada, mungkin aku menyerah. Tapi. bila ada kawan-kawan mengeluh, aku motivasikan. Itulah gunanya kawan, saling menaikkan semangat.
Biasanya pergi dari Klang boleh duduk dan balik dari Sri Rampai. Bila dah kat KL Sentral, dah tak dapat tempat duduk. Orang ramai. Penuh. Dari kalau nak pergi beli belah atau bersiar-siar, elakkan waktu nak masuk kerja pejabat dan waktu pulang kerja ye. Sebab ramai sangat. Waktu selepas itu, tidaklah ramai sangat.
Ingat pengorbanan orang lain. Semoga aku dapat buat kerja dengan baik. Amin.
Korang yang belum dapat kerja tu, mintalah. Jangan tak minta ye.
Setakat ini dahulu dari aku. Ini pun pinjam lappy abang ipar. Lappy aku belum buka lagi dari beg. Hehe~
Akak dapat jabatan apa? Tahniah!!!!!
BalasPadamanip plak, 26hb ni kena berulang alik dari Seremban- KL Sentral - Ampang Park (LRT).. dapat training dgn PNB. doakan :))
Jabatan apa, xleh cakap lagi.
BalasPadamwah, syarikat besar. semoga berjaya Anip
takpe..pasni insyaalah dipermudahkan segalanya.
BalasPadamada lagi yang lagi payah kan..
dulu saya travel dari Terengganu sebab dapat kerje KL. Bukan Gov.
Menitik air mata bila pikirkan susah nak cari rumah sewa tu
Cik Hani, bersusah susah dahulu.
BalasPadamSaya travel dari Kedah.
Rumah sewa pun susah juga nak cari.
Tahniah...
BalasPadamtahniah... syukur dah dapat kerja.. kerja elok2...
BalasPadamSm la.sy dpt kje kat sarawak.merantau dn ke indon n brunei.rugi klu xdpt kje jaoh2.ni je peluang ad.
BalasPadammotivasi..dari banting ke kg delek..naik ktm ke kl sentral.. hihih semangat2.. 19hb ni start keje
BalasPadam