Langkau ke kandungan utama

Tips Pakaian Untuk Konvo



Gambar konvo! =)



Assalamualaikum.

Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo?

Aku ada sedikit panduan. Top to toe


1. Kasut



Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah.



Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam.
Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.

 Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik.

Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu. Tapi biarlah nampak cantik sesuai dengan pakaian formal anda. Jangan tetiba pakai baju kebaya yang vogue, bila tengok kasut, pakai selipar jepun jer. Sangat tidak sesuai okay.

 Selain korang tak nak dipandang pelik, korang juga perlu jaga nama university. Mana tau tetiba guard tegur korang pakai tak sesuai dengan majlis walaupun dah keluar. Korang juga adalah contoh kepada adik-adik junior yang lain yang pasti ada di sekitar dewan Mas. Nanti diorang tiru pula etika pakaian konvo, tak ke naya? Haha~

Sila ambil perhatian: Kasut bertutup diwajibkan semasa majlis. Aku cakap korang boleh bawa bekal tu untuk selepas selesai majlis.




2. Baju

Lelaki – kemeja warna cerah, bertali leher dan blazer. Sila ambik perhatian: Sekarang ni pemakaian blazer adalah wajib.
Perempuan – baju kurung, kebaya atau jubah warna cerah. Pakaian tradisional yang lain pun boleh seperti Sari.
Orang Melayu seeloknya pakai pakaian Melayu. Kalau bukan Melayu, boleh pakai kemeja dan skirt bawah paras lutut. Seluar slack juga boleh dipadankan.


3. Tudung

Korang perlu pakai anak tudung ala yang berwarna putih, hitam tu. Sebab nak lekatkan pada topi nanti. Kalau rambut, risau tak lekat saja.

Kalau free hair, korang kena bawa sepit kecil untuk lekatkan topi.
Ikat kemas rambut.
Tudung mestilah tak jarang sangat, nanti topi tak nak lekat pula. Kalau tudung yang ada awning, pastikan topi korang boleh lekat dengan elok.


Keperluan untuk jubah, topi dan selempang


Bawa pin keselamatan (safety pin), jarum peniti, sepit rambut untuk melekatkan pakaian konvo dengan kemas.
Untuk lekatkan topi secara memang tak kan jatuh dah, korang boleh lekatkan 4 batang jarum peniti mata kecil.
Aku bagi petua macam ni sebab topi aku asyik jatuh sahaja. Berkali-kali. Selepas aku lekatkan 4 batang jarum, baru tak jatuh-jatuh dah. Sebelum tu aku lekatkan 2 batang jarum sahaja. Boleh pula orang langgar kuat-kuat topi aku. Memang jatuh la. Satu lagi kedudukan dalam dewan Mas adalah dekat sangat dengan kawan di sebelah.  Jadi posibiliti (kebarangkalian) adalah tinggi untuk bertembung dengan topi rakan anda bila pusing kepala. So, pusinglah dengan hati-hati ya.

Pesan kepada waris supaya memanaskan diri (bawa pakaian yang tebal – baju sejuk atau selendang untuk memanaskan badan semasa dalam dewan dan membukanya selepas keluar dewan – cuaca di luar panas). Hal ini kerana Dewan Mas adalah terlalu sejuk. Aku pakai jubah pun kesejukan. Nasib baik jubah tu tebal, dapat kurangkan kesejukan.

Aku jenis darah panas sikit. Walaupun aku kurus tapi tak bermakna aku cepat sejuk. Kalau aku betul-betul sejuk, aku akan menggigil. Itu baru la sejuk bagi aku.

Oh ya, untuk panduan, korang boleh sapukan losyen di kawasan yang akan terdedah langsung dengan suhu seperti tangan dan kaki. Itu petua aku amalkan kalau nak masuk dewan kuliah atau dewan lain yang aku tau memang sejuk tanpa perlu bawa baju sejuk. So, aku tak kisah sangat kalau masuk dewan tanpa baju sejuk. Haha~ berlagak tak?

Sila bawa payung kerana cuaca di sini (Kedah) adalah panas terik dan hujan kadang kala. Cuaca tak menentu.

Sila pastikan bawa banyak air mineral kerana cuaca yang panas memungkinkan anda hydrated.
Lebih-lebih lagi kalau banyak buat outdoor fotoshoot  atau banyak bergerak macam aku ni.  Aku konvo sesi pagi. Keluar dewan dalam pukul 12 tengah hari. Hampir pukul 5 petang baru aku bertolak balik. Ke hulu ke hilir aku gerak. Rasanya pak cik guard tu pun dah bosan tengok wajah aku. Haha~

Korang boleh bawa masuk beg dalam dewan. Tapi beg tangan la. Tak kan nak bawa masuk beg balik kampung kot? Sangat tidak sesuai la, lagipun tempat dan ruang dalam dewan tu (kerusi diatur) adalah berdekatan dengan jiran. Mujur juga kat depan aku satu row tak ada penghuni. Kalau tak, rasa sesak je.

Korang perlu makan terlebih dahulu sebelum masuk ke dewan TSO dan bergerak ke dewan Mas sebab majlis penganugerahan ijazah adalah mengambil masa berjam-jam.
Korang boleh bawa gula-gula yang memberi tenaga dan air mineral untuk mengekalkan kecergasan badan anda.
Kalau gula-gula tu bawa lebih pun tak apa. Edarkan kepada rakan-rakan anda yang mungkin keletihan datang dari jauh dan tak bawa apa-apa bekalan makanan. Kalau air, tak boleh banyak-banyak ya, nanti serabut pula.


Oh ya, korang tak perlu nervous. Buat macam biasa jer. Bukan ada apa pun.
Aku tak nervous pun masa naik atas stage tapi jadi malu pula bila dah siap terima skrol, kena lalu depan lectures dan sebab diorang cameraman (ramai dalam 3 orang) ambik gambar aku. Entah, tetiba jadi malu. Tunduk jer. Hahaha~ Kembali ke zaman dulu kala yang mana aku ni seorang pemalu. =P


Lagi satu, korang perlu bergerak bila dah nama korang dipanggil.
Bukannya terus gerak bila orang depan dah siap terima skrol. Ingat ni. Sebab ada kawanku masa degree, dia terus gerak dan pergi minta skrol kat Tun. Tun pula buat tanya, “apa?” Satu dewan gelak. Malu, beb.
Aku pun masa konvo kali ni, terus gerak walaupun namaku belum dipanggil, tapi aku slowkan langkah tunggu amcee panggil namaku dulu. Nasib baik dia panggil awal. Kalau tak, malu jugak la aku.

Bergerak secara sopan, pusing mengadap orang yang memberi skrol (membelakangi audiens- tetamu dalam dewan) dan bow (tunduk sikit) tanda hormat. Tak perlu la membongkokkan badan ye, bila aku sebut bergerak secara sopan tu.

Maniskan muka dan ucap “terima kasih” selepas Pro-Canselor bagi skrol.
Jangan terus ucap terima kasih je bila dah pegang. Maksud aku pegang-pegang skrol je, ucap terima kasih terus tanpa beri laluan kepada Yang Berbahagia tersebut ucap sesuatu. Nampak sangat kurang adab. Hehe~

Tisu penting juga untuk lap peluh dan maintain cun terutamanya semasa ambik gambar kat luar dewan.
Boleh bawa bedak kompak untuk top up bedak. Bawa juga lip ice, kalau-kalau lipstick di bibir dah habis.
Bawa juga cermin untuk lihat keadaan diri anda.

Senyum selalu dan pesan pada diri untuk tampak manis sentiasa. Baru la camera like =)

Tahniah dan selamat berkonvo ya ♥


Membantu tak tips ini?


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

Ulasan

  1. yay!
    membantu..hehehe..sebb dh melaluinye 24 september yg lalu
    dan ape yg diutarakan dalm entri ni adalah benar-benar belaka..kekeke
    i likeee!

    BalasPadam
  2. Aimie: Nasib baik membantu. Tapi dah lepas dah kan? Tak dapat la nak membantu. Haha~

    Tahniah ye Aimie =)

    BalasPadam
  3. tak sabar nk konvo!
    msih bbaki 2sem..

    BalasPadam
  4. Senyum lebar je kak sha..
    Hahaha ~~
    Tahniah2..
    =)

    BalasPadam
  5. Peyan: Mesti lah. Hari bahagia kot. Haha~

    BalasPadam
  6. dah ade pengalaman tengok orang konvo .. mak ngan abah konvo hari tu .. tapi anaknye yang neves .. HAHA

    BalasPadam
  7. kalau lelaki tak boleh pakai baju melayu ke?kne pakai formal..


    sorry sha..bukan tak update cume kat u susah sikit nak on9..hehe,,kat rumah je selalu =]

    BalasPadam
  8. tak pernah merasa pakai jubah tu....huhu maklum le mengaji sekolah pondok saja...

    BalasPadam
  9. wahhhhhhhh...info baik nih..kifkifkif

    BalasPadam
  10. Fatin: Bagus la kalau dah ada pengalaman. Entri ni khas kepada mereka yang 1st time nak konvo. Ye la, diorang tak ada pengalaman lagi..

    Wah, parent yang konvo? Berpelajaran tinggi ya ur parent. Anak diorang mesti lagi pandai =) Bersaing.

    BalasPadam
  11. Syuk: Tak pernah dibuat orang. Tapi dengar2 UPM ke UIA ntah lelaki pakai baju Melayu. Itu terpulang kepada IPT masing2.

    Kalau Poli pula semua kena pakai baju putih yang disediakan. Jubah pun ada.


    P/s: Saja je Syuk. Faham, Syuk sibuk. Hehe~

    BalasPadam
  12. Encik Khairil: Merapu la tu. Kan pak cik ngaji Sekolah Melayu darjah 1 jer. Hahaha~

    BalasPadam
  13. saat konvo adalah saat terbaik apabila selesai belajar di universiti

    BalasPadam
  14. kalau saiz jubah tu cm ne,, sebab kami jenis kena book saiz dlu sebelum fitting,, kalau tinggi 163 saiz jubah kena yg mana,, if m 118, l 123... sesuai m ke l ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tinggi kite sama..katanye org y arrange jubah..awak ni M tak... L pon tak..
      Tapi kalau L Gedoboh lah skit..
      So nk elak Gedoboh sy pilih M..
      dia kata kalau M Nanti senteng skit..
      Ermm xperlah..biar senang skit nk mlangkah
      Dr nk orte2 bila gedoboh tu..

      Padam
  15. Assalamuaalikum ,nk tanya , bole ke graduasi pkai kasut yg bertumit?. Nk kepastian. Hehe

    BalasPadam
  16. Ashraf: Ya, saat yang sangat indah. Sekali sahaja ia akan berlaku.

    BalasPadam
  17. Hureey: Tahniah. Moga-moga entri ini memberi sedikit panduan ya

    BalasPadam
  18. Kamalia Nysa: Ya, memang kena pakai kasut bertumit. Memang pasti.

    BalasPadam
  19. Berdebar 2 plak..
    H.beg perlu ke ?
    Ke melecehkan pergerakan..bkn naik atas pentas angkut pon...
    Share pgalaman plz..
    Konvo 11.12 ni..

    BalasPadam
  20. Eja: Tak bawa pun tak pe. Tapi, handphone dan purse nak letak kat mana?


    Selamat berkonvo ya

    BalasPadam
  21. Eja: Kalau rajin, alter lah. Tapi fuhhh, jubah dah la kain tebal. Nak cucuk jarum pun susah. Buat sakit tangan jer. Hehe, dasar tak pandai menjahit.

    BalasPadam
  22. Terima kasih...insyaallah 5/11/2016 ni kami akan tempuhi...Sekurang2nya kami boleh jadikan guidelines kami... Terima kasih sha...

    BalasPadam
  23. Terima kasih...insyaallah 5/11/2016 ni kami akan tempuhi...Sekurang2nya kami boleh jadikan guidelines kami... Terima kasih sha...

    BalasPadam
  24. Salam.. saye nak tanye, kasut yang bertali tak boleh pakai ke??

    BalasPadam
  25. Sangat2 membantu...saya nk konvo sabtu 15hb sept 2016 ni.... thanks....

    BalasPadam
  26. Joanne Khairuddin: Sama-sama. Moga bermanfaat.
    Print buat guideline ya.

    BalasPadam
  27. Gusti binti Yusri: kasut bertali macam mana tu? Kurang faham

    BalasPadam
  28. Jasminara: Tahniah ya.

    terima kasih. Moga bermanfaat

    BalasPadam
  29. Tips pemakaian yang baik..Majlis konvo di PWTC 2011 dlm kenangan...

    BalasPadam
  30. KALAU PEREMPUAN PAKAI SELUAR DGN KEMEJA BOLEH KE? KASUT FLAT BOLEH TAK?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Open Tracker