Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Cerpen" Aku Suka Dia: Sayang Rupanya

Aisha: Kenapa abang nak kahwin dengan Sha? Azli: Orang sayang dia.  Dia saja yang tak tahu. Ayat Azli mendatar terutamanya perkataan 'sayang' tadi. Biasa la lelaki ego menyatakan perasaannya. Hah, dia suka aku. Dia suka aku! Senyum. Dia sayang aku rupanya. Patutlah.. Tapi Ah, tak ada tapi-tapi lagi. Dah nampak kan, dia sayang kau, Aisha Humairah.. Dia pun dah nyatakan.. Dan yang paling penting, dia nak kahwin denganku. Persoalan yang selalu bermain di mindanya sejak akhir-akhir ini, terungkai jua.

Pesta Penang 2013 Best dan Meriah

Ada sesiapa yang berhajat nak ke Pesta Penang? Pergilah. Aku sendiri telah sampai ke sana. Tak sangka juga keinginan untuk ke sana termakbul. Aku ke sana pada 29 Disember 2013. Balik kerja, Isha budak rumah ajak keluar. Aku yang kebetulan tak kerja pada keesokan harinya aku cuti. Sekali Isha cakap nak ke Pesta Penang. Pucuk dicita, ulam mendatang! Aku pergi berempat orang. Aku, Adda, Isha dan Ashraf. Tempatnya sebelah dengan Stesyen Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang. Kalau tak tahu jalan nak ke Tapak Pesta Pulau Pinang, senang saja. Korang ambil jambatan Pulau Pinang (Penang Bridge) dan lalu ke depan USM, Gelugor. Jumpa lampu trafik, buat U turn, lepas tu terus sahaja sampai jumpa. Kat tapak pesta dikenakan bayaran masuk RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Tapi, aku dan kawan-kawan pergi tu masa dah dekat pukul satu pagi, sebab tutup pukul satu, dah tak de sapa nak jaga untuk caj kami masuk. Mainan pun last je diorang nak habiskan minit-minit terakhir. Aku terk...

Cerpen: Aku Suka Dia: Kenapa Suka Aku

Azli: Awal tahun depan, kita kahwin. Eh, ni dah ayat penyata, bukan lagi ayat tanya. Aisha: Abang ada duit ke nak kahwin dengan Sha? Azli: Sebab ada duitlah abang ajak kahwin.. Aisha: Ingat kan abang tak ada duit. Azli: Haish, abang ada duit la. Setakat RM10 ribu tu apalah sangat. Aisha: Ye ye je. Azli: Iya. Tak caya, jom esok ikut abang pergi bank tengok baki akaun. Aisha: Ok. Sha nak tengok. Mana tau booleh pinjam seribu dua. Hehe~

Resipi Coklat Bar yang Mudah dan Murah

Cara-cara: 1. Ambil Milo 3 in 1. 2. Sediakan bahan-bahannya. Seterika dan kain. 3. Letakkan milo anda di dalam kain dan tutup kain. 4. Seterika di atas kain tersebut. Seterika dalam masa lima minit 5. Taddaa! Dah siap. 6. Makanlah sesedap hati. Hehe~ Mudah, kan? Murah. Jimat. Cubalah. Oyeah!

Resipi Cekodok Kentang yang Mudah dan Murah

Cekodok Kentang Cekodok kentang yang sedap Bahan-bahan: 1. Kentang (dipotong dadu) 2. Bawang (dipotong nipis-nipis seperti makan laksa) 3. Ikan bilis (dibasuh dan ditoskan) 4. Tepung gandum 5. Garam dan serbuk perasa (secukup rasa) 6. Air secukupnya. 7. Minyak untuk menggoreng. Cara-caranya: 1. K entang direbus terlebih dahulu.  2.Kemudian lecekkan sampai bergebu. 3. Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali minyak. 4. Ambik satu sudu dan layarkan ke dalam minyak yang  telah panas. 5. Angkat apabila bebola kentang yang digoreng telah berwarna keemasan dan bau ikan bilis telah naik. 6. Sedia untuk dihidangkan.

Tips Memilih Cermin Mata, Segak Berkaca Mata

Ketahui tip untuk memilih cermin mata yang sesuai untuk anda. PILIHLAH bentuk dan saiz bingkai yang sesuai dengan raut wajah anda. BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan cermin mata. Namun, apabila bercakap tentang cermin mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas. Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan cermin mata. Bagi mereka, memakai cermin mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana cermin mata sering dijadikan 'efek helah' untuk 'menghodohkan' wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem. Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa cermin mata sememangnya praktikal untuk d...

Tips Penjagaan Mata Tanpa Naik Power Cermin Mata

Cermin mata yang membantu anda yang rabun melihat dengan lebih jelas. Al-kisahnya, pada 23 Disember 2013, aku pergi buat cermin  mata baru Dr: Mcmna jaga mata? Aku: Er, ntah. Sepanjang tiga tahun ni, lagi banyak guna lappy siang malam mengadap je (membangunkan blog selama setahun dan menonton Korean Drama). DR HAIRAN MACAM MANA AKU BOLEH JAGA MATA. Sebab si budak kaca mata, power akan naik jugak. Tapi mata aku maintain dengan power lama. Alhamdu lillah.. Tips aku pentingkan: -Tak buat kerja dalam lampu samar-samar. -Buat kerja dalam cahaya yang cukup. Tengok tv atau mengadap lappy pun, lampu kalimantang tetap kena buka. Ada kawanku p0wer mata dah naik sebab suka teng0k tv dalam gelap dan tengok tv deka-dekat. Rugi duit dia, bru saja terbang beratus-ratus batua spek. Ni power naik lagi.. Kena buat spek lagi. Haish! -Tidur dengan lampu tertutup. Kalau lampu terbuka boleh menambah power cermin mata anda. -Penggambilan ulam-ulaman dan sayur-sayuran. Buah-buahan ak...

Resipi Strawberi Coklat yang Mudah dan Murah

Bahan-bahan: Buah Strawberi Coklat serbuk yang dicairkan Cara-cara: 1. Bersihkan dan keringkan buah strawberi. 2. Cairkan coklat di dalam bekas. 3. Celup buah strawberi ke dalam coklat cair. 4. Angkat dan biarkancoklat yang meliputi buah strawberi mengeras. Boleh juga diletakkan ke dalam peti sejuk untuk mengeraskannya. 5. Cucuk buah strawberi yang coklatnya sudah mengeras, menggunakan lidi untuk memudahkan dimakan. Tak lekat cairan coklat di tangan. 6. Siap. Boleh dimakan. Mudah, kan? Murah. Jimat. Cubalah. Oyeah!

Ariff Shah Kahwin Hari Ini, Tahniah

Blogger terkenal, Ariff Shah telah selamat diakadnikah dengan wanita pilihannya, Nur Zalikha Terrungkailah kini siapa yang bertahta di hati Ariff. Kalau korang nak tahu, ramai jugak trafik yang masuk ke blog aku atas carian, 'Tunang Ariff Shah' dan 'Ariff Shah bertunang.' Mari kita tengok video akad nikah mereka. Kalau korang ada instagram, boleh tengok kat sini, ada linknya. http://instagram.com/p/iNZjtWKGKO/ Semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal hingga ke syurga. Gambar diambil dari Bro Framestone tapi dalam facebook Ariff.

Tips Hijab Selesa, Cantik Menawan

Bertudung biar selesa, baru hidup pun ceria! Tips dan petua berguna untuk anda yang berhijab. Mungkin selama ini korang bertudung tapi tetap tak selesa. Aha, di sini ada sedikit panduan untuk anda. Check in out! Assalamualaikum. Hari ini aku nak kongsikan cara mudah dan selesa menggunakan tudung. Maksud aku, ada tips mudah bagi mereka yang berhijab dengan selesa. Iya, ada yang masih baru nak berjinak-jinak pakai tudung atau selendang tu, bolehlah korang ikuti tips aku yang sangat berguna ini. Pemilihan jenis material tudung Terdapat tiga jenis umum tudung: a. Tudung siap (Ariani dan Syria)- sifon dan lycra b. Tudung bawal (empat segi) - kapas c. Selendang Ada beberapa jenis material tudung yang popular untuk tahun 2013 dan 2014. Antaranya ialah lycra (kainnya seperti jersi), sifon (nipis dan jarang. Mudah termeri-pecah-pecah), cotton campuran (kain kapas campuran getah. Agak melekat ikut tubuh) dan bawal (kain kapas. Bawal pun banyak jenis -bawal nombor satu, bawal ...

Cerpen: Aku Suka Dia: Macam Apa

Aku: Tu la, Tuhan 'bayaq' cash ! Dia: Tuhan 'bayaq' cash !, macam apa? Aku: Macam karma. Dia: Karma macam apa? Aku: Macam Hindu. Dia: Hindu macam apa? Aku: Macam abang! Dia: @#$%^&* Terdiam dia. Hehehe~ Aku gelak saja. Lucu. Pasti dia benggang. Lalala. Aisha ketawa mengekek dapat pekena boyfriendnya, Si Azli itu. *Hindu = hitam. Bukan agama yang dimaksudkan. Bersambung..

Dingorat Tak Henti-henti

Setahun dua ini, ada saja kumbang yang mahu merapati si bunga, aku! Masa aku ada saja berhubungan dengan lelaki-lelaki. Seorang lelaki dalam satu masa. Mungkin di usia yang patut kahwin ini, maka ramailah lelaki yang cuba rapat. Ada yang aku layan. Ada yang tak. Aku ni pula jenis garang kalau bebaru nak kenal. Entah kenapa. Ya, aku memang garang pada orang lelaki yang baru aku kenal tapi kawan perempuan aku cakap aku ni tak garang langsung. Aku susah nak suka kat lelaki. Tapi kalau aku suka, fuh.. lembut gila aku. Hahaha~ Ramai jugak la lelaki yang aku kenal. Rapat. Tapi tak ada jodoh. Tapi tak apalah, kalau aku jadi dengan diorang pun belum tentu aku boleh tahan dengan hidup dia. Sebab itulah Tuhan dah tentukan, dia bukan jodohku. Aku redha =) Motif aku tulis entri ini adalah nak bagitau, walaupun aku tak kahwin lagi tapi bukan laku. Laku. Tapi jodoh belum sampai. Harap doa dari anda semua.

Cerpen: Aku Suka Dia: Perangai Macam Budak Darjah Satu

Dalam kereta. Bila masa yang tepat nak beritahu isi hatiku ini? Nantilah. Tak boleh bagitau awal-awal, nanti mood dia tak elok plak. Aku: Apsal lambat sangat? Tau tak, tadi kan.. Ingat nakbeli tiket balik Alor Star dah. Dia: Eee, perangai macam budak darjah satu! Azli menjeling, membuntangi Aisha. Geram. Aisha ni perangai macam budak-budak la. Tapi cute jugak. Aku: Hehehe~ Aku: Sape suruh lambat sangat? Tu la 'makannya'. Biar Azli pergi sana tapi aku dah balik. Baru dia tahu rasa sakitnya hati ini. Dia: Abang lambat sebab tak berapa tahu jalan kat sini. Aku: Ok. Alasan boleh terima. =) Senyum. Bersambung.

Cerpen: Aku Suka Dia: Duit Kecil

Ai, dia singgah pula kat tempat aku beli air mineral tadi. Segan juga kat Apek tu. Ye la, dah hampir sejam aku di sini. Azli nak beli surat khabar. Metro. Dia seluk beg sandang berjenama Cardin Martin, isinya dikeluarkan. Wang kertas bernot RM50 semuanya. Dia seluk poket seluar paras lutut, juga isinya duit lima puluh ringgit. "Sha, ada duit kecil tak? Pinjam." Ala, aku dah la segan dengan apek ni, dia panggil aku pula. Aisha membayar surat khabar dengan duit yang cukup, sekali dengan syiling. Mereka bergerak ke parkir kereta. Alarm kereta dibunyikan. Aisha Humaira terkejut, eh kereta tu? "Ni kereta abang?" "A ah, kereta abang." Azli jawab, bangga. "Tapi, kenapa nombor platnya, SS? S no plat Sabah, kan?" Azli dari Johor, plat sepatutnya J. "Kereta abang baru beli. Dah, jangan banyak soal." A ah, mungkin juga dia beli kereta orang Sabah. No wonder. Beg bajunya diletakkan ke dalam, bahagian tengah. Malas nak buk...

Idea Oh Idea Buat Entri Datanglah Kepadaku

Oh idea, datanglah kepadaku.. Sebenarnya, bila buka tempat menaip entri, kepala terus kosong, tak tau nak menaip apa. Aku yakin, korang pun mengalami nasib musibah yang sama, terutama blogger baru dan blogger yang dah lama tak up entri (macam aku). Masa lain, ada saja idea nak up entri. Tapi bila duk depan ni kelu seribu bahasa. Cerita banyak nak dikongsi tapi tak tau nak kongsi apa. Blur. Tapi, tak apa. Kita kena mulakan menulis. Seperti yang aku menulis. Luahkan sahaja apa yang terpendam. Sebab bila kita tulis, kita akan dapat kemahiran. Ye la, dah hari-hari menulis, kita akan pandai menulis entri. Dari situ kita akan bina kekuatan dan kemahiran menulis. Tak apa kalau teruk. Kita boleh belajar dan baiki. Sebenarnya idea menulis ni banyak. Ada di mana-mana. Cumanya sama ada kita nampak dan pandai nak goreng saja.. Bacaan lanjut: http://sha-myheart.blogspot.com/2011/07/tips-cara-tangani-tak-ada-idea-nak-buat.html

Cerpen: Aku Suka Dia: Jumpa Pun

8:52 pagi. Kelibat susuk tubuh Azli kelihatan. Tercari-cari seseorang di Terminal Kuantan Central. Azli: Isk, mana dia ni? Call tak dapat. Mesej tak berjawab. Aisha: Biarlah dia cari. Malas nak hidupkan handphone lagi. Aku tak ke mana-mana pun. Ada di sini. Aisha sudah ternampak seseorang kelihatan seperti Azli tapi sedikit tanner (gelap), di hujung kaunter sana. Ah, pandang ke lain. Buat-buat tak nampak. Tapi macam tak sempat saja, Azli sudah nampak aku lah. Kantoi. Tapi tak pe, biar dia datang sini. Mana tau kot-kot dia pun tak cam aku lagi. Hehe~ 15 saat berlalu, sepasang kaki berhenti betul-betul depan Aisha Humairah, yang menunduk memandang lantai. Alamak, pandai pula dia sampai sini ye. "Ni macam lari dari rumah saja," Baik punya perli si Azli lemparkan kepada Aisha ditujukan kepada begnya yang besar. Azli ketawa kecil. Aisha diam membatu. Azli gelisah. Ha, tau pun nak gelisah. Aku balik kang.. "Kenapa call tak dapat?" Soal Azli. Aisha mengambil telefo...

Salah Etika Berpakaian, Malunya Aku

Restaurant Street Food Festival ni adalah bawah projek bekas bos aku. Malam bebaru ni aku ada dapat jemputan dari bos lama. Makan-makan. Majlis dia. Dia yang anjurkan. Macam ni, dia adalah pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dia buat program. Program dia pula makan-makan. Street hawker. Lebih kurang macam jamuan raya yang besar-besaran tu dibuat. Setakat sekarang, sepanjang setahun aku menetap di Alor Setar, aku telah dua kali pergi ke jamuan raya besar-besaran. Satu, masa perasmian UTC Kedah oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Masa ni, aku pakai baju kurung. Lagi satu, Jamuan Raya Sada (Syarikat Air Darul Aman). Masa ni, aku pakai t-shirt dan seluar sahaja. Ye la, orang nak makan saja, lagipun ramai-ramai, panas dan rimas. Ni masa mula-mula sampai. Malu dan segan gila Bos aku dah pesan, pakai baju kurung. Tapi aku selamba badak saja pakai jeans dan seluar. Sekali kau, pergi sana, budak-budak sekolah tahfiz (siap berserban ata...

Cerpen: Aku Suka Dia: Mana Dia Ni

Aisha berteleku di kerusi Terminal Kuantan Central, Pahang. Jam dinding yang besar gedabak di stesyen itu, dikerling. 8.40 pagi. 'Aish, manalah jantan ni? Dah dekat sejam aku duk terconggok kat sini. Sampai naik segan aku pada pekerja-pekerja kat sini pandang aku pelik dan penumpang yang datang berteman, tapi aku sorang-sorang saja.' Handphone Nokia X2 dimatikan dan dihidupkan, berkali-kali. The battery is about to die . Sudah naik amaran. Tiada mesej atau panggilan dari si dia. Telefon itu dimatikan kembali. Simpan bateri ke minit-minit terakhir. Mana tau ada kecemasan nanti. 8. 50 pagi- Aisha melempar-luas pandangan matanya ke bas-bas di luar yang perutnya diisi penumpang, sambil resah menanti si dia. Ai, mana dia ni? Aku tunggu sampai pukul 9. Kalau tak sampai juga, aku akan pergi beli tiket dan balik! Ya, sedrastik itu. Tapi... Tapi.. Tapi.. Tapi.. Tapi, bateri handphoneku dah nak habis. Dah merah pun. Kalau nak balik pun, perjalanan ambil masa  9 jam. Apa...

Makanan Orang Perempuan Ibu Bersalin

Ibu sihat, bayi ceria Ibu bersalin memerlukan penjagaan rapi terutamanya dari segi makanan untuk mempercepatkan luka kembali sembuh. Bayangkan jari terluka kena pisau pun kita pantang juga makan, inikan pula bersalin seperti mengeluarkan daging dari dalam perut. Mestilah penjagaannya perlu rapi. Wanita bersalin perlu menjaga makan terutamanya makanan sejuk dan berangin. Makanan yang elok diambil pula adalah yang mempercepatkan luka seperti ikan haruan. Air pula kena minum air masak suam. Makanan yang harus dielakkan ibu bersalin: 1. Kicap - boleh kancing gigi (sawan) 2. Labu -angin 3. Petola -angin dan sakit badan 4. Buah Langsat, Dokong -sakit urat Mee dan Laksa Utara mesti dielakkan sampai setahun. Mungkin cara kita berbeza mengikut kaum famili masing-masing. Ada yang cakap ini boleh makan, ada yang cakap ini tak boleh makan. Terpulanglah. Ikutkan cakap orang tua-tua kerana mereka lebih tahu dari kita. Lagipun kita sama keturunan, sama darah.

Indahkan Hidup Kita

Hidup ini indah walaupun hutan Assalamualaikum. Entri kali ini tak mahu bercakap panjang-panjang. Cuma nak kongsi sedikit mengenai kata-kata ini, diambil dari facebookku sendiri dan ada dikongsi ke dalam 'page' facebookku. Hidup kita bukan semuanya indah. Kita sendiri yang memlilih utk indah atau tidak. Dalam apa-apa pun situasi, kita kena tabah harungi hidup. Ada hikmahnya. Chill sajalah. Agi Idup Agi Mengalaban!'

Tips Cerah Kulit yang Murah dan Mudah

Buah pisang mempunyai banyak nutrien Nak tahu satu rahsia tak? Korang nak putih melepak secara murah dan mudah tak? Of course you want, i am right? (senyum). Kalau tak, tak kanlah laku dan laris produk-produk pencerah kulit. Nak jadi macam kulit orang Korea la, orang Jepun la.. Bagi aku, tak suka jenis pakai-pakai ni sebab cerah tak semua bahagiaan. Muka je cerah, tapi tangan hitam, wat pe? Tak nak. Tak best. Tak asli gitu. Jadi, aku lebih suka ambil yang boleh makan, cerah satu badan. Korang boleh baca kat sini Cerah Pakai Apa ni adalah entri aku yang terdahulu. Pisang, agen pencerah. Tak percaya? Ok, meh aku kongsi cerita. Bebaru ni, aku balik kampung setelah sebulan lebih tak menjejakkan kaki ke rumah ayah bonda. Aku pun beli buah tangan untuk dibawa pulang. Aku beli kerepek pisang. Aku tahu famili aku memang suka kerepek pisang pun. Aku beli yang kerepek pisang yang kosong. Kalau beli yang ada perisa, ada saja yang nak komen rasanya masin sangatlah, manis sangat l...

DIA Sayang Aku

Si jantung hati. Jantung pisang. Gambar diambil di rumah ayah bonda. Belakang tu serban ayam. Dia? Siapa 'dia'? Hehe~ Dia la yang menyayangi aku. Assalamualaikum. Apa khabar? Kadang-kala keajaiban Tuhan nak bagi pada kita. Nak cerita yang aku ni bukannya banyak duit. Dalam bank pun ada la seratus dua. Tapi kadang-kala datang keinginan untuk berpakaian baru sempena hari istimewa, makan makanan yang sedap nan mahal (ekau nan hado, hehe), pergi melancong bercuti tenangkan hati dan fikiran dan bla bla bla.. Tup-tup,  Allah makbulkan apa yang aku rasa teringin tu. Dapat pakai. Dapat makan. Dapat bercuti. Alhamdu lillah. Syukur sangat. Sebab ini juga ada orang yang cemburukan aku. Iya la, kat dia tak sape pun nak bagi. Tapi, eh perlukah dia berasa cemburu? Jap, aku nak fikir. Hehe~ Erm, mungkin la dia cemburu. Dia tak dapat apa yang aku dapat sebab dia dah ada banyak duit. Gaji dia tebal. Tapi patut ke dia cemburukan aku? Sepatutnya, aku yang cemburukan dia sebab dia ada d...

Open Tracker