Langkau ke kandungan utama

Tips Hijab Selesa, Cantik Menawan

Bertudung biar selesa, baru hidup pun ceria!
Tips dan petua berguna untuk anda yang berhijab. Mungkin selama ini korang bertudung tapi tetap tak selesa. Aha, di sini ada sedikit panduan untuk anda. Check in out!

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak kongsikan cara mudah dan selesa menggunakan tudung. Maksud aku, ada tips mudah bagi mereka yang berhijab dengan selesa.

Iya, ada yang masih baru nak berjinak-jinak pakai tudung atau selendang tu, bolehlah korang ikuti tips aku yang sangat berguna ini.

Pemilihan jenis material tudung

Terdapat tiga jenis umum tudung:

a. Tudung siap (Ariani dan Syria)- sifon dan lycra
b. Tudung bawal (empat segi) - kapas
c. Selendang

Ada beberapa jenis material tudung yang popular untuk tahun 2013 dan 2014. Antaranya ialah lycra (kainnya seperti jersi), sifon (nipis dan jarang. Mudah termeri-pecah-pecah), cotton campuran (kain kapas campuran getah. Agak melekat ikut tubuh) dan bawal (kain kapas. Bawal pun banyak jenis -bawal nombor satu, bawal ton (yang sebelahnya warna putih dan amat mudah dikenali apabila ada garisan berwarna putih), bawal kanggaroo (bawal simple tiada corak tetapi warna yang menarik berjaya mencuri tumpuan hijabnester untuk menggayakannya) dan glitter bawal (ada prada yang bersinar tu. Artis hiburan yang mempopularkannya seperti Siti Nurhaliza, Ieja.

Selendang yang in pada tahun ini adalah shawl halfmoon dan pashmina. Halfmoon nampak sanagt cantik beralun. Pashmina ni dulu dah ada dalam pasaran sekitar tahun 2009-2010. Tetapi pertengahan 2012, sudah kian terhakis penggunaannya. Sekarang, muncul kembali.

Korang boleh memilih material yang sesuai dengan korang. Aku selesa dengan bawal disebabkan aku cepat berpeluh dan bawal in sampai bila-bila. Kalau tudung kategori a dan c (tudung siap dan selendang) aan cepat berubah trend terkini.



Pemilihan anak tudung

Anak tudung perlu dipakai kerana tak ada la nanti rambut korang terjulur keluar atau jambul mengintai depan dahi. Selekeh!
Tapi, ada juga yang menyarankan supaya tidak memakai anak tudung kalau bertudung bawal. Tapi, pada aku adalah lebih baik memakai anak tudung, lebih kemas dan selesa tudung terletak di atas kepala. tak de la nanti ditiup angin, kena sambar tudung keranan terbang. Hehe~ Gurau.

Dulu atau oldschool, ramai wanita yang memakai serkup kepala biasa. Tapi adalah lebih sopan korang pakai anak serkup berwarna hitam kerana masuk dengan semua warna tudung. Warna putih? Boleh tapi sangat janggal bila dipadankan dengan tudung hitam. Sangat kontra.

Anak tudung syria
Sekarang ini, ramai yang selesa menggunakan anak tudung syria. Selesa. Ya, aku juga memakainya. Pada mulanya, aku ragu-ragu untuk menggayakan anak tudung ini. Mendengar testimoni dari kawanku sendiri, aku rasa nak mencuba. Aku cuba dan sampai sekarang aku masih memakai anak tudung syria disebabkan keselesaannya. Cubalah dan anda pasti tidak akan berpaling menggunakan anak tudung jenis lain lagi.

anak tudung magik


Anak tudung magik? Tak selesa. Serius. Anak akan selalu turun ke dahi dan cengkaman di telinga dan juga getah di belakang yang buat tak kemas. Serabai!


anak tudung tengkok, inner neck
Anak tudung tengkok (inner neck) atau ninja? Ok saja terutamanya bagi mereka yang suka memakai selendang. Cantik dipadankan dengan inner neck.

Korang boleh memilih yang mana satu berkenan di hati, asalkan menutup aurat ye.

Semoga tips ini dapat membantu korang dan juga menambah ilmu cara berhijab yang selesa.

sumber gambar  sini, sana situ

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker