Langkau ke kandungan utama

Bunga Dedaplah, Kau!




Assalamualaikum.

Aku nak kongsikan cerita kisah benar seorang kawanku. Sebenarnya, aku rapat juga dengan dia tapi dia ni kuat sentap (sila lihat entri ini), maka aku pun menjauhkan diri dari dia. Masa aku 'kawan' dengan A, (eh SW la. Hehe~) aku selalu usik dia sentap la, sebab mamat tu kawan rapat dia jugak, siap minta pandangan la, itu ini la. (Nakal kan aku? Tapi ok la dia tak cepat sentap. Kalau tak, jenuh jugak aku nak pujuk kang).

Ok, berbalik kepada kisah kawanku yang kuat sentap tu, dia ada girlfriend. Satu group dah tahu kot. Selepas isu kat group dia settlekan, dengan pertolongan aku juga, (Tahu pula nak minta tolong aku, kan? Kalau aku pun jenis kuat sentap macam dia, memang tak tolong dah la. Tapi aku tak macam tu, aku jenis tak suka simpan dendam) dia dah kurang sentap. Sebab apa? Sebab dia dah nak kahwin. Wah, best-best.

Jadi aku tak kisahlah kawan dengan dia balik. Dia pun dah tak sentap-sentap, kira OK la, aku on jer. Hihi~

Dah lama, macam sebulan macam tu, tetiba nampak dia propose her girl. Siap ada nama penuh, no Ic penuh. Katanya lebih kurang macam ni la:

Saya, Mohd Syahrizal Hafizam bin Ismail bernombor kad pengenalan 860202-01-5313 ingin melamar Siti Nur Dhuha sebagai seorang isteri. Saya akan menyintai awak sepenuh hati. Awak setuju tak? Apa keputusan awak? Kalau setuju, saya akan hantar rombongan merisik hujung minggu ini.

Sweet, kan? Aku antara orang yang terawal beri komen. Sweet sangat rasanya. Aku doakan mereka bahagia. Tapi Rizal jawab, belum lagi boleh proceed sebab si dia belum beri kata putus. Aku fikir, mesti la si dia tu setuju. Tapi tiada sebarang jawapan sebab dah lewat malam, mesti la dia dah tidur.

Jeles juga tengok si Rizal propose Dhuha. Nak juga SW propose aku. Tapi tak kan punya la sebab hubungan aku dengan SW tu tak ke mana. Kami saling sayang tapi.. Aku tak tau nak cakap macam mana. Apa pun, dapat kenal dengan dia pun aku dah rasa syukur sangat-sangat. Dia sangat memahamiku.

Lusanya, baru aku berkesempatan tengok lamaran si Rizal tu semula. Baca semua komen. Si dia sudah komen. Tapi kenapa Dhuha tak jawap yes jer? Ni macam tak suka jer. Dalam hatiku berbisik, 'minah ni tak suka pada mamat ni rupanya.'

Dalam diam, menyelinap rasa kasihan kepada si Rizal. Bayangkanlah, dia jujur ikhlas nak kahwin. Mak dia dah duk tanya, bila boleh hantar rombongan ni. Tapi boleh pula si Dhuha tu cakap, "tak nak gelojoh" padahal dah lama diorang kenal dan couple. Nak tunggu apa lagi, kan. Umur pun dah banyak. Kalaulah SW yang lamar aku, dah lama aku terima. Haha, gatai~

Lama juga aku biar je la diorang tu. Nampak si Rizal tu duk tag-tag kisah romantik-romantik pasal kahwin ni pada Dhuha. Tak nampak si Dhuha bagi apa-apa reaksi pun. Aku malas nak ambil tahu. Lantak la. Semoga diorang bahagia, sudah.

TAPI, kelmarin aku nampak status Rizal. Dia kecewa. Teruk sangat nampak statusnya tu. Selaku dah lama dalam bidang doktor cinta ni, aku fahamlah. (Dr cinta? Ehem-ehem) Dia dah tak ada apa-apa lagi dengan si Dhuha!

Itu belum mengejutkan lagi. Apa yang lebih teruk, dia stress dan frustrated sampai masuk hospital. Hah? Aku memang terkejut gila lah. Sampai macam tu sekali? Tapi mungkin tak menghairankan sebab jiwa si Rizal tu macam perempuan sikit, lentok sikit.

Kasihannya.. Selalunya nampak orang pesan kepada lelaki supaya tidak memainkan hati perempuan. Tapi kali ini, aku nak berpesan, janganlah kaum Hawa juga tidak memainkan hati lelaki.

Sumpah, aku kasihan pada Rizal. Niat suci dia tak kesampaian. Memanglah orang kata tak ada jodoh tapi apa hak Dhuha nak main-mainkan hatinya? Kalau tak suka, kenapa nak serius dulu? Entahla, tak tau nak cakap.

Aku ada suarakan pada SW juga pasal hal ini. Tapi macam duk kata pada diriku sendiri pula walaupun kisah aku dengan SW tak sama macam Rizal dan Dhuha. Huhuhu~ Aku tinggalkan dia walaupun aku sayang dia, dia pun sayang aku tapi aku rasakan kami tak ada jodoh. Aku tak nak sesiapa terluka. Lebih baik berhenti awal-awal, kan.

Nampak dia sedih juga la. Tapi nak buat macam mana kan, itu yang terbaik. Apa pun, aku bersyukur sangat sebab dia tak berdendam dengan aku. Dia tetap ceria macam dulu. Itu yang membuatkan aku rasa selesa kawan dengan dia lagi. Ini yang membuatkan aku hormat dia lebih.


*Nama yang dipaparkan ialah nama samaran. Tak nak la aku ada kes lagi dengan mamat sentap tu.


Kesimpulan


Jangan pernah memainkan hati orang. Kenapa? Kerana ada karma dan malaikat setia di sisi duk catat.

Kasihan sangat pada yang patah hati tu. Tapi kena kuat, jangan mudah putus asa.

Sayangilah orang yang menyayangi anda.

P.s: Untuk SW, saya sayang awak. Terima kasih sudi sayang saya.

Bacaan lanjut: tips cinta


Terima kasih sudi baca.

Dr love (perasan),
Sha.

Ulasan

  1. wah semngat aku baca.. kasihan kat mamat tu.. dua publish kat FB ke... lagi la malu.. sah sah ramai orng yg baca.. respon pempuan pulak macam tu.. mmg tak hairan la dia blh masuk sepital..

    serius kasihan kat dia, nape pempuan tu mainkan perasaan dia.. msti dia dah yakin yg pempuan tu sedia tuk terima dia.. sbb tu share kat laman sosial...

    BalasPadam
  2. sedihnyeee
    cite betol ye kak
    aduhaiiii
    moge jgn la dipermainkan soal hati ni..

    BalasPadam
  3. mesti ade sebab kenapa dhuha tak terima rizal . takkanlah die tolah tanpa sebab kan ?

    BalasPadam
  4. Abu: terima kasih sudi baca dgn smgt ye. Ni yg syg ko lbh ni. Haha.

    Entahla, apa mslh prmpn tu. ksian kat rizal kn. E2 la malu sb dh publish kat public (dlm fb).

    BalasPadam
  5. Aimie: cerita betul ni. Cuma nama n n0 ic je ubah..

    Aah, kesian kan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker