Langkau ke kandungan utama

Tips Elak Dari Kena Hack


Gambar ni bukti aku kena hack.



Assalamualaikum.

Dah lama aku ingin kongsikan apa yang aku tahu pasal elakkan diri dari hack. Ku pendamkah hasrat itu kerana rasakan semua orang dah tahu. Tapi perkara ini menjadi sebaliknya apabila aku kena hack, ada yang bertanya apakah tips untuk elakkannya.

Mungkin akan kata apa yang aku tahu pasal hack, sebab aku pun terkena? Aku terkena perangkap si hacker bukan kerana kelemahan yang ada tapi kalau dah terkena phising, tak ada siapa boleh elak dari dihack. Anda faham tak? Phising tu boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Contohnya kita seekor ikan, kita masuk ke laluan air sehala yang hujungnya ada jala. Kita tak dapat nak lari ke mana.

Cara yang lain, malware mengintip apa yang kita buat.

Ada juga jenis virus apa ya, aku tak ingat namanya. Ia akan ikut apa yang kita buat. Contohnya, kita buat password baru, dia dapat tau. Diorang ada copy automatic satu. Perkara ni pernah menimpa seorang blogger popular.

TIPS ELAK KENA HACK

1. KOMPUTER

Kemaskini (up date) antivirus
Hal ini penting. Aku guna antivirus kypersky internet security. Bila je online, ia akan terus up date automatic. Senang, tak payah nak tekan-tekan lagi. Kenapa aku pilih internet security? Sebab aku tahu aku suka on line. Ada safe run, kita boleh online dengannya, kalau ada virus, ia akan beri warning atau tidak loading langsung. Kalau dah ada warning tu, tak payah la nak masuk lagi. Batalkan sahaja niat tu. Kalau virus data perkongsian pendrive tu kurang la, sebab ini adalah PC –personal computer. Jarang nak berkongsi apa-apa dengan storage yang lain.

Kalau anda tidak mahu beli/tiada bajet untuk antivirus, jangan risau ada solution yang lain. Ada antivirus untuk windows (cari: antivirus for windows). Ini pensyarahku ajar. Seeloknya sebulan sekali, sebab diorang pun buat kemaskini sebulan sekali saja. Aku pernah guna. Not bad. Pensyarahku kata ianya lebih kuat dan cukup sebab windows memahami apa yang mereka hadapi berbanding dengan vendors luar.

Kemaskini (up date) windows
Kalau ada up date untuk windows contohnya adobe reader, buat la. Tapi pastikan linknya adalah laman web perisian tersebut yang original. Contohnya, www.adobereader.com


2. LINK DAN EMAIL

Elakkan daripada klik laman web yang bukan-bukan, yang pelik linknya

Contohnya, www.exe.php.bit/vo
Aku pun tak tau link apa yang kat atas tu. Aku main pakai taip je. Nak buat contoh. Kalau anda nak tau, try la klik. Haip, kan dah kata jangan klik laman web yang bukan-bukan! Oh ya, apa yang aku tahu, kalau masuk ke dalam web lucah, berisiko dapat virus. So, elakkan diri okay, lagipun benda tu haram.

Elakkan menggunakan email yang sama dengan log in facebook
Hal ini akan menyenangkan kerja si hack, kalau dia dapat hack fb anda, dia juga dapat hack blog anda sekaligus. Tak pun, tengok kat info fb anda pun dah boleh heck blog.
Solutionnya: gunakan email yang berbeza. Contohnya, pada fb, guna email yahoo manakala email login blog guna google mail.

Elakkan guna password yang mudah. Contohnya, 1234.
kalau anda nak tahu, ada banyak password yang ramai orang guna, di dunia ni.
Aku ada jumpa dulu, sekarang dah tak ingat nak cari kat mana.
Solutionnya: Gabungkan abjad dan nombor, juga symbol-simbol. Contohnya: Meinyau80164_@$&*)(

Elakkan guna password nombor kad pengenalan. Contoh, 920121, 210192, 21192.
Nombor kad pengenalan, birthday adalah sangat mudah untuk dihidu. No telefon anda pun perkara mudah untuk dikesan.

Elakkan guna password nombor yang berulang. Contohnya, 123123, 242424,
Solutionnya: guna je nombor entah pape. Contohnya, 187038923

Elakkan guna password nama anda. Contohnya, Sha
Solutionnya: guna je password entah pape. Contohnya, ikankekekkenakokek

Elakkan keluar laman maya tanpa log out
Anda terus je tutup fb dan blog bila dah tak nak gunakan lagi terutamanya diakses di kedai computer-cyber cafe (CC). Hal ini lebih berbahaya kalau anda berkongsi computer atau anda buat automatic login di CC. Oh, tidak! Jangan sesekali buat macam tu tau.
Aku pernah sekali terjumpa dengan seorang mamat tu dia tak log out masa masuk ke salah satu laman web kerajaan. Masa tu aku isi borang, sekali borang mamat tu yang keluar. Nak buat macam mana lagi, dah tak ada cara lain, terpaksa la aku padam dan tulis butir-butir aku. Aku ambik no hp mamat tu dan bagitau dia. Dia isi semula. Masa tu aku guna wifi. Ada orang kata, kalau berkongsi wifi, senang nak kena hack. Aku diberitahu, kalau guna broadband pun boleh terkena juga. Aduh, dunia maya sudah tidak selamat.

Elakkan menyebarkan email anda merata tempat
Kalau dah tak ada kerja, email anda pula mudah didapati di merata tempat, jadi pemangkin kepada mereka untuk buat kerja hack ni.


3. ORANG

Elakkan menyakitkan hati orang
Kalau orang dah sakit hati, ada saja yang berdendam. Hati orang, tak semuanya sama.
Solutionnya: berbaik dengan semua orang. Kalau ada salah, minta maaf.

Elakkan berkawan dengan orang yang pandai hack
Er, kelab RileksCrew dan Pengembara Timur jangan marah naa.. Aku dengan si hackers ni ok je, sebab diorang tahu hormat aku. Tapi aku nak cerita pasal seorang kawan a.k.a adik angkatku di UUM, fb dia selalu kena hack. Kerja kawan-kawan dia la. Lawak pun ada juga, kesian pun ada juga. Ye la, kawan-kawan fb dia selalu hilang. Selalu kena add balik. Tak ada apa, gurauan. Tapi kalau aku kena macam tu, mau bengang jugak, ye la nak kena add dan cari balik kawan-kawan terutamanya yang mudah terasa, tuduh kita remove dia. Ermm..


KESIMPULAN


Kalau anda nak tahu, ada berapa ribu banyak laman web yang ajar untuk hack. Berjuta-juta lemon laman web yang mengajar cara-cara untuk hack. Menggerunkan. Jadi, kita kenalah peranginya. Paling tidak pun, jagalah keselamatan laman web dan akses maya anda.

Kalau ada sesiapa nak tambah, dipersilakan. Aku pun bukannya pandai sangat bab ni. Sekadar berkongsi apa yang tahu. Semoga bermanfaat.

P/s: My dear hacker friends, no more hack my blog, k.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.



Ulasan

  1. harap2 tiada lagi masaalah mcm ni di masa hadapan ya :)

    BalasPadam
  2. Thanks kak Sha, tips yg sgt2 membantu :)

    BalasPadam
  3. bagus tips n... tang update tu aku mmg malas nak buat...

    BalasPadam
  4. wow! sangat menakutkan bila kena hack mcm tu..btw thanx a lot sbb sudi kongsikan tips berguna nie ngn fiqah..

    jemput2 jugak singgah blog fiqah yer http://fiqasaila.blogspot.com/2012/01/tanda-baca-bukan-sekadar-tanda-untuk.html

    BalasPadam
  5. tak pernah kena hack.. tapi rasa takot lak.. takot fB or blog kena hack, tak de pasal2..

    :: doakan agar blog or FB era xkena hack =D .. hehe

    BalasPadam
  6. ikankekekkenakokek -> funny! :D

    BalasPadam
  7. assalam cik sha :)

    tips2 ni lectrr bagi time bljr subjk ICT di ipg.. teringat sgt sbb masuk dlm final hari tu..

    BalasPadam
  8. kak diana: ye ke? kesiannya.. tapi sekarang dah ok, kan? =)

    BalasPadam
  9. fara: sama2. rasa ramai yang tak tahu, sebab tu buat entri ini. =)

    BalasPadam
  10. Abu: sama2 berkongsi wei.

    up date je la wei sebelum lagi banyak nak kena bayar dek kerana nak bayar kos pembaikan (repair).

    BalasPadam
  11. Abu: sama2 berkongsi wei.

    up date je la wei sebelum lagi banyak nak kena bayar dek kerana nak bayar kos pembaikan (repair).

    BalasPadam
  12. fiqah: tak de la takut sangat. haha~ cuma seram sikit je.

    BalasPadam
  13. faza: saja nak buat bagi funny. haha~

    BalasPadam
  14. it sure feels nasty when it's hacked..better safe than sorry, yes..? :) thank you for all the tips!

    BalasPadam
  15. setakat waktu ni saya tawakal pada Allah di samping usaha update software itu ini..

    biasanya lepas habis log in blog, saya akan clear cookies, history dan lain-lain.. pakai ccleaner software

    BalasPadam
  16. nice info. same dgn member saya http://pinkywink2.blogspot.com/2012/01/saya-kembali-lagi-selepas-beberapa-hari.html

    BalasPadam
  17. amna: a ah, memang pun ini tips dari lecturer. hehe~

    BalasPadam
  18. khairul akmal: sama2 bro.. semoga bermanfaat

    BalasPadam
  19. yuyu: yup, exactly..

    u are welcome =)

    BalasPadam
  20. mcm mna kak sha dpt blik blog ni ?? ade org kne hack blog die,ksian

    BalasPadam
  21. Sabree: bagus2. anda pengguna yang bijak.

    kalau macam tu, dah sudah nak kena hack llagi.

    BalasPadam
  22. jgn mudah terperdaya dengan web2 yang menyuruh anda login...
    contohnye kes blog najwa latif..
    ramai yang terkena...

    BalasPadam
  23. Ridzwan: sama2. manfaatkannya, k. =)

    BalasPadam
  24. phishing paling simple yet effective nak tipu orang sebab dia nampak sebiji dengan web asal, except web adress dia je yang lain. hati2 lain kali ye! :D

    BalasPadam
  25. Waaahhhh....bley tahan gak kak sha nie...macam2 topik bley citer...politik,ekonomi,teknologi,kesihatan dll...bagus3...sebab akak suh tambah kalau ade yang boleh di tambah,so ingat nak share gak la cikit...benda yang paling penting selepas kita abis on9 make sure kite delete semua cookies kat browser tue sebab cookies merupakan salah satu access untuk hackers amateur hack kite...selain tue jangan gune shortcut button "ctrl+c" untuk copy dan "ctrl+v" untuk paste kalau ianya berkaitan dengan password penting kita sebab segala apa yang kita copy atau paste kan tue sangat mudah untuk di detect oleh orang lain especially hackers...guna lah function right click jer untuk play safe kan....pastu kurangkan atau kalau boleh elak dari menggunakan software atau antivirus yang gune crack atau patch kalau korang xmahir dalam bidang system nie sebab banyak orang tanam spyware ngan malware dalam tue...sekali da kena infect ngan spyware segala kegiatan anda dalam computer akan dapat di ketahui oleh mereka...lagi satu nasihat saya tolong jangan gune password emel yang sama dengan password bankcard korang...sebab banyak kes yang terjadi macam situasi kat atas nie...

    *sory yer kak sha panjang sangat komen...da macam sambungan entry akak jer...hahaha....

    BalasPadam
  26. topic paling hangat masa kini..=) alangkah indahnya kalau tips ni diberi b4 kene hack dulu huhuhu

    BalasPadam
  27. pengalaman email kena hacking.. mengerikan... paling penting jgn simpan apa maklumat penting dalam email anda...

    BalasPadam
  28. utk mereka yang baru nak belajar hack wifi tm unifi wimax streamyx dll...boleh lawat:

    http://godamwifi.blogspot.com/

    ade software dan kelengkapan sume dah tersedia...cume ikut tutorial 1 2 3...dan launch je..

    BalasPadam
  29. saya dah kena hacked.. macamana nak refresh semula? saya tak bersalah...

    BalasPadam
  30. Entry yg sangat membantu.Nurrul mohon share.. sbb Nurrul punya blog baru kena hack.. :'(

    BalasPadam
  31. sangat2 bermanfaat..boleh juga nak cuba nie..

    tq..

    BalasPadam
  32. cuba yang ni cepat dan mudah http://262ac766.any.gs

    BalasPadam
  33. Saya pernah cuba untuk hack,tetapi duit semua kena kebas....ada apa apa tips untuk elakkan perkara ini terus berlaku

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker