Langkau ke kandungan utama

Kad Raya vs Kad Kreatif-Pilih Mana?

 Assalamualaikum.

Tadi buat kad kreatif. Lama rasanya tak buat kad kreatif ni.

Dulu-dulu suka buat kad kreatif sempena birthday. Tapi hari ni aku buat kad kreatif sempena raya a.k.a kad raya. Haha~

Cantik tak? Pada aku cantik la. Ada ketupat daun kelapa, ada lemang, ada masjid. Korang dapat bayangkan tak?

Teringat: aku dan roommate bersusah payah buat kad kreatif untuk diberikan kepada kawan kami yang berbangsa Tiong Hua, sempena Tahun Baru Cina. Cantik jugak kad tu. Hehe~ Puji diri. Dia pun sangat suka akan kad tersebut.

Penat lelah kami buat kad tu rasa berbaloi sebab dihargai oleh tuan penerima. Penat kot, berjam-jam buat, cari idea, tampal-tampal. Siap ada tulisan cina lagi tau. Kami belajar tulis sendiri. Gigih tak? Hehe~

Aku lebih suka kad kreatif sebab lagi susah dan lagi nampak keikhlasan orang yang memberi. Sebab masa yang dia gunakan tu. Dia sanggup bersusah payah dan menghabiskan masa semata-mata nak buat kad untuk kita. Sape yang tak menghargai, aku tak tau la nak kata apa melainkan hatinya dah mati.

Kalau kad raya yang dibeli tu, sesiapa sahaja boleh beli asalkan ada ongkosnya. Cepat dan tak payah nak guna banyak masa. Pergi kedai, pilih je. Tak perlu jugak nak pening-pening, fikir macam mana nak buat kad lagi.


Kad kreatif tu aku nak kasi kepada siapa? Ada la. Harap mereka yang terima tu akan suka kad tersebut.

Setakat ini dulu. Kena jaga time, beb. Kredit line internet dah nak habis limit ni.

Tip Up Date Cepat
Tip Atasi Limit Broadband

TQ.. Sudi-sudi la jenguk blog ni lagi..

Ulasan

  1. kad kreatif tu mcm mana?mesti cantik klau buat sendri hehe

    BalasPadam
  2. kb pun lg suka kad kreatif.. sb kita bersusah payah buat.. :)

    BalasPadam
  3. dulu aku pun suka buat kd raya...skrg dh malas sebab susah nk beli stem

    BalasPadam
  4. suka kad kreatif tapi masalahnya tangan tak kreatif.

    BalasPadam
  5. yaa..
    sokong!!
    kad yg dibuat sniri lebih brmakna n brharga dr yg kita beli kan??
    n kad yg kita wat "hak cipta terpelihara"..
    :)

    hmm..
    cik autumn dh lama x antaq kad raya kt kengkawan...

    BalasPadam
  6. ermm zaman wat kad ry sendri dh lama tgl,,ms skolh rendh dulu kut,,hehe,,nak2,,

    BalasPadam
  7. mr bobo kalau nak tengok, sila ke fb saya ye. Ada kat dlm photo uploads.. Cantik la jgk. Hehe.

    BalasPadam
  8. kb agak susah la. Nak kena cari idea, nak implement mcmna n cari bahan. Tak semua org 'mampu' nak buatnya. Kb pun pandai buat kad kreatif ye?

    BalasPadam
  9. wah abg ghani pun pandai ya..
    Setem susah nak beli? Beli kat pjbt pos la

    BalasPadam
  10. adzrien pastikan ada idea, jalan je..

    BalasPadam
  11. miss ina mulalah semula, k. Raya dh lepas

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Open Tracker