Langkau ke kandungan utama

Tips Taip Up Date Cepat




Assalamualaikum…

Entri tips.

Apa khabar semua? Sihat? Alhamdu lillah. Apa, tak sihat? Kalau tak sihat, sila ambik ubat dan penawar.

Entri ini untuk mereka yang mempunyai kesibukan atau masa yang suntuk untuk on line tapi nak luangkan masa sekejap untuk up date entri. Orang yang dah hampir tamat had broadband pun boleh juga, macam sapa ek? *Tetiba hilang ingatan. Hehe~


1. Typing

Belajar guna 5 jari. Kalau tak boleh, guna 3-4 jari pun dah ok untuk menaip.

Aku guna berapa jari? Lapan. Sebelah 4, sebelah lagi empat.

Selain tu juga, sila pastikan tiada typo atau kesalahan tulis perkataan. Kalau ada salah, segera perbaiki. Sebab kepantasan dan ketepatan adalah sangat ditagih.


2. Cara Nak On Line

Buka semua laman web yang korang nak buka tapi bila dah tengah loading, selepas tu pilih laman mana yang korang nak tengok dulu. Selebihnya, sila stopkan loadingnya dahulu. Korang buka tadi guna ‘open with tab’ tau. Bukan apa, bila korang dah stopkan loadingnya, address tak hilang.

Seeloknya, pilih tengok laman yang ringan loading dahulu untuk dijengah. Bila dah selesai hal kat laman tu, tutup. Refresh load laman-laman yang masih ada, yang belum dijenguk.


3. Autopublish


Korang tulis dahulu kat dalam Words, Notepad atau apa sahaja perisian yang boleh menulis. Tulis dan bayangkan macam korang sedang menulis secara on line. Tulis segalanya. Nanti masa nak buat new post, tak perlu nak edit-edit pape lagi. Kan dah jimat masa korang yang sangat bernilai tu.


4. Gambar

Kalau tak sempat nak taip, korang masih boleh masukkan gambar. Gambar kan boleh memberi seribu makna. Tapi kalau nak loading untuk upload gambar lambat, korang boleh gunakan kata-kata hikmah. Tapi alangkah moleknya kalau korang dapat hurai, ulas atau komen sikit. Baru ada ummp..


5. Masukkan Kata-Kata


Buka dashboard, design, add new widget. Kemudian pilih masukkan kata-kata. Korang boleh masukkan kata-kata ni: Minta maaf, tuan blog tengah berhoney moon. Beliau akan lawat kawan-kawan apabila dah expired. Wakaka~


Setakat ini dahulu yang dapat dan sempat aku fikir.
Semoga korang dapat up date entri dengan cepatnya. Aku memang akan amalkan semua yang aku tulis kat atas tu. Al-maklum lah, orang dah hampir tamat had akses internet ni kena berjaga-jaga. Kang tak pasal-pasal je tak dapat nak on line sedangkan tarikh luput belum sampai lagi. Sangat rugi di situ.

Sampai jumpa lagi.
Entri berkaitan:
Tips Celcom Broadband Had Limit Buat Hal

Happy blogging.

Apa komen bernas korang?

Kalau suka boleh ‘like’. Kalau tak suka, tak boleh ‘dislike’ sebab button ‘dislike’ tak ada. Haha~

Ulasan

  1. sy guna 9 jari/..hehe

    sy mmg guna tips2 tu pn..hee

    BalasPadam
  2. mmg berguna.. :) hehehe.. kb pun mmg busy je manjang...

    BalasPadam
  3. sy guna jari kaki skalik,,hehe,,autopublish tu ada setting dlm blog ke?

    BalasPadam
  4. wah hebat la awak ni..nice tips..mmg semuanya berguan..lagi2 aku bab2 typo tu huhuhu

    BalasPadam
  5. makin hebat la akak ni kalau bagi tips.hehe.. kebanyakan kat atas tu anip guna ,hehe

    BalasPadam
  6. Luqeem: wah, hebat..

    oo, kira tips ni dah lepas ujian sirim la ek? haha~

    BalasPadam
  7. KB: semoga bermanfaat =)

    a ah, bizi tapi mesti teringat nak up date punya la..

    BalasPadam
  8. miss ina: iya, ada dalam setting utk publish

    BalasPadam
  9. nice entry :) iMBobo pakai 6 jari je, sebelah kiri 2 kanan 4 :)

    BalasPadam
  10. bui tak perasan pulak guna berapa jari..semua jari kot,termasuk jari kaki..hahaha...

    tp entry ni baguslah..*_*

    BalasPadam
  11. pakai semua jari kot. HAHA

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker